Sunday, July 13, 2008

Gourmet experience

Hari ini saya berpuasa. Ganti. Tiba-tiba teringat nak buat entri ni ...

Budak asrama memang selalu rasa lapar, apatah lagi bila waktu tengah malam. Oleh kerana, pelajar hanya dibenarkan membawa cerek, periuk elektrik dan seterika sahaja, maka, kreativiti perlu diasah sepenuhnya.

Dalam hal ini, ada seorang kawan yang gemar memasak, sangat efisyen orangnya. Periuk elektrik digunakan dengan sepenuhnya – menggoreng, mengukus, merebus, memanggang – sememangnya periuk tu menjadi sangat serbaguna. Sebut sahaja nak makan apa, tersedialah makanan tersebut dalam waktu yang sangat singkat.


Maggie mee - our staple diet



Kalau maggi, tidak sekadar maggi kosong, tapi siap ala-ala kedai lagi. Cakap saja style mana yang dikehendaki, chef pasti tidak mengecewakan.


Cis ... sungguh sedap nampaknya gambar hiasan ni ..


Ada sekali, periuk elektrik tersebut rosak. Maka, aktiviti memasak menjadi terhenti dan rakan saya itu sangat tidak senang duduk. Out of nowhere dia mendapat idea memasak menggunakan seterika. Seterika?

Ya, dia telah menggunakan seterika untuk menggoreng. Telur mata kerbau. Gila betul. Rasanya, Surreal Gourmet tu terinspirasi daripada perbuatan rakan saya itu tak? Seperkara lagi, bila duduk asrama, kita akan terdedah dengan pelbagai corak dan kombinasi makanan. Ada yang kadang-kadang kena, dan ada yang selalunya tidak. Salah satunya, maggi.

Ada kawan saya suka membiarkan magginya kembang dan sejuk baru dimakan.

Ada lagi yang sikit sahaja dicurah air panas, tak sempat kembang terus di’ngap’nya.

Ada yang makan biskut cecah sos, tempoyak. Aduh!

Sekarang mungkin tidak terasa kesannya, namun bila usia meningkat, kemungkinan pola pemakanan begini akan menunjukkan akibatnya. Falsafah saya senang saja – enjoy life to the fullest, do whatever your heart desires so you won’t be regretted throughout your life. Senang dahulu, susah kemudian…