Wednesday, September 17, 2008

Happy Birthday to Us ...

Pertamanya, pastinya kesyukuran terhadap Allah saya panjatkan kerana mengizinkan saya hidup untuk menikmati sehari lagi kehidupan. Hari ini genap 31 tahun kehadiran saya di dunia ini. Sekejapnya masa berlalu.

Saya rasa saya masih terbuai dengan perasaan indah menjadi anak-anak beberapa dekad yang silam. Tapi, saya harus cepat sedar kerana hari ini saya bukan lagi seorang kanak-kanak. Namun, sifat dan naluri keanak-anakan itu tidak pernah padam dan naluri itulah yang menyebabkan saya masih rasa seronok untuk mengharungi hidup yang kadang-kadang sangat menjemukan ini!

Siapa gadis ini?

Yang pasti, dia bukan saya.

Ini adalah sahabat sedari sekolah menengah lagi. Sahabat yang sama tarikh lahirnya dengan saya namun sangat kontras dari segala segi.

Dia rajin dan baik. Saya malas dan ganas.

Dia lemah lembut. Saya? I just can't stand orang lemah lembut ni! Lotih den. Dan, saya brutal.

Dia sedang buat PhD. Saya? Arghhh ... malaslah mahu fikir.

Saya rasa titik mula perkenalan saya dan dia adalah kerana tarikh lahir kami sama. Sebelum ini saya tidak menyedari pun kehadiran dia (kerana kami berbeza kelas ... dia di kelas paling cemerlang, dan saya di kelas kedua cemerlang).

Setelah lama bercita-cita mahu menambah kenalan yang mempunyai tarikh lahir yang sama, akhirnya Allah menemukan saya dan dia. Syukur, dan kami masih kekal bersahabat hingga sekarang (ironinya, dialah seorang sahaja sahabat yang sama tarikh lahirnya dengan saya!)



Oh lupa pula ... nama dia Marliana. Tapi, kami semua memanggilnya dengan panggilan "Kak Lia". Tak tahulah kenapa. Mungkin dia ini baik macam kakak-kakak ... dan sememangnya dia selalu berkarektor seperti soerang kakak - menasihati kita, bercakap dengan baik dan segalanyalah ... dan, saya adalah antara "adik" yang suka membuli dia.

Pada saya, dia sangat lurus dan naif (naif dalam hal tertentu). Ini apa yang saya rasa. Dia mungkin tidak bersetuju. Tapi, saya tak peduli. Saya tetap mahu katakan juga begitu! Saya kan adik yang nakal?

Lurus dan naif kerana banyak perkara yang dilakukannya membuatkan saya ternganga sambil di dalam kepala berkata ... "Whatta h**ell?" .. hehehhe ... tapi dia seorang yang tabah dan sabar. Sifat yang paling saya kagumi.

Lia juga seorang yan melankolik dan sentimental. Banyak perkara yang membuatkan dia rasa sentimental tak sudah-sudah. Jangan bimbang, saya takkan dedahkan semuanya!

Yang selalu membuatkan saya meluat dengannya apabila dia selalu 'tergeliat' lidah (tongue twist, kata oang putih) bila berbicara dengan saya. Hanya kerana dia duduk di KL sana, cakapnya pun tak ada bau utara, walhal dia orang Jitra! Dan, tatkala dia mengalami tergeliat lidah, saya akan sinis mengutuk dia habis-habisan. Berlori-lori kemaafan dia. Tapi, dia memang sabar. Buat macam manapun, Lia memang tahan gurauan saya yang ganas!

Love her, hate her, she's one of a kind. Saya pasti tidak akan ketemu sahabat yang akan punyai kualiti sebegini (kalau Allah takdirkan ada, lainlah ceritanya). Saya sangat menghargai dia. Walaupun bukan dengan cara yang dia harapkan ... saya tetap akan mahu bersahabat dengannya sampai bila-bila ...

This is specially dedicated for both of us ...

My Dear Virgo,

So often Modest and shy

When at your best you are:

Meticulous and reliable

Diligent and practical

Intelligent and analytical

And

When at your worst you are:

A worrier and a fuss

Overcritical and harsh

Pedant and reactionary

It’s all right, we really dig you!

Intellectually inquiring Ingenious problem solver

Practical and thorough

Genuinely inventive

Displaying Considerable charm and dignity

Quietly reserved, outwardly cheerful and agreeable disposition

Sensible yet sensitive

Well spoken, Wise and Witty

Thank you for helping us with our everyday problems

Forget your dark side, the persnicketiness, your guile, turning molehills into mountains and kick-starting your hypochondria.

Don’t be afraid today to let your emotions out, just a bit

Trust in yourself

It won’t hurt. Not today, I promise.

Hey! O, ‘Still-water-that-runs-deep’

Do me one more favor okay?

Don’t carp this poem, you Precisionist!

