Gambar ini telah saya uploadkan dalam entry sebelum ini (kamu carilah sendiri ceritanya, ya?). Tapi, untuk kali ini, rasanya ceritanya lebih relevan dengan gambar ini.
Sempena kedatangan Ramadhan kali ini, saya terhimbau kepada kenangan berpuasa di rumah sewa - bertarawih sebenarnya.
Oleh kerana masjid agak jauh dari rumah kami, maka kami mengambil keputusan untuk bertarawih di rumah sahaja. Maka bergilir-gilir lah menjadi imam dan makmum. Yang saya ingat, saya dan Nisak yang menjadi imam ... Sue dan Kak Lin? Tak perasanlah pula ... selebihnya ... makmumlah ... mereka kan kumpulan yang special, bebudak kelas Arab yang special (no pun intended!).
Kerana itu antara pengalaman pertama menjadi imam tarawih, bacaan bilal pun kadang-kadang saya baca sekali [hehehe, tak pastilah boleh ke tidak ... semoga Allah mengampuni saya!].
Rupanya, perbuatan ini menimbulkan rasa tidak senang di kalangan sahabat kerana mereka juga ingin 'mengambil bahagian' dalam jemaah tarawih itu.
Maka, suatu hari, kawan-kawan ini menghampiri saya dan menyatakan hasrat mereka untuk membacakan selawat mengiringi rakaat solat tarawih itu. Kata salah seorang daripada mereka:
"Fisha, ko baca-baca tu, tak boleh ke bagi kat kitaorang? Kita pun teringin gak nak baca selawat tu ..."
Saya balas:
"La ... ye ke? Apsal tak cakap? Aku baca sebab tak de siapa yang nak volunteer baca ... sampai le ke hari ni ... Tak de masalah ... aku lagi suka. Meh sini kita praktis ..."
Kemudian, kami ramai-ramai mempraktis bacaan selawat itu dengan senang hati ...
Dan, solat tarawih malam berikutnya, bilal saya (dari kalangan yang special itu) membaca selawat dengan takzimnya untuk pertama kali ... Indahnya.
Kamu, ada cerita solat tarawih kamu?

8 comments:
La ni aku bertarawikh dengan bekas makmum hang dulu. The only makmum yang follow aku tarawikh. Tapi bila dah habis solat... aku pon selawat la, then tunggu reply sama macam hang tunggu dulu.. senyap jer.. last2 aku pon bantai la semua... heheheh jgn mare yer makmum.. Malam ni reply kuat2 tau..
aku terawih biasa buat kat masjid..skang dah ada orang rumah..tarawih kat rumah, selang satu hari pi masjid...
masjid ke gi gak la..sebab lepas terawih buleh jumpa member minum terh tarik..
Itu zaman dewasa la..zaman kecik..tarawih dan mercun amat sinonim sekali...pi semayang tarawih, dalam poket baju aku banyak koleksi mercun...kekadang tak sempat abis tarawih, mercun bunyi dulu kat tepi surau...
hehe. Aku ngan geng geng dulu nakal amat..kekadang selipar jepun tok bilal jadi mangsa... sama ada dihilangkan sebelah atau ditaruk mercun tarik kat selipar tu...
tapi sekarang aku tengok bebudak tak de buat cenggitu..lepas terawih je terus naik kete mak bapak dan terus balik rumah, bukak astro ceria...
hehehe
Musyai:
So cemana? Tarawikh malam ni dia reply dak?
Buyie:
Tu lah beza zaman depa, zaman kita. Keseronokan tu lain rupanya ... :)
Agak kalau dedulu ada Astro Ceria, adakah Buyie akan memasang mercun di selipar Tok Bilal?
Sila kemukakan jawapan anda dalam 5 patah perkataan ... hehehe!
Pisha:
Ada reply... tapi tak leh kuat2... Aurat!!
Musyai:
Huh!
Dulu masa kat kusza, terawih pun pilih-pilih... Kalau nak cepat terawih dekat blok abu bakar/umar (tak ingat mana satu) dengan nujaimi (imam) tapi makmum dalam 5 ke 10 orang je... Kalau nak dapat pahala lebih sikit terawih kat blok khalid mmg ramai makmum dia tapi kalau nak pahala lebih banyak sikit pegi masjid kusza, tapi kalau nak pahala kurang sikit, terawih sorang-sorang kat bilik....
Tapi rasa aku ada gak yang awal2 je semangat pas tu dah tak bersemangat dah terawih...Sape ye???? hehehhe
Fisha : rindu la ngan suma2 bila tengok gambar kita muda2 dulu ni..
Post a Comment