Thursday, September 11, 2008

Selamat Hari Ulang Tahun

Birthday Blessings

Instead of counting candles,
Or tallying the years,
Contemplate your blessings,
As your birthday nears.

Consider special people
Who love you, and who care,
And others who’ve enriched your life
Just by being there.

Think about the memories
Passing years can never mar,
Experiences great and small
That have made you who you are.

Another year is a happy gift,
So cut your cake, and say,
"Instead of counting birthdays, I count blessings every day!"


By Joanna Fuchs
September 11, 2008.

Hari ulang tahun 2 sahabat saya - Sue dan Ju-Y. Masing-masing kini berusia 31 tahun. Satu tempoh yang agak lama. Kiranya mereka sedang meniti kematangan hidup masing-masing. Berbahagia di samping keluarga.

Sue antara yang rapat dengan saya. Dia juga antara yang cepat 'klik' dengan saya. Bekas pelajar SMAP Labu, Sue adalah seorang yang sangat kreatif. Saya sebenarnya mendapat idea untuk mereka kad-kad ucapan yang kamu kata sangat cantik itu daripada Sue la. Saya juga suka tulisan Sue - bulat-bulat dan sangat kemas - tulisan rough dia pun yang paling cantik.

Paling saya ingat, cita-citanya nak kahwin mat salleh ... dia juga peminat mati keras Fox Mulder siri X-Files itu. Dia juga ramai pen-pal dari luar negara. Ada yang jatuh cinta dengan dia!

Sue adalah seorang penasihat undang-undang di PUNB sekarang. Dan, berbahagia dengan suaminya, Wan, seorang arkitek ... (kombinasi yang ideal, kan?)

Apa yang saya suka tentang Sue?
Dia tak banyak cakap. Dia kelihatan banyak bersetuju dengan saya (ya, saya memang suka mereka yang selalu bersetuju dengan saya!). Sue, kadang-kadang sedikit gila. Tapi, sifat pemalunya pun menebal juga. Sue seorang yang sangat menyokong idea recycle. Semua pun mahu disimpan dan dibuat kraf (dan, saya terikut sama tabiat ini ... yang kemudiannya menjadikan saya seorang hoarder!).


Erm, cukuplah sikit pujian. Tapi, saya memang menyenangi dia. Terima kasih kerana menjadi kawan saya sehingga ke saat ini.

Ju-Y adalah sahabat yang sangat kurang bercakap. Namun, di tahun akhir pengajian, barulah saya mengenali Ju-Y dengan lebih rapat. Banyak perkara yang saya pelajari mengenai Ju-Y. Dan, cerita hidup Ju-Y juga menyebabkan rasa kasih dan kasihan saya melimpah kepadanya. Lebih daripada itu, Ju-Y seorang yang 'sempoi'.

Ju-Y baik dengan seorang lagi sahabat, iaitu Salmah. Melalui Salmah lah, kami mengetahui mengenai seorang Ju-Y, dan kami gembira kerana kami punya kesempatan itu.

Ju-Y pada hari ini adalah seorang isteri kepada suaminya, seorang ibu kepada seorang anak perempuan dan seorang guru di Johor.

Semoga keduanya akan berbahagia di samping keluarga dan rakan-rakan mereka.

Dan, tahukah kamu, mereka berdua ini berkongsi tarikh lahir mereka dengan kejadian yang keterlaluan di heboh-hebohkan ... 9/11 itu? Cool, huh?


6 comments:

AinRidz said...

Slm Fisha!
TQSM kawan kerana ingatan dan puji2an yang membuatkan diriku termalu sendiri dan kembang ni hehehe tapi yang buruk pun banyak juga tu, apapun semoga sama2lah kita mematangkan diri dalam meniti usia kita yang makin hari makin meningkatkan dirinya Insya'-Allah.

Sungguh tembam sekali mukaku di gambar itu, rasanya masa kita ada prgram di Sekayu tuh ye...

Buat sekian kalinya, terima kasih yang tak terhingga atas ingatan pada hari ini...sangat menggembirakan diriku ini:)

Anonymous said...

Happy birthday to both...

Rozaimi Bin Mohd Said said...

aku dok pikir2 balik, aku rasa aku tak pernah cakap ngan ju-y, salmah asman, lepas tu dengan 2 lagi budak pompuan (rasanya keturunan jawa) sorang kurus (tak berapa tinggi), pakai tudung 3 segi and sorang lagi rendah sikit pakai tudung labuh, salah sorang tu kalau tak silapnya nama dia juliana atau juliarina atau something like that lah...tapi yang pasti bukan juliana banos

Pijat-Pijat said...

Tuuu dia ... Sepanjang 5 tahun kita kat sana, ko x pernah cakap dengan diaorg ni? Biar betul kau Pet?!! Ngee ngeee ...

Meh sini aku listkan nama mereka-mereka itu:
1. Juwairiyah Abdullah Zawawi AKA Ju-Y (dulu kami kami dok speculate sama ada dia ni related dgn Andry tu ... maklum le, nama bapak sama. Now, Ju-Y adalah biras Syahriah sbb Ju-Y kawen abg/adik hubby Syahriah. Ngajar kat Muar sekarang)

2. Salmah Asman AKA Salmah (sekarang cikgu di JB, anak 2 orang)

3. Siti Nur Ashikin Zainal Abidin AKA E-Kin (yang ko kata budak Jawa tinggi kurus tu. Dia bukan budak Jawa, duduk je kat Pdg Jawa. Dia org Penang ... dekat2 kg Fahmi n Karimah. La ni dok ngajar kat SK Kem Trendak tu)

4. Juliarina Sarimin AKA Yong (ni memang budak jawa .. see the name lorr ... roomate E-Kin ni. Ada anak sorang, dia cikgu di Johor, hubby di Selangor ... weekend couple la mereka itu).

Ibarat menebang buluh, usah ditebang buluh tua, nanti terbidas ke muka sendiri.

Laporan Karam Karem Karum ... ngehehehe ...

Rozaimi Bin Mohd Said said...

kau buat aku konfuse...ok, ju-y mungkin aku pernah cakap ngan dia sebab aku pernah sekelas arabic ngan dia, salmah aku tak sure tapi yang lagi 2 orang tu, syikin and juliarina, aku boleh confirm aku tak pernah cakap ngan diorang...itu dulu, mungkin lepas ni kalau jumpa dah boleh cakap kot...hehehe...mana le tau kan???

masa aku kawin dulu aku rasa aku jemput almost semua budak2 uia kusza batch kita...antara yang buat aku terharu is shariah katderi sebab walaupun aku tak le rapat sangat ngan dia tapi dia siap post something untuk wedding aku, kalau tak silapnya dia bagi aku wish card and duit...terharu giler

Pijat-Pijat said...

Caypet:
Amende yang kompius nya? Tak pe ... nanti aku letak gambar diaorang ... 2 refresh back ur memory ...

Pasal keterharuan kau tu ... ini komen aku: Itulah ukhuwwwwah ... biar jauh di mata sentiasa dekat di hati dan sentiasa dalam doa ... gitu .. x reti2?