Sunday, November 1, 2009

Makin menjadi-jadi ....


Oh, sungguh senang kerja saya sekarang .. ambil gambar, crop lebih kurang, touch up sikit, masuk jadi entry! Perghhh ...

OK, malas nak cerita panjang-panjang .. ini untuk mereka yang lahir pada bulan November. Semoga dengan pertambahan usia, makin bernas dan matang berfikir, makin bertambah rezeki dan makin hidup diberkati.

Doa kami semua untuk anda yang dikasihi.



Selamat Hari Jadi!

Saturday, October 31, 2009

Selamat ... selamat ... selamat hari jadi!

Aiyakkk .. sudah Oktober! Tidaaaaaaaaaaaaaakkkkk!

Tak ada apa pun .. saja nak buat-buat meroyan ... baru la havoc sikit. Ini list kawan-kawan yang menyambut hari ulang tahun kelahiran pada bulan Oktober. Dan, semua gambar-gambar ini adalah yang berusia lebih dari 6 tahun dulu - except gambar Akrabin, couldn't find any - tu sebab ada kot saja, kepala tak de ...




Untuk rakan-rakan ini, saya doakan yang terbaik untuk anda semua - kehidupan di sini dan kebahagiaan di sana ...



Life is like a novel. Many chapters read and forgotten but there’s one I won’t forget. It’s the chapter when I met you and we know each other and it’s nice to know someone like you.

HAPPY BIRTHDAY friends ...
Edited:
Selepas saya memberitahu bahawa saya tiada pun sekeping gambar Aqrabin, Hj. Saiful telah bermurah hati untuk memberi satu kepada saya. Biar pun kecil, namun kamu semua masih boleh nampak kan wajahnya?

Presenting to you ... MOHD AQRABIN AWANG -- special dedication gitu ...

To Hj, Saiful, thanks a lot!

Wednesday, October 28, 2009

Wah .. sudah tukar ka?

Waduh ... sudah bersarang sangat nih! Apa sudah jadi? Ni la masalah yang saya takuti ni ... MALAS dan HABIS MEMORI. Tambah, bila tahun depan dah tak nak tulis pasal birthday kengkawan, tak tahulah apa nasib blog ni. Doa-doakanlah semoga ia boleh bertahan untuk tempoh 30 tahun lagi ... :p

OK, sempena meraikan dua sahabat yang mendaki setahap lagi tangga keilmuan -- dah boleh digelar sarjana dah ni ... -- maka, saya dedicate kan entri ini untuk mereka ... dan pastinyalah kita-kita juga untuk tumpang gembira dan bahagia.

Saya memperolehi MA saya pada tahun 2003 - 6 tahun yang lalu ... aduh, sekejapnya masa berlalu .. Tengok lah dua gambar ini. Berbeza bukan? Walau relatifnya 6 tahun bukanlah tempoh yang terlalu lama, tetap banyak yang berubah. Especially pada penampilan graduannya. 6 tahun dulu, jubahnya hijau, sisters nya bertudung krim dengan lilitan logo UIA dan brothers nya pulak kacak bersongkok. Tapi, hari ini, jubah mereka cantik dan ceria ... dengan mortar board, baru terasa real gi convo, kan?








Ingat lagi masa convo tu, macam-macam restriction kena ikut. Tak boleh pakai baju warna kuning dan ungu diraja lah, tak boleh bawak beg lah -- beg kertas yang saya pegang itu pun tak boleh bawa sebenarnya -- dan macam-macam lagilah. Bosan. Tapi tak kisah lah ... yang penting dapat skrol nya.

Tapi, bicara pasal pemberi skrol ni sakit hati juga. Masa BA dulu, budak-budak IRK ambil skrol hari kedua. Dengarnya tahun itu (2001), giliran bebudak IRK sebenarnya, tapi gossip mengatakan yang bebudak Law akan boycott convo if depa tak dapat giliran masa first day. Begitu sekali? Maka, oleh sebab bebudak IRK telah mulia hati dan budi, maka giliran mereka dikorbankan supaya convo tidak jadi kecoh ... dan menerimalah kami skrol dari bekas menteri yang pernah mengesyorkan agar padi ditanam di atas bumbung rumah dan patut ada hari bergurau senda untuk suami dan isteri!



Masa buat MA ingat dapat le skrol dari Sultan. Tapi, takdir Allah tak siapa yang tahu ... Sultan tak sihat la pulak masa tu -- macam-macam hal! -- Maka, tangan menteri itu juga yang menyampaikannya. Arghhhhh!!! Tu sebab muka saya macam tak boleh blah je dalam gambar sebelah ni .. hehehe.



