Sunday, October 26, 2008

Isn't she lovely?


Ini gambar 8 tahun dulu. Waktu masih pra-innocent. Masih mengimpikan kehidupan yang ideal. Masih naif dengan sepak terajang dunia luar universiti. Masih ketawa-ketiwi tanpa banyak masalah kehidupan - selain masalah remeh yang dicari sendiri.

8 tahun kemudian, hampir semua berubah status kecuali diri saya - ah, perlukah saya menghebahnya setiap kali? Macam acara lelong pulak! Tapi, tidak mengapalah ... kalau tak diterangkan, mungkin ada yang tidak tahu ... hehehe!





Dan, ini juga hasil setelah 8 tahun. Nur Khadeeja Zulaikha. Anak Yana. Lahir pada 15 Ogos yang lepas. Lengkaplah sepasang putera dan puteri ayahanda bonda. Semoga sentiasa menjadi madu yang paling manis untuk keduanya, InsyaAllah.

P/s: Ish ... rasa nak gigit pipinya ... gebu tul!

4 comments:

AinRidz said...

dlm gambar tu terperasan si bundar...apa kabar si bun agaknya ye???

Anonymous said...

Sue:
Bun tu sape? Ada 2 yg bundar tu?

Bundar kawan Meeto tu, kau pun tahu ...

Bundar satu lagi tu, anaknya 2, jadi ustajah kat JB. Laki dia pon ustaz

Rozaimi Bin Mohd Said said...

anak pompuan yana lahir 15/8, anak lelaki aku pun lahir 15/8...wah! boleh berbesan ni...tapi takutlah adat perpatih...nanti abis semua harta kena bagi kat pompuan...hehehe

Anonymous said...

kepet...arwah bapak aku org melaka kawin ngan mak aku org NS...takde isu adat perpatih pun.
(Ayue)