Gambar ini telah saya uploadkan dalam entry sebelum ini (kamu carilah sendiri ceritanya, ya?). Tapi, untuk kali ini, rasanya ceritanya lebih relevan dengan gambar ini.
Sempena kedatangan Ramadhan kali ini, saya terhimbau kepada kenangan berpuasa di rumah sewa - bertarawih sebenarnya.
Oleh kerana masjid agak jauh dari rumah kami, maka kami mengambil keputusan untuk bertarawih di rumah sahaja. Maka bergilir-gilir lah menjadi imam dan makmum. Yang saya ingat, saya dan Nisak yang menjadi imam ... Sue dan Kak Lin? Tak perasanlah pula ... selebihnya ... makmumlah ... mereka kan kumpulan yang special, bebudak kelas Arab yang special (no pun intended!).
Kerana itu antara pengalaman pertama menjadi imam tarawih, bacaan bilal pun kadang-kadang saya baca sekali [hehehe, tak pastilah boleh ke tidak ... semoga Allah mengampuni saya!].
Rupanya, perbuatan ini menimbulkan rasa tidak senang di kalangan sahabat kerana mereka juga ingin 'mengambil bahagian' dalam jemaah tarawih itu.
Maka, suatu hari, kawan-kawan ini menghampiri saya dan menyatakan hasrat mereka untuk membacakan selawat mengiringi rakaat solat tarawih itu. Kata salah seorang daripada mereka:
"Fisha, ko baca-baca tu, tak boleh ke bagi kat kitaorang? Kita pun teringin gak nak baca selawat tu ..."
Saya balas:
"La ... ye ke? Apsal tak cakap? Aku baca sebab tak de siapa yang nak volunteer baca ... sampai le ke hari ni ... Tak de masalah ... aku lagi suka. Meh sini kita praktis ..."
Kemudian, kami ramai-ramai mempraktis bacaan selawat itu dengan senang hati ...
Dan, solat tarawih malam berikutnya, bilal saya (dari kalangan yang special itu) membaca selawat dengan takzimnya untuk pertama kali ... Indahnya.
Kamu, ada cerita solat tarawih kamu?