Hmmm ... dan semua ini juga mempengaruhi juga keputusan saya untuk sambung PhD pula. What an excuse, kan?





Apapun, saya mensasarkan 8 tahun lagi untuk buat PhD. Ada niat, tapi entahlah. Tolonglah doakan saya ... [alangkan blog pun tak daya hapdet, ni nak buat PhD yang tentu-tentulah nak kena ada motivasi yang tahap dewa jingga!]!




Tahniah untuk dua sarjana kita -- Kak Lin dan Ayue ...



Jom, apply for Harvard plak? Ada berani? Ngeeeee ... [dah siap link dah untuk korang gugel! -- see, how serious I am?]

Friday, September 25, 2009

Rayakan Hari Jadi Kita!

Sengaja juga entri ini saya lewatkan … buat mengenang seorang sahabat yang telah 3 tahun meninggalkan kita. Juga kerana sibuk dengan bulan puasa dan hari raya … saya kira valid reason itu .. hahaha!



September memang membahagiakan buat saya (ya, saya bias kerana ini bulan ulang tahun kelahiran saya!) … dan banyak benar perkara-perkara menarik yang terjadi setiap kali ia menjelma. Dan, saya harap, perkara yang sama juga terjadi kepada sahabat yang sama menyambutnya!

Untuk kita-kita … saya dedicate lagu ini untuk kamu …

Sealed with a Kiss! (why this song? Because it says something about September :P)

Though we've got to say good-bye
For the summer
Darling, I promise you this
I'll Align Centersend you all my love
Everyday in a letter
Sealed with a kiss

Yes it's gonna be cold, lonely summer
But I'll fill the emptiness
I'll send you all my dreams
Everyday in a letter
Sealed with a kiss

I'll see you in the sunlight
I'll hear your voice everywhere
I'll run to tenderly hold you
But, Darlin' you won't be there

I don't wanna say good-bye
For the summer
Knowing the love we'll miss
Let us make a pledge
To meet in September
And seal it with a kiss …

Selamat Ulang tahun buat …

  • Hisham – 2 September
  • Ju-Y + Sue – 11 September
  • Jah – 20 September
  • Zaidi + K. Su – 24 September 2009
  • Che Mat + K. Da – 30 September

Semoga kita semua saling memberi manfaat kepada orang di sekeliling kita …

Monday, August 24, 2009

Tarawih yang sudah Tawarikh

Gambar ini telah saya uploadkan dalam entry sebelum ini (kamu carilah sendiri ceritanya, ya?). Tapi, untuk kali ini, rasanya ceritanya lebih relevan dengan gambar ini.




Sempena kedatangan Ramadhan kali ini, saya terhimbau kepada kenangan berpuasa di rumah sewa - bertarawih sebenarnya.

Oleh kerana masjid agak jauh dari rumah kami, maka kami mengambil keputusan untuk bertarawih di rumah sahaja. Maka bergilir-gilir lah menjadi imam dan makmum. Yang saya ingat, saya dan Nisak yang menjadi imam ... Sue dan Kak Lin? Tak perasanlah pula ... selebihnya ... makmumlah ... mereka kan kumpulan yang special, bebudak kelas Arab yang special (no pun intended!).

Kerana itu antara pengalaman pertama menjadi imam tarawih, bacaan bilal pun kadang-kadang saya baca sekali [hehehe, tak pastilah boleh ke tidak ... semoga Allah mengampuni saya!].

Rupanya, perbuatan ini menimbulkan rasa tidak senang di kalangan sahabat kerana mereka juga ingin 'mengambil bahagian' dalam jemaah tarawih itu.

Maka, suatu hari, kawan-kawan ini menghampiri saya dan menyatakan hasrat mereka untuk membacakan selawat mengiringi rakaat solat tarawih itu. Kata salah seorang daripada mereka:

"Fisha, ko baca-baca tu, tak boleh ke bagi kat kitaorang? Kita pun teringin gak nak baca selawat tu ..."

Saya balas:
"La ... ye ke? Apsal tak cakap? Aku baca sebab tak de siapa yang nak volunteer baca ... sampai le ke hari ni ... Tak de masalah ... aku lagi suka. Meh sini kita praktis ..."

Kemudian, kami ramai-ramai mempraktis bacaan selawat itu dengan senang hati ...

Dan, solat tarawih malam berikutnya, bilal saya (dari kalangan yang special itu) membaca selawat dengan takzimnya untuk pertama kali ... Indahnya.


Kamu, ada cerita solat tarawih kamu?

Sunday, August 16, 2009

Motor oh Motor ...

Bila duduk di rumah sewa, perkara pertama yang menjadi persoalan, bagaimana nak pergi ke kelas dalam masa yang ditetapkan?

