Monday, June 30, 2008

Happy Belated Birthday my Friends ...

Another Year ...
I’m wishing you another year of laughter, joy and fun, surprises, love and happiness, and when your birthday’s done, I hope you feel deep in your heart, as your birthdays come and go, how very much you mean to me, more than you can know.


By Joanna Fuchs


18 Jun - merupakan hari ulang tahun kelahiran 2 sahabat yang sangat dekat di hati saya – Ayue dan Jeah. Ayue berusia 32 tahun, dan Jeah 31 tahun.



Jeah adalah kenalan sedari sekolah rendah. Pershabatan kami bermula seawal tahun 1986, ketika di darjah 3, Sekolah Kebangsaan Seri Perlis. Kami berbeza kelas. Saya tak pasti bagaimana persahabatan kami bermula. Yang paling saya ingat, boleh dikatakan setiap hari kami akan menghabiskan masa rehat berdua dengan membeli makanan dan duduk di bahagian belakang bangunan sekolah menghadap taman sains sekolah yang terbiar. Macam-macam yang kami bualkan.

Masuk sekoalah menengah, kami belajar di kelas yang sama dari tingkatan satu hingga ke tingkatan lima. Jeah merupakan seorang pelajar yang popular kerana dia comel dan nampak matang berbanding saya yang sempoi dan selamba. Orang lebih tertarik kerana dia anggun. Saya ini sering terlindung walaupun saya besar daripada dia secara fizikal, hehehe.

Habis SPM, kami berpisah kerana saya menyambung pelajaran di matrikulasi dan Jeah menyambung ke tingkatan enam. Kami masih berutusan surat dan kalau cuti, kami sering juga bertemu dan berbual. Jeah kemudian melanjutkan pelajaran ke UM.

Semakin dewasa, haluan makin berbeza. Namun, persahabatan tetap begitu juga. Kami masih berkongsi suka duka kehidupan kami (walaupun tidak semua perkara). Selalunya saya menjadi pendengar sahaja, sebab saya rasakan dia memerlukan sahabat yang begitu. Mungkin itu resepi persahabatan kami kekal sehingga sekarang.




September 2001, Jeah dengan rasminya menjadi isteri kepada Akmal Hizam Fatih, pemuda Kedah yang dipertemukan oleh kakak sulungnya, Arwah Kak Mazlina. Kini Jeah mempunyai seorang anak lelaki Akif Auzaie dan sedang menunggu kelahiran anak yang kedua.




Ayue pula kenalan semenjak bertemu di matrikulasi UIA pada tahun 1995. Budak Negeri Sembilan yang fasih berbahasa dan menulis dalam bahasa cina, Ayue merupakan lulusan undang-undang daripada UIA. Ayue unik kerana kadang-kadang dia boleh menjadi sangat naif dan lurus, dan pada ketika lain sangat matang.

Ayue pun ramai saja peminatnya kerana dia juga comel dan menarik. Kisah dia dan adik-adik angkat serta lelaki-lelaki di dalam hidupnya sering diceritakan kepada saya kala kami berbual-bual berdua (antaranya En. Kasut dan En. Keropok serta paling tidak lupa lelaki-penipu-yang-ntahapapantah).

Dengan Ayue banyak juga perkara-perkara ‘besar’ yang saya buat. Paling besar, adalah kisah In the Mood for Love serta kisah dengan komputer Sue. Dia adalah di antara sahabat saya yang selamba, dan tidak kisah tentang apa yang orang katakan pada dia. She’s cool. Satu lagi yang saya suka tentang dia adalah mengenai nasi gorengnya. Saya sampai sekarang belum boleh mencuba masakan dia yang lain selain nasi gorengnya. Sue dan Leena sudah merasa. Hmm, bila lagi lah tu?

Semoga semua sahabat-sahabat ini akan sentiasa berbahagia dengan kehidupan mereka. Saya doakan yang terbaik untuk mereka. Semoga juga persahabatan kami akan terus kukuh sehingga satu ketika yang terjanji. Selamat Hari Jadi.

My birthday wish for them:

A birthday quiz for you:
You think I’m:
a) Sexy
b) Really sexy
c) Really, really, really sexy.

Chose carefully. Your gift is riding on this. HAPPY BIRTHDAY!

Their reply:

Jeah @ 18 June 2008, 09:22:03
Makhluk tuhan paling sexy! Haha. Thanx a lot!

Ayue @ 18 June 2008, 09:17:51
Oi! Tenkiu tenkiu.

3 comments:

Anonymous said...

Ayue: tima kasih fisha....

hmm..dah bertahun lamanya..apa jadi kat Mr Kasut and Mr. Keropok tu yer..

Anonymous said...

Ayue:
Nak cerita tak bagaimana mereka bermula? Hehehe ...

AinRidz said...

ayue dah pandai buat dadih la ni...good girlllllllll