Wednesday, July 15, 2009

Peluklah I ... aww!

Haha .. cam pervert pulak kan?

Jangan tak tau ... ini kisah betul ni. Ia belaku masa saya tingkatan 1.

Masa tu, sebab lain saya dimasukkan ke sekolah agama adalah untuk membolehkan saya menguasai bahasa Arab. Dan, saya tidak pernah belajar satu perkataan Arab pun sebelum tu.

Setelah sampai setengah tahun, barulah vocabs sedikit demi sedikit berkembang. Tapi masih ragu-ragu untuk menggunakannya. Guru BA saya masa tu adalah Ustazah Aisyah yang sangat garang - jenis yang tak boleh satu perkataan Melayu pun digunakan di dalam kelasnya.

Bila dah begitu keadaannya, saya dan rakan-rakan mengambil sikap berhati-hati. Maksudnya, seboleh mungkin kami akan menghafal ayat-ayat lazim yang perlu digunakan ketika keadaan mendesak ... seperti meminta izin untuk ke bilik air.

"Ismah li ya Ustazah, urii du an azhaba ila dauratul miyah!" -- berpeluh menghafal sambil mengharap trip ke tandas tidak akan terjadi!

Ustazah Aisyah ini jenis yang tak bagi muka kat sesiapa - pelajar di dalam kelas, atau ada pelajar lain yang datang nak berjumpa sesiapa di kelas pun disuruhnya bercakap Arab. Hinggalah pada satu hari ... ada seorang pelajar tingkatan 3 yang muncul di hadapan kelas kami pada masa Ustazah Aisyah sedang mengajar BA. Wrong timing!

Sambil sengih-sengih, dia berkata, "Ustazah, boleh saya berjumpa dengan S?"

Hah! Silap besarlah budak tu.

Terus disyarahkan Ustazah Aisyah habis-habisan. Tapi, sebab dia marah dalam BA, kita tadah je la telinga. Budak tu pun merah padam mukanya.

Kemudian Ustazah pun mengajar cara yang betul sekiranya untuk berjumpa seseorang di dalam BA.

Moment of truth!

Satu ketika, rakan saya M, terpaksa pergi ke satu kelas untuk bertemu dengan seorang senior, dan kebetulan ada seorang ustaz lelaki yang sedang mengajar (Ustaz Tohir yang cumel! *gediks!).

Untuk mempraktis apa yang telah diajar, M mengetuk pintu dan mulalah bercakap Arab:

"Ismah li ya Ustaz. Urii du an uqabbila ukthi N..." Arab habis lah tu ...

Kemudian Ustaz mengerut dahi ... "ma za?"

M mengulang ayat yang sama - senior sudah mula tertawa kecil.

"Lima za tu ri du an uqabbilu ni?" - tanya Ustaz sambil tersenyum. (maafkan nahu ku ...huhu)

M tak faham dan mula berkerut. Kasihan melihat M, Ustaz kemudian membetulkan sebutannya ...

"Bukan uqabbila, tapi uqabila, jangan disyaddahkan 'ba' tu. Uqabbila maksudnya, peluklah daku."

Imagine to M horror bila dapat tau maksud perkataan itu. Sesungguhnya dia mempelajari sesuatu hard way hari tu.

Dan saya tak habis ketawakan dia. Mujur bukan saya yang kena ...

I tak rela you ... awww!

10 comments:

ustazshafiee said...

hik hik.. rasanya bukan peluk maknanya, tapi cium..

saya pun ada kisah: seorang kawan buat ayat:

azhabu ila madrasati rakiban dajjajah..

hahaha.. macamana boleh tertukar darrajah dengan dajjajah?

*dajjajah: ayam
*darrajah: basikal

Rozaimi Bin Mohd Said said...

masa aku peralihan, satu ustazah ni wajibkan kitorang hafal vocab yng ada dalam kamus marbawi...masalahnya ustazah ni memang garang yang teramat...sempat jugaklah aku menghafal 2 muka surat kamus tu

ajako said...

teringat mase skolah, "limaza ta akkhorta?" jawapan: "ana la wa bas" maknenye, "saya takdan bas", terel kannnnn?

Pijat-Pijat said...

Pie:
Ha'a la ... cium. Lupa la plak .. dah lama berlaku. Tp, malas ah nak betulkan kat cerita tu .. :p

Pijat-Pijat said...

Kepet:
Fuyyo ... hafal kamus marbawi seh! Aku nak nak tengok makna dalam kamus tu saja pun dah failed ini kan pulak la nak suruh hafal!

ente mumtaz! hahaha

Pijat-Pijat said...

Ajako:
Hehehehe .. pinter! pinter!

Teringat plak aku masa nak dekat exam, ustazah tu bg nasihat, kalau nak kena buat karangan, tp kamu tak tahu maksud, translate saja secara literally ... maka, jadilah, "azhabtu ila baitul mariz" ...

Kelakar betul!

surizalman said...

Wasola Kolbuka Tukallibuni

Aku tak ingat sapa yang selalu sebut ayat ni dulu masa kat kusza.......

Pijat-Pijat said...

Suri:
Apa maksudnya tu?

surizalman said...

Kalau translate ikut bahasa kelate:

Sampai hatimu menganjingkan aku

Kalau translate ikut bahasa standard:

Sampai hatimu mempermain2kan aku

Mc_ja said...

Peesha : bukan setakat d SM.. D UIA KUSZA pon ado crite pasal BArab nih.. Ingat x tentang ujian bacaan Al-Quran d HEP. Ada sister cakap...ANA MA'ZURAH, berabis ustaz tuh cari pelajar yang namanye Ma'zurah.. bila d terangkan barulah dia paham...Ustaz x bagitau nama sister tuh..