Akhir bulan lepas saya menyaksikan kemasukan pelajar baru ke kampus. Dan ada ketikanya, mereka kena berjalan di dalam satu barisan yang panjang, ia terus mengingatkan saya kepada masa Taaruf Week di matrik UIA Lembah Pantai, Jun 1995 (dah 14 tahun ... ).
Perkara yang paling saya benci apabila kena berlari-lari apabila nak pergi ke mana-mana. Kena berkumpul, kemudian kena jalan dalam barisan. Bodoh saja rasanya. Selalunya bila siren hailer berbunyi, terpaksalah semua pun bergerak pantas.
Seperkara lagi, selalu juga apabila habis sesuatu event, dan kembali ke hostel untuk makan dan berehat, saya berasa kecewa kerana gerai makan di kolej sentiasa penuh. Saya pula jenis yang tak kuasa nak beratur panjang, kadang-kadang skip dan terus balik ke hostel. Dari beratur dan entah bila boleh dapat makanan, baik saya tidur. Dan keadaan itu berterusan selama 2 hari - saya pun pelik kenapa boleh bertahan begitu (tapi bukanlah 2 hari tu tak makan langsung, cuma instead 3 kali makan, saya makan sekali saja).
Kemudian, pada satu pagi di Taaruf Week itu, saya ingat ada satu event di auditorium (tak ingat exact place of the auditorium). Dan untuk ke audi tu, saya akan mendaki sejumlah anak tangga dan keadaan yang sedikit berbukit. Pagi tersebut, saya hanya sempat bersarapan roti dan sekotak susu coklat.
Dan, perlu diingatkan juga, pada tahun 1995 itu, saya masih mengalami tumbesaran yang pesat dan saya memang comel masa tu. Maka, perbuatan mendaki anak tangga dalam keadaan berlari-lari adalah perbuatan yang sangat tidak wajar! Penat tau!
Bila dah kena berlari mendaki, saya rasa something wrong saja dengan badan saya. Saya rasa mengah, saya rasa meloya dan sebagainya. Sebenarnya saya boleh saja cakap kat kakak fasi yang saya rasa tak sedap badan, malangnya kakak fasi itu jauh di hadapan. Maka, saya gagahi juga berlari dan berjalan.
Habis anak tangga, kena pula daki sedikit bukit kecil sebelum sampai ke audi, dan setiba di depan audi ....
Bluweeekkkkkk!
Keluar semua isi perut saya. Orang lain tengok dengan simpati, tapi tak buat apa-apa sebab nak berkejaran masuk audi. Kemudian, adalah 2-3 orang kakak fasi menghampiri saya dan membantu saya.

Saya terus dibawa ke sick bay dan kakak fasi telah pergi membelikan nasi ayam setelah mengetahui saya belum makan. Masa tu saya rasa sangat gembira kerana dapat makan dan dapat diexcuse dari program whatever itu.
<------ strong=""> gambar hiasan. Ini adalah nasi ayam hasil kerja Suhaina Wahid (Sue) dan suami sewaktu saya ke rumah mereka tempohari. Sedap ...!------>
Sekian, kisah saya di Taaruf Week UIA matriculation, June 1995.

Gambar waktu Taaruf Week di Matric tak ada ... maklumlah, belum mampu memiliki waima sebuah kamera pun, dan kebetulan dapat kawan yang bukan kaki pukul gambar! Sebagai ganti, terimalah gambar semasa Taaruf Week 1997 di Gombak - Degree. Ya, saya antara yang lewat satu semester mendaftar waktu degree kerana Arab lambat habis!
31 comments:
ramai tak puas hati dengan baju taaruf week degree tu...
Pie:
Masa korang pun baju taaruf ni ke?
tak.. baju batik warna pink skit.. .. kain semacam jer.. tak puas hati.. cantik baju batik taaruf week matrikulasi dulu..
betullah pi'e, baju batik pink yg kainnye kasar, cantik lagi batik biru matrik tu...mane ek baju tu skang???
takkan aku lupakan baju batuk warna pink tu...rasanya kolar raihan kan? kain keras...dah tak boleh aku upakan aku (dan rasanya semua orang) hanya dapat sekeping telegram suruh pergi register kat gombak...sampai sana, komiti mula2 tak percaya bila aku bagi telegram sebagai offer letter aku...hampessss
masa ta'aruf kat matrics dulu, aku dok rasanya 10 orang satu bilik...tak satu pun roommate aku yang akan ke kusza...diorang pelik semacam je bila aku kata aku ke kusza..sebenarnya aku lagi le pelik kenapa aku pi kusza...ada sekali tu, budak2 bilik aku kena panggil ngan komiti, diorang kata dorang jumpa puntung rokok dalam bilik kitorang and suruh mengaku...tapi kakak aku dah bagitau aku heah2 komiti taaruf ni...sudahnya tak de sapa pun yang mengaku...walau diugut untuk dilaporkan pada pihak atasan dan kemungkinan dibuang uia...hehehe...last sekali, taktik murahan diorang tu tak menjadi
ada jugak yang suruh mengaku flushkan sabun dalam tandas. pastu, komitte siap tanya, awak pakai sabun jenis apa? ada kawan aku jawab, saya tak pakai sabun.. eehehee
Ajako:
Haaa ... aku rasa aku dah mula ingat dah korang punya baju taaruf tu ...
Kepet:
Org UIA memang suka buat yg bukan2 kat kita, budak UIA-KUSZA ni ... tu sebab we turned out rebellious ... bukan salah kita!