And sincerely,

Best wishes on your birthday!

© Ronberge (anno primo)


Happy birthday my dearest twin friend!

4 comments:

AinRidz said...

SLm Fisha! Happy Birthday!!!!! Semoga kegembiraan dan kebahagiaan berpanjangan dunia dan akhirat kekal untuk mu doa dari kami di hari lahirmu sahabat, AMin. {Su & Wan}

Anonymous said...

Sue:
Sungguh aktif kamu menge'wish' aku ye? Sungguh terharu aku dibuatnya! Kau memang benar2 sahabat ...

Terima kasih atas segalanya.

AinRidz said...

Sekadar ingatan dan ucapan dari jauh aje yang mampu, kalau dekat, boleh belanja hang makan, hadiah nak bagi, Insya'-Allah... believe it or not... ingatan di hari lahir walaupun ada yang tak kisah tapi sebenarnya membekas di hati...kan... SIDIA dah wish dak ni???

AinRidz said...

sungguh insaf rasanya diriku, baru habis dengar ceramah ni tadi... oleh Ustaz Mohd Uda Kassim, From Zakat Selangor, Selangor FM100.9, 7.45-8-00 pm, rancangan Tafsir Furqan.
well...nak share...patutnya dlm bulan puasa before ramadhan lah, kita dah kena plan wat to do during 10 ramadhan terakhir dan nabi dulu buat, 10 ramadhan terakhir dgn beriktikaf di masjid, tak kisahlah nak sembahyang zikir etc tp kalau ada keuzuran cth suami kita/isteri kita sakit, mak/ayah/anak sakit, jaga dia sakit adalah ibadah juga... so, sebenarnya dgn beriktikaf di masjid dari sebelum berbuka sampai bersahur dalam 10 ramadhan terakhir tu Insya'-Allah akan beri perubahan pd hati kita sebab hati kita 'Raja' kepada diri kita.
lagi, nak tahu hati kita berubah atau tak selepas puasa ramadhan ni...tengok cth malam raya, kita sibuk nak decorate rumah, masak semua, kalau ikut kan aurat kita tak jaga, solat tak jaga etc... kita tak kisah dok tunjuk lengan kita kat ipar-duai yang bukan muhram, kita dok sibuk singsing lengan nak memasak tunjuk rajin dan pandai kononlah, kita sibuk sgt nak eratkan ukhuwah islamiyah pergi raya sana sini tapi tak solat... so, kalau hati kita dah berubah kerana ramadhan kita, so kita akan jaga benda2 ni... dan banyak lagilah yang kita akan jaga dan beringatlah... cth once kita kita perkara2 yg selama ni kita buat adalah salah then kita akan cakap, Ya Allah, aku tak tahu/aku tak perasan, kau terima tak Ramadhan aku ni?
wat else... wah mcm ustazah lah saya ni tapi sekadar nak share aje... teringat kat diri sendiri pun banyak tak berubah makin 'berubah' adalah ye... lagi yg ingat tadi, ustaz tu ada cakap, malaikat jibril pernah beritahu pada nabi, bahwa org yang berubah semasa ramadhan, dia akan doakan org tu masuk neraka, malaikat jibril punya doa direct pd Allah sbb dia tak pernah buat dosa...nauzubillah... dan nabi aminkan doa jibril ni... sepuluh malam terakhir ni, kita trylah sesama buat amal ibadah I'-Allah...tips senang nak bangun malam, dlm buku Ihya Ulum al-Din oleh Imam Ghazali, [1] supper b4 tdo eg mkn biskut cecah susu, [2] minta akal kita kawal dan beritahu nak bangun malam [3] jgn buat maksiat di waktu siang, ada seorang ulama zaman dulu nama Ibnu Manaruk [kalau tak salah nama dia] dia memang tiap2 mlm bangun mlm tp ada sekali tu 3 bulan dia tak boleh bangun malam so dia tanya Guru dia kenapa, so Guru dia cakap try ingat dan cek apa maksiat pernah buat, so, dia cakap takde, dia belajar agama dan mengajar agama di masjid itu aje, then dia teringat one day, dia nampak seorang lelaki berdoa sampai menangis then dia dalam hati cakap, 'eleh tu air mata tipu aje tu..' so Guru dia cakap walaupun cuma dlm hati tp itu dah menjadi maksiat menghitamkan hati dan sebabkan dia tak dapat bangun malam.
Lagi satu, tips utk bersihkan hati, jgn dengar lagu walaupun pendapat sesetengah ulama tak haram dgr lagu tp ttp hitamkan hati... so berzikirlah banyak, zikir paling baik adalah 'la ilaha illallah'.
Semoga kita dapat Ramadhan Mubarak, Insya'-Allah....

SELAMAT BERAMAL DI 10 RAMADHAN TERAKHIR NI... SEMOGA HATI KITA BERUBAH, AMIN