Monday, March 1, 2010

Let's lepak here ...

Bertemu lagi kita di arena ini ye adik-adik. Apa khabar semua?

Terharu saya membaca komen-komen kamu yang penuh pengharapan itu. Saya tak pasti apakah semua kemahuan itu akan dipenuhi atau tidak. Separuh saya sudah jemu, separuh lagi seperti sayang. Layak seperti orang bercinta-cinta gitu. Khabi khushi kabhi gham!

Tapi, jangan bimbang, rasa sayang saya masih berlebihan mengatasi rasa jemu itu. Maka, kini, saya kembali! Hiyarkhhhhhhhh!

 .





OK, gambar di atas suah berusia 11 tahun (1999-2010). Masa muda remaja dulu. Sekejap saja masa berlalu. Bukan cerita tentang gambar itu. Tapi, mahu cerita mengenai latar tempat gambar itu.

Sekali pandang gambar itu seperti menggambarkan seorang taukey balak bersama-sama gundik-undik GROnya di sebuah bilik karaoke ... tapi, realitinya, ia adalah di sebuah tempat makan yang berkawasan open air.

Tempat itu mula kita kenali setelah kita mula menduduki rumah di Jalan Tali Air 4 itu. Kita pelajar, tak punya banyak masa untuk masak (especially saya, seorang hopeless cook), maka tempat itulah yang paling cun untuk membebaskan perut daripada lapar. Hey, a hungary man is an angry man!

Perkenalan yang biasa kemudian berubah menjadi lebih mesra selepas itu, dan makin mesra. Ahh ... itulah KEDAI MAKAN FARID's.

Saya yakin kedai itu bukanlah menggunakan nama FARID tu. Namun, saya telah lupa mengenai bagaimana kami boleh buat satu conclusion mengenai nama tersebut. Saya syak ia adalah hasil 'usha' kami kepada favorite waiter itu - mamat yang berkopiah dan suka melayan itu (akhirnya, kami dapati nama dia adalah MIE - Azmi? Mimi? Entahlah)

Apa yang menarik mengenai kedai makan ini, customers can customize the order. Tak percaya?

OK, ini ceritanya.

Setelah berulang makan di kedai itu dari penhujung 1998 hinggalah Jun 1999, siapa boleh tahan dengan menu yang sama. Nak order lebih-lebih, depa bukan personal cook kita. Maka, satu hari, kami mengetest mereka:

Farid:
Nak makan mende?

Kami:
Agak-agak ... boleh tak telur bungkus ni kita nak isi sotong je. Jemu la makan ayam.

Farid:
Jap eh, saye gi tanya tukang masak -- beberapa minit kemudian ... boleh. Tukang masak kate boleh.

Kami:
Wheoooo! OK, telur bungkus isi sotong 1, daging masak merah, sayur campur, sup ayam. Air tembikai.

Farid:
Siap!

Selepas malam-malam itu, kami mula mengada-ada. Malam ini begini. Malam itu begitu. Alah, dah ada orang nak layan, apa salahnya, kan? Hehehe.

Di kedai Farid ini jugalah kami (saya?) belajar mengenai Chikung. Sepanjang hayat, saya hanya tahu mengenai minuman yang bernama Lai Chee Kang (or is it Lychee Kang?). Chikung? I really thought it was typo. Kemudian, kami asyik tertanya-tanya apakah bendanya Chikung ni sampailah salah seorang daripada kami decide untuk mencuba minuman ini. Saya tak ingat siapa antara budak 3 orang tu. Tapi, yang pasti, selepas suapan pertama, air Chikung itu terbiar saja. Kata mereka, air itu rasanya pelik. Dan, itulah pertama dan terakhir air itu dicuba!

Sesungguhnya Kedai Farid memang tempat lepak yang cool – rasanya setanding gerai Mamak atau cafĂ© kopitiam sekarang ni.

Dan, kami buat jamuan perpisahan pun di sini.

Oh, kenangan!


P/s: Agak-agak buat reunion kat situ, boleh dapat discount tak?