Hari ini adalah satu lagi hari sedih sebagai alumni UIA-KUSZA apabila menerima perkhabaran mengenai kepulangan seorang sahabat yang dicintai ke sisi Rabbnya.
2 hari sebelum dikhabarkan bahawa Ita telah dimasukkan ke ICU kerana komplikasi masa dalam pantang selepas melahirkan seorang anak perempuan pada 20 Disember 2013 yang lalu. Bermula dengan demam panas, kemudian kebas-kebas di tangan dan kaki, Ita kemudiannya koma.
Prognosisnya tidak bagus apabila Doktor memberitahu bahawa otak Ita mengalami kekurangan oksigen dan perlu dibedah untuk membuang gumpalan darah beku. Selepas pembedahan Ita terus koma dan disambungkan ke mesin penyambung hidup (life support machine). Lewat tengah malam Doktor memaklumkan bahawa Ita sudah di stage brain dead dan berbincang dengan keluarga untuk mencabut wayar dari mesin pada pukul 10 pagi ini (27 Januari 2014). Namun, Allah lebih menyayanginya, dijemput Ita pulang pada pukul 9.15 pagi.
Berpulanglah dia ke sisi penciptanya setelah memberi bakti kepada ibu bapanya, suaminya serta anak-anaknya. Bakti Ita sebagai sahabat juga sangat hebat di mataku.
Semoga Allah menempatkan roh Ita bersama-sama orang yang soleh, para syuhada' dan mereka yang diredhaiNya. Amin.
Ita dan Fisha Teluk Ketapang, Kuala Terengganu 2nd IIUM-KUSZA reunion 21 Januari 2012 |
Ita, Sarimah, Laila dan Fisha Mutiara Rini, Johor Bharu 26 Disember 2012 |
Ita, Alin, Sarimah, Laila dan Azim Mutiara Rini, Johor Bharu 26 Disember 2012 |
Dalam kenangan
Selamat jalan sahabat yang kukasihi.
Sudah tiba perjanjianmu dengan Yang Maha Mencipta
Pergilah dengan iringan doa dan kasih sayang dari kami yang
pernah mengenalimu.
Pergilah sahabat yang kucintai
Tenanglah kamu di sisiNya.
Ketahuilah sahabat,
Tiada satu pun kurangnya kamu selama kita bersahabat
Kamu terbaik, kamu terhebat
Kamu istimewa padaku sampai bila-bila.
Moga kita akan bertemu lagi.di dunia yang abadi, InsyaAllah.
Al-Fatihah.
Nurhasnita Selamat
24 Mei 1977 - 27 Jan 2014
2 comments:
Walau saya tidak terlalu mengenali beliau, tetapi saya yakin beliau ialah seorang insan yang baik...semoga kesudahan yang baik buat Hasnita Selamat di dunia dan akhirat.
InsyaAllah Jak ... Mudah2an ... Arwah adalah sahabat yang ibarat saudara sendiri ...
Semoga dia bahagia di sana. Ameen.
Post a Comment