Sunday, May 31, 2009

Thursday, May 28, 2009

Jodoh tidak di tangan kita, kan?

Hahaha .. gotcha!

Kan main lagi kan, buntang bijik mata baca tajuk macam tu. Nak cari modal nak spekulasi akak le tu. Tak elok tau.


Kartun dari sini



Sempena bulan Mei yang nak makin ke penghujung ni, saya mahu ceritakan suatu kisah yang berkait rapat dengan pengalaman belajar. Relevantnya? Mei - hari guru - student - teacher, got the picture?

OK, tapi ini bukan cerita pasal cikgu. Tapi, cerita pasal subjek yang saya tidak boleh blah (maksudnya yang saya tidak suka dan tidak tahan belajarnya). Itulah dia MATEMATIK.

Saya syak saya ini dilahirkan dengan kekurangan sel numeric dan technic. Ini kerana saya tidak boleh make sense most of the time dengan number. Saya rasa, kalau saya terpaksa belajar di dalam sistem PPSMI, mungkin saya tidak akan masuk UIA, dan apa lagi nak ke UIA-KUSZA yang maha karya itu.

Berikan saya analisis semantik, kacang saja.

Test kan saya dengan teori politik yang berjela-jela ... saya memang terror.

Suruh saya buat karangan mengenai "saya sebatang pensel" ... akan saya buatkan ia memoir.

Tapi, suruh saya kira duit baki RM2.33 daripada RM50.25 ... berpeluh ketiak saya.

Suruh saya campurkan 1/2 + 1/5 + 5/7 ... arghhhhh!

Dan, tahu tak, saya pernah pening kepala setengah hari kerana memikirkan kenapa markah pelajar, 17.56 + 45.6 = 64 ...

Urghhhhh!!!!

circa 1987
... tengah hari itu, Cikgu Pa seperti biasa akan membaca muka surat sekian sekian untuk kerja rumah kami. Hari ini, ada enam muka surat kerja rumah mengenai kerja bahagi yang panjang (yang jawapannya kena letak 123 baki 4 itu). Kata Cikgu Pa, "saya mahu semuanya di hantar esok!"

"What? Esok? Gila ke apa orang tua ni! Eiiiii ...."

Saya mula duduk tak senang. Nak hafal sifir lagi, nak tambah lagi, nak tolak lagi ... dah la most of the exercise pakai sifir 12 ... kalau sifir 11 dan 10 tu ok la lagi ... I really hate this Cikgu Pa!

Saya bertungkus-lumus menyiapkan kerja rumah itu sepanjang petang. Nak main pedang-pedang pun tak boleh. Apa lagi nak memanjat pokok. Cikgu Pa, memang saya benci dia!!!

Hampir ke senja, saya masih di muka satu. Ada lagi 5 muka surat dengan setiap muka ada lebih kurang 12 soalan. Kamu saja yang kira, saya malas.

Saya tidak makan, tidak tidur, tidak TENGOK TV!

Bak tegur pun saya tarik muka masam. Saya betul-betul perlu siapkan kerja ini.

Sampai pukul 9 malam, saya mula buat drama. Saya kerahkah minda saya untuk membuatkan kelenjar air mata berfungsi. Dan, it just like piece a cake ... sebab bila otak mula letih, saya mula cranky, dan voila ... all the crocodile tears come out.

Bak tension, sebab dia cuba tolong, tapi saya tak boleh grasped apa yang dia ajar. Cara dia senang, tapi sebab Cikgu Pa nak jalan kerja yang macam dia ajar, apa yang Bak ajar memang saya tak rasa betul! Mak lagi la tak boleh harap. Saya terus menangis, la nangis, la nangis lah ... bila nangis, kerja tak siap. Bodoh ke tidak? See the leg la ... they don't call me genius for nothing tau .. hehehe.

Lastly, masa tu jam dah 11 malam. Bak kata, "Ambik buku dan pensil tu. Jom!"

Mak tanya, "nak pi mana?"

Bak jawab, "larat nak dengaq dok keriyau macam ni? Kita nak tidog pun susah. Dah, mak hang pun siap."

Huhuhuhu .. saya masih menangis.

Kami semua membonceng vespa Bak (ok, saya masih comel ya sekitar tahun 87 itu!). Bak memandu membelah kegelapan malam ke rumah Wa di kampung sebelah. Mujur Wa sekeluarga belum tidur.