Kenapa kau duduk 10 org sebilik? Kalau 10 org serumah, logik gak ...
korang kena buli kat matric? hehehe ... kesiannya ... syukur aku tak kena benda2 keji tu ...
Pie:
Bijok aa saing mu tuh ...
pie & kepet, korang citer pasal puntung rokok aku teringat kat pak guard mat sepin kat kusza time wat spotcheck kat blok umar dulu. bulehnye dia kate irwan merokok sbb jumpe puntung rokok kat bilik dia...apelah salah budah kecik yg asma tu...
Masa Degree ada Taaruf Week ke?
hahaha.. tak terbayang aku, kalau irwan tertangkap masa tuh.. agaknya puntung rokok tu dah expired 3 tahun yg lalu.. mat spin tak tengok tarikh kot..
Ajako:
Mcm2 plak nama pak guard KUSZA tu .. baru le aku tau .. Mat Sepin la .. hapa la ...
Tu mat sepin tu tuduh Irwan sbb dia pon anti bebudak UIA-KUSZA ke?
Anonymous @ July 27, 2009 4:12 PM:
Kau ni sama ada tak dapat offer letter atau telegram cam Kepet tu ... mesti la ada .. kat UIA tu, Matric sampai ke PhD, ada je Taaruf week nya ...
Pie:
Entahnya ... Irwan yang so innocent tu pulak yg terkena ... sampai hati Mat Sepin tu ye ... hmmm ...
Peesha : masih aku ingat d dorm KUSZA..ade sorang budak yang layan blues d katilnye, diam hingga aku berfikir 2 @ 3 kali nak tegur..hikhikhik..Sape budak tu ye???
Lagu blues heheheh
Ada jugak sister yang minat lagu macam tu ek...
Sape penyanyi yang diminati tu... takkan ito kut
Time taaruf masa matrik ni yg aku takleh lupa masa qiamullail. Dah la sebelum tu kena dera kat committee sampai tido pun lewat malam. Lepas tu kena bangun awal dalam pukul 3 pagi tak silap.
Apa lagi, time qiamullail tu macam2ragam la boleh tengok. Ada yang angkat takbir sampai nak jatuh ke belakang, masa rukuk sondol bontot orang depan, yang sujud tu terus sujud sampai la imam bagi salam.
Committee Taaruf mmg tak berhati perut betul la time tu.
peecha: betul tu, mcm2 nama pak guard ade kat kusza, ada sorang tu nama pak guard mate merah sbb byk sgt tidur time 'jaga'. tp kat uia gombak pun ape kurangnye si mejoh (hamzah) tu. Leh tahan brutal dia...
suri, itu namanya khusyu' tahap gaban tu kalau dah sujud tak bagun2...hehehe...ini mesti kes sembahyang sunat tasbih
hamzah tu punya brutal tak boleh tahan beb
Ye la pet. Time sembahyang tasbih.....
Tapi yang paling bestnya aku tengok ada yang terus tido tak sembahyang pun.
Kan masa tu lampu malap malap je. Mana ada committee nampak pun.
Kalau cerita bab jaga kusza, teringat aku kalau nak pergi keluar minum air buah kat seberang takir, mesti kena check dulu sapa jaga malam tu.
Ayat standard yang biasa kitaorang tanya. 'Pok, nok air mende, nanti kite beli?'.
Ni kes rasuah kecil-kecilan la time tu. Nak jaga hati jaga la konon.
Sbb lepas tu nak keluar lagi heheheheh
Mc_ja:
"masih aku ingat d dorm KUSZA..ade sorang budak yang layan blues d katilnye, diam hingga aku berfikir 2 @ 3 kali nak tegur..hikhikhik..Sape budak tu ye???"
Heleh ... gua sudah cerita la pasal budak tu .. sudah tiada rahsia tentang siapa dia ... lu cari kat entri lepas2 ...
Suri:
Apa salahnya minat lagu blues? Memang jiwa kita2 ni ke arah itu waktu tu ... tengah nak membesar ... tambah2 waktu tu zaman kegemilangan rock leleh ...
Nak tahu sapa kita minat? Kalau bikin list, stok satu tahun pun tak habis, tau!
Bab komiti suruh buat qiam tu mmg si** tau ...! Aku setuju dgn Suri. Dah la dikejutkan pepagi buta setelah program mlm tu habis dekat pukul 12 ... pas tu kena berlari macam hape ke surau ... pas tu ustaz datang lambat.... Memang mcm2 bunyi dgr ... jatuh, rebah dan bangun semula ada, jatuh, rebah dan tak bgn2 pun ada!
#@#%%^%^&&*&***(!
Ajak + Kepet:
Mejah ni memang legend la ... sesapa pun mesti kenal dia ... paling tak bleh blah, boleh plak dia masuk dewan exam nak check kad matrik.
Bengong ke hape ... org dah le struggle nak jawab exam, dia sibuk nak check .. akai ada ka!
Suri:
"Kalau cerita bab jaga kusza, teringat aku kalau nak pergi keluar minum air buah kat seberang takir, mesti kena check dulu sapa jaga malam tu..."
Apsal macam2 kena korang ni dgn pak guard? Kitaorang keluar tak pernah pon nak kena bg rasuah cenggitu ...? Lepas bebas je ...
fisha, itu le rupanya orang gile kuasa...itu baru jadi jaga tu
Fisha,
Kitaorang selalu keluar malam. kekadang lepas pukul 11 mlm baru keluar.....
Kalau siang hari mmg la takde masalah
Post a Comment