Ini kerana, bila sudah di rumah sewa, sudah tidak boleh bangun sesuka hati kerana pengangkutan untuk ke kelas di KUSZA itu tidak tetap jadualnya. Kalau sudah terlepas bas, alamat, balik dan sambung tidur sajalah. Kalau di asrama tu senanglah, kelas nak mula lagi 5 minit pun masih boleh bersiap pergi.

Oleh sebab itu, sebaik diberitakan kena menyewa di luar, saya telah menyuruh ayah membelikan saya motor. Kebetulan, pada masa itu saya telah mendapat RM9000.00 secara lump-sum daripada PTPTN [kaya gila saya pada masa tu! -- tapi tak tahu buat belanja apa duit2 tu semua ... ishhhhh!]



Dan, sebanyak RM1500.00 telah disisihkan untuk mendapat EX5 terpakai. Paling mengharukan, ayah sendiri menghantar motor tersebut dari Kangar ke KT (menurut ayah, dia bertolak seawal 4.00 pagi dan sampai di KUSZA dalam pukul 2.30 petang -- harus diingat, pada masa ini tiada lebuhraya Baling-Grik! Saya sungguh respect ayah saya itu!).








Saya di rumah sewa - Jln. Tali Air 4, bersama EX5 saya --->




Inilah kenderaan saya selama di KUSZA - EX5 dengan nombor pendaftaran RC5596. Dan, telah saya jelajahi hampir seluruh bandar KT dengannya.







<--- gembira ria, berpoya-poya. Scooter merah itu tak ingatlah siapa yang punya ...



Namun, apabila bicara tentang motor, ada sekali motor saya rosak dan saya amat memerlukannya untuk ke KT. Nisak mencadangkan kami meminjam motor Buhairi. Oleh kerana dia yang mencadang, dialah yang perlu mendapatkannya. Lagi pun saya tak biasa berurusan dengan brothers.

Malangnya Buhairi tiada di rumah ketika itu, namun motornya ada. Dengan pertolongan rakan serumah Buhairi (tak tahu siapa), Nisak dapat meminjam motor itu (dan tuannya memang tidak tahu mengenai hal peminjaman ini -- maklumlah, zaman handphone masih belum masuk lagi).

Dengan menunggang motosikal Buhairi, saya dan Nisak pun ke KT untuk menyelesaikan urusan kami. Jarak dari rumah sewa ke KT tidaklah jauh mana. Namun, dengan menunggang motor, harus jugalah pemanduan menjadi hampir satu jam pergi dan satu jam balik. Tiada masalah. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Kami pergi dalam pukul 4 petang dan balik ke rumah dalam pukul 8 malam. Kemudian, apabila kami memulangkan motor tersebut, Buhairi seperti astonish gitu. Kenapa?

Rupa-rupanya, motor itu ditinggalkannya di rumah kerana motor tersebut pancit. Kami yang tidak sedar dan tidak tahu ini selamba saja menunggang motor pancit dari Wakaf Tembesu ke KT. Mujur juga tiada apa yang berlaku (malah saya bisa merempit atas Jambatan Sultan Mahmud lagi seperti kebiasaannya!).


Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu
Picture credit

Agaknya Allah masih menyayangi kami. Andai kata waktu itu sudah sampai janji kami denganNya, harus jugalah kami tiada sekarang.

Bila diingatkan ... ngeri dan lucu, semua bersatu.

Kini, RC5596 sudah tiada lagi (sudah dijual), dan saya juga sudah banyak kehilangan skill merempit. Namun, saya masih berupaya drift di Banjaran Titiwangsa dengan RF4053 saya. Hehehe ...

P/s: Buyie, kabor mende muto deme? Ada lagi ke?

Wednesday, August 5, 2009

Untuk Mereka di Bulan Merdeka!


Untuk mereka yang lahir di bulan Merdeka ... semoga merdeka daripada kejahatan dan kesengsaraan ... dipenuhi dengan kesejahteraan hidup ... AMIN.

Selamat hari ulang tahun kelahiran buat:
  • Baharudin Che Wil (BUDIEY) - Aug 1
  • Nujaimi Muhamad (JIMMY) - Aug 7
  • Suhaila (K.ELA) + Azaniza Mahmood (K.JA) - Aug 15
  • Thalasiah Md Tan (THAL) - Aug 23
  • Muhamad Khairil Akmal Othman (KUPANG) - Aug 30
  • Wan Khairuddin Wan Montil (DIN) - Aug 31
We know we're getting old when the only thing we want for our birthday is not to be reminded of it.
~~Author Unknown