Wednesday, February 22, 2012

Jimb-Jimba

Gigih di tengah malam .. Sanggup mengendong anak kekdahnya!

Antara perkara yang paling menarik bila reunion, adalah bila dapat keluar berjimba-jimba seperti jaman muda! Oh, sangat menghimbau kenangan ... Lagi best, husbands semua mak-mak dara ni sporting membiarkan bini-bini mereka berembun jantan di bandar KT hingga awal pagi! Heaven!


Berembun jantan di Kuala Terengganu
Jan. 22, 2012

Kejadian ini berlaku selepas kami menghadiri welcoming dinner. My RF kena bawak 6 orang dewasa dan seorang kanak-kanak malam tu! Kudos to my RF! You did great job babeh!

Sebenarnya, tak ada aktiviti pun, just berbaris atas bench depan Pantai Batu Buruk tu sambil mengenang-ngenang zaman dulu. Bercerita, di sinilah aku jumpa dia, di sana kami break-off, kat situ aku stalk dia dan macam-macam lagi. Semua cerita keluar. Lagi best bila dapat makan keropok goreng dan air kelapa rasa air paip .. hehehe.


Apa yang terjadi tu tak kisah sangat, tapi time spend together tu yang priceless! Thanks friends!

Thursday, February 16, 2012

Tempat Jatuh lagi kan dikenang ...

View from HSBC Kuala Terengganu
Jan. 23, 2012

Antara sekian perkara yang menjadi bualan oleh setiap yang datang ke reunion hari tu adalah tempat ini - Emporium Hock Kee Seng.

Mana kan tidak, inilah satu-satunya tempat paling terkenal untuk membeli barang-barang yang ada di bandar Kuala Terengganu 15 tahun dulu. 


Banyak sudah memori yang terukir di situ ... bagai terukir di bintang, tak mungkin dilupa!