Bak beri salam dan bertanya, "Yuih (Yus) ada?" - Yuih @ Abg Yuih adalah sepupu saya.

Ya, Yuih ada.

"Yuih, hang ajag sat budak ni. Dok pulun buat tak siap-siap, lepaih tu melalak macam apa dari maghrib tadi. Aku rasa macam nak tabuh pun ada. Hang tulong la..." - gitulah.

Bila Abg Yuih menyelak semua halaman kerja yang dimaksudkan, dia hanya menggelengkan kepala.

"Tak dan ni nak ajag semua," waaaaaaa ... saya meraung balik. Bak memandang geram.

"Macam ni la, abang buat la kat hang. Esok kita belajag lain," ... dalam sedu, saya segera menyetujuinya. Dan, Abang Yuih melangsai lima muka surat kerja matematik itu, sampai ke pukul 1 pagi.

Saya? Tidur la, apa lagi!

Esok, dengan bangganya saya serahkan kerja rumah kepada Cikgu Pa. Memang ketara tulisan di muka hadapan dengan 5 muka surat lain tu, tapi Cikgu Pa tak kata apa-apa. Saya suka.

Tapi, kejadian ini sememangnya membuatkan saya jadi meluat dan tension dengan subjek ini. Mujur juga di dalam peperiksaan besar, saya boleh lulus walaupun cangkul.

Dan, mujur juga masa zaman kita universiti dulu, bebudak social science tak kena ambil paper quantitative studies macam bebudak sekarang ni .. kalau tak, mahulah saya tidak akan bergraduat sampai sekarang.

Dan, inilah juga alasan terbesar untuk saya tidak buat PhD, sebab PhD kena belajar statistik! Saya allergic!

Saya:
Matematik, semakin jauh aku lari, makin galak kau menghampiri. Nyah kau dari sisi ini!

Matematik:
Kalau dah jodoh, tak ke mana! :p

Saya:
Sialan! Dush! Dush!


**Bak, Wa dan Cikgu Pa telah arwah. Al-Fatihah untuk mereka
**Abang Yuih seorang senior manager di sebuah kilang di Penang.

Tuesday, May 26, 2009

Philosophy of Friendship






"Berkawan biar beribu, berkasih biar satu."




Picture from here


Picture from here

Adakah saya telah mempunyai seribu kawan?

Berapa ramai pula yang telah menjadi lawan?

Adakah kita akan kekal berkawan, untuk seribu minit lagi?

Mudah-mudahan ...

Sunday, May 24, 2009

Kerja Sekolah




Ini ada tugasan untuk kamu.

Sila buat ayat ... Apa yang saya ingat tentang .... (sesuatu yang berkaitan dengan gambar ini) ... ayat / cerita terbaik akan dijadikan entri khas untuk keluaran akan datang!

Cepat ... rebut peluang yang hanya datang sekali-sekala ini!!

Thursday, May 14, 2009

Prep and Tech ... Forever


Gambar ini diambil pada 27 September 1997, semasa kami menganjurkan program "Terengganu: Ke Arah Kejayaaan dan Kecemerlangan" dengan kerjasama kerajaan negeri di DKU, KUSZA.

Ini adalah barisan komiti Preparation and Technical (Prep & Tech). Muka-muka biasa - Halim, Iera, saya, Zetty dan Imah. Kalau dah jadi komiti ini bermaksud kami adalah golongan yang kreatif lagi berbakat dalam bidang seni (hahaha!).

Sebenarnya, saya sangat sukakan kaligrafi. Namun, kerana ketiadaan pelajaran khusus yang boleh saya ikuti, maka saya buat kaligrafi ikut suka saya. Saya tidak berminat sangat untuk design kad atau apa. Tapi, setelah masuk ke UIA-KUSZA dan bertemu dengan Suhaina Wahed (SUE) yang sangat kreatif itu, saya mula mempelbagaikan 'kerja seni' saya .. dan selepas itu ramai kawan-kawan yang kata saya 'kreatif'. Padahal, kerja Sue lagi superb. Entahlah. Dah orang pilih, buat je la. Selalunya tugas saya adalah mendesign huruf - computer design or free-hand. Rasanya, bila dah selalu buat benda ni, automatik kita akan tahu apa yang kita nak buat. Tu sebablah orang asyik nampak kita saja kot.

