Lamanya ... lamanya! Dan, kini ... akhirnya ... whatever Jose!
OK, hari ni saya nak bercerita mengenai satu perkara yang terjadi semasa saya belajar BA Tinggi di sekolah dulu. Alah, bahasa arab yang kena belajar balaghah dan lain-lain tu lah. Guru BAT masa tu adalah Ustazah Rodziah, seorang yang sangat tabah (manakan tidak, dia akan terus mengajar tanpa menghiraukan kami memberi perhatian atau pun tidak :p).
Masa tu saya di tingkatan 4 dan BA saya memang hancus. Saki baki belajar untuk SRP dulu makin menyusut. Dan, bila kena belajar benda-benda 'tinggi' macam ni, memang haru biru dibuatnya.
Kelas kami pada masa tu memang sangat conducive untuk tidur. Especially bagi sesiapa yang duduk di sebelah tiang besar di tengah-tengah kelas tu! Ditambah dengan tak berapa nak faham subjek, ustazah yang 'tabah', kelas yang menghampiri waktu balik, recipe for disaster la tu.
Maka, di tengah-tengah proses belajar berlangsung, seorang sahabat yang duduk di sebelah tiang itu - K - telah tenggelam perlahan-lahan dalam tidur. K memang selalu tidaur, tapi caranya mungkin tidak disedari oleh Ustazah Rodziah. Tapi, hari itu, nasib K malang bila Ustazah mengesani dia tidur.
Kami pun agak terkejut apabila tiba-tiba Ustazah Rodziah berhenti mengajar dan menuju ke arah K. Kawan di sebelah K cuba mencuit, tapi K sangat nyenyak tidurnya. Lalu Ustazah Rodziah menampar meja sambil berkata dengan suara yang tinggi, "ente naimah!"
K terkejut dan terpisat-pisat bangun. Sambil tu sempat dia menjawab, "lak ... ismi K. Laisa naimah!"
Terus Ustazah Rodziah dan kami semua pecah ketawa sambil K menggaru-garu kepalanya untuk memahami apa yang berlaku.

<--- ini saya dan rakan-rakan masa tingkatan 1. Masa tingkatan 4, kami di letak di kelas ini juga.
Carilah saya kalau kamu terror! :p
Walau terberhenti sekejap dengan peristiwa itu, kami tetap kena menghafal ayat yang sampai sekarang saya tak faham ...
"Ma la kum, ta kak kak tum, wa a'ala ka ta kak ku ikum, a'fru qo'u 'annni ..." -- macam tu lah lebih kurang.
Ma ana naimah ya Ustazah, la kinni ma afhamu syai aizon!!
"Ma la kum, ta kak kak tum, wa a'ala ka ta kak ku ikum, a'fru qo'u 'annni ..." -- macam tu lah lebih kurang.
Ma ana naimah ya Ustazah, la kinni ma afhamu syai aizon!!
20 comments:
bahasa arab nie, yang paling best ustaz wan sulaiman. dalam buku belajar khalid bin walid, dia syarah sampai ke asal usul keropok.. best ustaz!
Pie:
Ustaz Wan Su memang byk kejadian lucu ... tunggu saja kisah dia ...
Ente ghofflah jingga!!!
kah kah kah...sekarang aku ingat semula ma lakum ta kak kak kum...hahaha...yes, menghafal tanpa tau apa maksudnya...ala2 burung kakak tua...BAT adalah subjek yng paling aku tak suka...bagi aku BA Kom lebih senang dari BAT...bukan setakat subjeknya aku tak suka, ustazah yang ngajar pun aku tak suka
lagi satu yang aku ingat masa belajar imu mantiq ialah "isma'u wa'u"
kepet:
supposed to be ustaz kan? ehehe
kepet, aku ingat ayat tu, 'ayyuhannas, isma'u wa'u, man maata faata, dan kitorg tambah; waman mata buta...(tu pasallah sampai skarang x terel mantiq)
Musyai:
"Ente ghofflah jingga!!!"
wa ente kepala dungga! hahahaha
Kepet:
Kau ni, madang je tak suka ustaz ni lah ... ustazah tu lah .. tapi, mujur gak kau lulus dan berjaya dalam idup ...
"isma'u wa'u"
Aku tak ingat aku belajar ke tak mende ni ... tapi apa maksud dia?
Pie:
Wah, tahu habis ye Pie dgn ustaz ustazah sekolah kepet? dasat networking korang ye ...? :p
Ajako:
'ayyuhannas, isma'u wa'u, man maata faata, dan kitorg tambah; waman mata buta...
Aku syak waktu ni aku pon sama tido tepi tiang .. patut tak pernah dgr!
fisha:
isma'uu wa'uu
uslub arab yang cantik kalau nak tarik perhatian orang dipermulaan ayat:
isma'uu = dengarlah semua
wa'uu = sedarlah semua
aku ada ingat dalam kelas bahasa arab, level brp. aku tak ingat.
Ustaz Sudan tu mentang2 la nama aku susah nak sebut, dia asyik panggil aku suryati....ada ke patut...
Ikut sedap je panggil......
Pie:
Ooo ... baru tau.
Syukran ya Ustaz!
Suri:
Kau masuk level lain ke? Se tau aku, kau masuk2 terus pegi level 6 ... ganas terer ... aku respect woo ...
Dia panggil kau Suryati? hehehe
aku pun heran pasal apa bulih masuk level 6 terus. Seingat aku masa mula-mula kat matrik dulu aku hantam sengkromo je bahasa arab tu... Nahu ngan Soraf tah apa-apa masa tu
Suri : EPT dan APT tuh macam x boleh percaya jugak.. BI tuh ada ka patut saya dpt level 2 trus..dahlah sekelas dengan Norin, fidah, suziana.. yang ala2 M16 kalau speaking,membuatkan aku rasa tersisih...hihihi
Teringat masa kelas mr anthony dulu. Dia tanya apa pejalan kaki ikut bahasa inggeris. Aku jawab la walker. Terus kena marah
Pada pendapat aku masa tu betul la kalau ikut logik.......
Miss Peesha.. I renduu dengan Ustaz Wan Su dan Ustaz mohamad Masihkah dia ngaja d KUsza? huhuhu...
Ustaz Mohamad dah kembali ke rahmatullah. Rasanya dalam 4, 5 tahun lepas dah...
Tak tahu ke???
Post a Comment