Saturday, October 31, 2009

Selamat ... selamat ... selamat hari jadi!

Aiyakkk .. sudah Oktober! Tidaaaaaaaaaaaaaakkkkk!

Tak ada apa pun .. saja nak buat-buat meroyan ... baru la havoc sikit. Ini list kawan-kawan yang menyambut hari ulang tahun kelahiran pada bulan Oktober. Dan, semua gambar-gambar ini adalah yang berusia lebih dari 6 tahun dulu - except gambar Akrabin, couldn't find any - tu sebab ada kot saja, kepala tak de ...




Untuk rakan-rakan ini, saya doakan yang terbaik untuk anda semua - kehidupan di sini dan kebahagiaan di sana ...



Life is like a novel. Many chapters read and forgotten but there’s one I won’t forget. It’s the chapter when I met you and we know each other and it’s nice to know someone like you.

HAPPY BIRTHDAY friends ...
Edited:
Selepas saya memberitahu bahawa saya tiada pun sekeping gambar Aqrabin, Hj. Saiful telah bermurah hati untuk memberi satu kepada saya. Biar pun kecil, namun kamu semua masih boleh nampak kan wajahnya?

Presenting to you ... MOHD AQRABIN AWANG -- special dedication gitu ...

To Hj, Saiful, thanks a lot!

Wednesday, October 28, 2009

Wah .. sudah tukar ka?

Waduh ... sudah bersarang sangat nih! Apa sudah jadi? Ni la masalah yang saya takuti ni ... MALAS dan HABIS MEMORI. Tambah, bila tahun depan dah tak nak tulis pasal birthday kengkawan, tak tahulah apa nasib blog ni. Doa-doakanlah semoga ia boleh bertahan untuk tempoh 30 tahun lagi ... :p

OK, sempena meraikan dua sahabat yang mendaki setahap lagi tangga keilmuan -- dah boleh digelar sarjana dah ni ... -- maka, saya dedicate kan entri ini untuk mereka ... dan pastinyalah kita-kita juga untuk tumpang gembira dan bahagia.

Saya memperolehi MA saya pada tahun 2003 - 6 tahun yang lalu ... aduh, sekejapnya masa berlalu .. Tengok lah dua gambar ini. Berbeza bukan? Walau relatifnya 6 tahun bukanlah tempoh yang terlalu lama, tetap banyak yang berubah. Especially pada penampilan graduannya. 6 tahun dulu, jubahnya hijau, sisters nya bertudung krim dengan lilitan logo UIA dan brothers nya pulak kacak bersongkok. Tapi, hari ini, jubah mereka cantik dan ceria ... dengan mortar board, baru terasa real gi convo, kan?









Ingat lagi masa convo tu, macam-macam restriction kena ikut. Tak boleh pakai baju warna kuning dan ungu diraja lah, tak boleh bawak beg lah -- beg kertas yang saya pegang itu pun tak boleh bawa sebenarnya -- dan macam-macam lagilah. Bosan. Tapi tak kisah lah ... yang penting dapat skrol nya.

Tapi, bicara pasal pemberi skrol ni sakit hati juga. Masa BA dulu, budak-budak IRK ambil skrol hari kedua. Dengarnya tahun itu (2001), giliran bebudak IRK sebenarnya, tapi gossip mengatakan yang bebudak Law akan boycott convo if depa tak dapat giliran masa first day. Begitu sekali? Maka, oleh sebab bebudak IRK telah mulia hati dan budi, maka giliran mereka dikorbankan supaya convo tidak jadi kecoh ... dan menerimalah kami skrol dari bekas menteri yang pernah mengesyorkan agar padi ditanam di atas bumbung rumah dan patut ada hari bergurau senda untuk suami dan isteri!



Masa buat MA ingat dapat le skrol dari Sultan. Tapi, takdir Allah tak siapa yang tahu ... Sultan tak sihat la pulak masa tu -- macam-macam hal! -- Maka, tangan menteri itu juga yang menyampaikannya. Arghhhhh!!! Tu sebab muka saya macam tak boleh blah je dalam gambar sebelah ni .. hehehe.







Hmmm ... dan semua ini juga mempengaruhi juga keputusan saya untuk sambung PhD pula. What an excuse, kan?

Apapun, saya mensasarkan 8 tahun lagi untuk buat PhD. Ada niat, tapi entahlah. Tolonglah doakan saya ... [alangkan blog pun tak daya hapdet, ni nak buat PhD yang tentu-tentulah nak kena ada motivasi yang tahap dewa jingga!]!


Tahniah untuk dua sarjana kita -- Kak Lin dan Ayue ...

Jom, apply for Harvard plak? Ada berani? Ngeeeee ... [dah siap link dah untuk korang gugel! -- see, how serious I am?]