Kerja prep and tech pertama saya adalah semasa 1st AGM UIA-KUSZA di DKU tu (tapi tak ada gambar untuk kenangan itu kecuali gambar ini. Itu pun tak boleh dijadikan bukti saya terlibat dalam design apa-apa backdrop).


Tapi, itulah satu penyakitnya, sekali kita dikenali dengan buat kerja tu, selamanya lah kita akan dipertanggungjawabkan dengan kerja yang sama. Dan, tugas saya sebagai komiti Prep and Tech itu berkekalan sampailah saya tamat universiti (degree). Kemudian, ingatkan perkara itu terhenti di situ, 'malangnya', bila dah bekerja, perkara yang sama juga berlaku. Masih juga buat perkara yang ala-ala prep and tech. Tapi, tak kisah, kalau itu sesuatu yang kita suka, selamanya kita akan rela walau terpaksa.

Kamu, bagaimana?


P/s: Yang saya ingat, muka 'wanted' untuk catering, Nisak, Kak Jah dan Irwan. Ada nak tambah yang lain-lain?

Wednesday, May 6, 2009

Fisha? Tapi, kenapa?

P/s: Ini entri recycle. I'm too lazy to write but I've to write anyway. Maka, entri ini sudah saya re-brand. Dan, sekali sekala, saya mahu juga menulis mengenai saya ... dan, saya harap kamu OK. [kalau tak OK pun, ada saya kisah? hahahaha ...]

Ramai yang bertanya kenapa saya dipanggil FISHA sedangkan nama betul saya ialah NORHAFIZA? Inilah ceritanya ...

Selepas berkenalan dengan Norafiza, kami mula ketawa kerana kelucuan nama kami sama. Umm, saya pun tak pasti apa lucunya di situ. Bukan saja nama kami hampir sama, kami juga cepat saja klik berdua. Untuk mengelakkan kekeliruan, saya bersetuju memanggil dia NORA. Dan dia memanggil saya FIZA.

Kemudian, bila kami berdua berjalan-jalan dalam dorm untuk berkenal-kenalan, kami bertemu seorang lagi kawan yang namanya NORHAFIZAH. Aduh, sudah jadi tiga orang. Dia memberitahu, panggilan namanya adalah FIZAH. Ah, nampaknya akan ada dua FIZA [h] dalam dorm ni nanti. Tak boleh jadi ni. Maka, saya dan Nora pun brainstorm apa nama yang harus saya gunakan.

3 Pizas with Mr. Lincoln Nadarajah


Fikir punya fikir, kemudiannya saya mendapat idea menggunakan nama FISHA. Nama ini sebenarnya adalah nama panggilan seorang jiran sekampung, Syidah kepada saya. Saya pun tak tahu kenapa dia memanggil begitu. Maka, kami semua bersetuju memanggil saya FISHA dan nama itulah yang melekat di kalangan rakan-rakan di UIA dan di tempat kerja.

Sejak hari tu secara rasminya, NORAFIZA dipanggil NORA dan NORHAFIZAH dipanggil FIZA, dan saya adalah FISHA. Tapi saya lebih suka memanggil Fiza dengan nama BELAWEE, sempena nama bapanya. Dia tidak suka. Apabila saya memanggil dia dengan nama itu, dia tidak akan menjawab sehinggalah saya memanggil dia FIZAH. Saya rasa pelik sebenarnya nak panggil FIZAH, sebab terasa seperti memanggil nama sendiri.

Apapun nama yang digelar, saya tetap insan yang sama.

Friday, May 1, 2009

Ingatan di bulan Mei

Selamat ulang tahun sayang, kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita-cita mu, harap nanti kita kan bertemu …

Selamat ulang tahun sayang, janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan, selamat tinggal, selamat jalan ....



Life is an opportunity, benefit from it.
Life is beauty, admire it.
Life is a dream, realize it.
Life is a challenge, meet it.
Life is a duty, complete it.
Life is a game, play it.
Life is a promise, fulfill it.
Life is sorrow, overcome it.
Life is a song, sing it.
Life is a struggle, accept it.
Life is a tragedy, confront it.
Life is an adventure, dare it.
Life is luck, make it.
Life is too precious, do not destroy it.
Life is life, fight for it.

HAPPY BIRTHDAY FRIENDS





P/s: Saya tiada gambar Wan Azman yang sama birthdaynya dengan si Shahir itu. Ada sesiapa yang boleh tolong upload satu?