Thursday, July 15, 2010

Oho ohoi .. oho ohoi ...

Assalamualaikum.

Apa khabar kamu sekelian? Masih berlegar-legar di Sepanjang Jalan Kenangan ini smabil mengharapkan sesuatu?

Saya mohon maaf. Tapi, sebenarnya, perlu kah? -- Soalan bengong la tu, kan? Especially kalau kita sebenarnya sudah mengumpul readers yang penuh pengharapan. Motif? Hehehehe.


OK, saya belum mahu bercerita kenangan ... cumanya saya rasa saya nak cerita, kenapa blog ini terabai untuk satu masa yang sangat lama.



Here's the story:
Tujuan sebenar saya buka blog ini adalah untuk ... given to reminiscing about the past. Itu sahaja. Saya tidak pernah janjikan apa-apa atau sesuatu yang melebihi perkara itu. Kemudian, secara kebetulan, kenangan saya banyak terfokus kepada cerita-cerita kawan-kawan saya semasa saya bergelar pelajar UIA (1995 - 2000). Maka, diam tak diam, ia bertukar menjadi site tidak rasmi kawan-kawan sekelian.

Saya bangga kerana saya bisa menghubungkan rakan-rakan yang telah lama terpisah. Dan, since then, saya semakin galak menulis perkara-perkara seputar UIA-KUSZA, sehinggalah saya dilanda sindrom kejemuan melampau yang menyebabkan hampir 3 bulan blog ini wujud tanpa ada satu entry baru pun.

Apabila saya mengambil keputusan untuk menulis kembali di blog ini, saya mula membuat satu refleksi. Apa dia?

Given to reminiscing about the past bukan hanya berkisar kepada satu masa, satu dimensi, atau satu kelompok. Past kita adalah bersifat eclectic - perlu dilihat dari pelbagai arah, supaya faktanya boleh disusun menjadi kronologi. Maka, bila ada kronologi, barulah maksud reminiscing itu boleh dipenuhi. Manusia kan dinamik. Oh ... kamu faham tak apa yang saya cakap ni?

Pendekkan cerita, sepanjang hiatus dan hibernasi saya itu, saya rasa saya akan berpulang kepada niat asal saya -- ... given to reminiscing about the past. Dan, past saya bukan berputar di UIA-KUSZA sahaja.

Dan, saya terlebih dahulu mohon maaf, sekiranya ada yang akan rasa sesuatu dengan keputusan ini (dramatik ke hape?). Namun, usah bimbang, saya masih akan menulis mengenai UIA-KUSZA andai masih ada kenangan saya yang berbaki.

Ada yang menganjurkan agar saya membuka ruang kepada orang lain agar boleh bersama menulis di blog ini. Terus-terang saya katakan, walaupun saya tertarik dengan idea itu, blog ini masih bersifat personal bagi saya dan ia tidak akan pernah menjadi suara lain untuk mana-mana pihak.

Kesimpulannya, blog ini InsyaAllah akan tetap wujud selagi saya masih mahu dan mampu menulis. Selagi fikiran masih boleh berfungsi dan nikmat mengingati itu masih diizinkan oleh Allah SWT, selagi itu saya akan terus menulis. Dan, sokongan kamu, pembaca-pembaca sekelian adalah sesuatu yang priceless.


Akhirnya ... -- dah, habislah ... apa lagi?

7 comments:

ajako said...

Apa2 saja yg cik pisha tulis akan tetap org baca, orang ikut. Teruskan ajelah cik pisha oi...

Pijat-Pijat said...

Ajak:
Entah2, kamu seorang sahaja yang baca wahai Incik Ajak! Terima kasih atas sokongan kamu!

ustazshafiee said...

erm.. walaupun kenangan silam fisha bukannya sekadar berkisar di uia kusza shj, namun, mungkin sebahagian besar kenangan keremajaan fisha berlegar-legar di sana.. ke guane?

ajako said...

dr piee, ape plak 'kenangan keremajaan', keremajaan berkekalanlah...

RIZAL said...

Sy pembaca setia....Tulis jangan tak tulis......

Alin Ahmad said...

yuhhuuuu..lama dah tinggal kan blog ni..rindu seh (jgn kecik ati Fisha..blog den pun dah penuh sarang, br mlm ni jengah lps ada org visit 'rumah' yg lama kena tinggal..huhuhuhu)

betul kata ajak..apa yg mu tulis semua kami baca cik Fisha oiiii...hehheheh

Alin Ahmad said...
This comment has been removed by the author.