Ramai yang bertanya kenapa saya dipanggil FISHA sedangkan nama betul saya ialah NORHAFIZA? Inilah ceritanya ...
Selepas berkenalan dengan Norafiza, kami mula ketawa kerana kelucuan nama kami sama. Umm, saya pun tak pasti apa lucunya di situ. Bukan saja nama kami hampir sama, kami juga cepat saja klik berdua. Untuk mengelakkan kekeliruan, saya bersetuju memanggil dia NORA. Dan dia memanggil saya FIZA.
Kemudian, bila kami berdua berjalan-jalan dalam dorm untuk berkenal-kenalan, kami bertemu seorang lagi kawan yang namanya NORHAFIZAH. Aduh, sudah jadi tiga orang. Dia memberitahu, panggilan namanya adalah FIZAH. Ah, nampaknya akan ada dua FIZA [h] dalam dorm ni nanti. Tak boleh jadi ni. Maka, saya dan Nora pun brainstorm apa nama yang harus saya gunakan.
3 Pizas with Mr. Lincoln Nadarajah
Fikir punya fikir, kemudiannya saya mendapat idea menggunakan nama FISHA. Nama ini sebenarnya adalah nama panggilan seorang jiran sekampung, Syidah kepada saya. Saya pun tak tahu kenapa dia memanggil begitu. Maka, kami semua bersetuju memanggil saya FISHA dan nama itulah yang melekat di kalangan rakan-rakan di UIA dan di tempat kerja.
Sejak hari tu secara rasminya, NORAFIZA dipanggil NORA dan NORHAFIZAH dipanggil FIZA, dan saya adalah FISHA. Tapi saya lebih suka memanggil Fiza dengan nama BELAWEE, sempena nama bapanya. Dia tidak suka. Apabila saya memanggil dia dengan nama itu, dia tidak akan menjawab sehinggalah saya memanggil dia FIZAH. Saya rasa pelik sebenarnya nak panggil FIZAH, sebab terasa seperti memanggil nama sendiri.
Apapun nama yang digelar, saya tetap insan yang sama.
12 comments:
kenapa rozaimi dipanggil kepet? ceritalah sejarah ko plak...
la, ingatkan fisha tu nama pena mu..
i like Fisha...!
hehe
Omputih cakap FISH itu ikan. Kenapa orang panggil dia FISHA? Mungkin dia suka makan ikan. She like to east fish. huhuhuhu :))
Saril:
Aku rasa 'kepet' tu ke'pelatan' dari 'sepet' kot ... mata dia kan macam cino ... hehe
Pie:
Kira sekali la tu .... Fisha tu diguna secara meluas selepas peristiwa itu sehingga menenggelamkan nama ku sendiri.
La ni, kalau ada org panggil FIZA, aku dah tak nyahut pon ... sbb tak perasan dah tu nama aku ... huhu
Buyie:
I like it too ... kalau nak mengganas pon cam ssesuai je ... hik hik
Kasyap:
Dia panggil cam tu masa aku umur 5-6 tahun dulu .. konon2 macam bunyi manja la gitu ... FISHA instead of FIZA ...
Tatau le aku dia suka makan ikan ke tak ...
Hi Fiza...auw!!!
Fiza@Pichot@Fisha@Pisha..orang yang sama kah?
Suler, apahal pulak tetiba je aku terlibat sama? itu sejarah lama masa sekolah dulu
pasal aku nak jadi org pertama komen pulak
Kepet:
Kau rasa ...?
Ooo .. Kepet tu nama masa sekolah? I tot bebudak ni yang start panggil nama kau Kepet ... sbb aku dgr citer kau pelat sebut sepet ... huhu [seriously, ada org citer gini kat aku ... tp suda lupa sapa org tu!]
Saril:
Aku tak berapa paham komen ini .. huhu
Post a Comment