Hahaha .. gotcha!
Kan main lagi kan, buntang bijik mata baca tajuk macam tu. Nak cari modal nak spekulasi akak le tu. Tak elok tau.

Kartun dari sini
Sempena bulan Mei yang nak makin ke penghujung ni, saya mahu ceritakan suatu kisah yang berkait rapat dengan pengalaman belajar. Relevantnya? Mei - hari guru - student - teacher, got the picture?
OK, tapi ini bukan cerita pasal cikgu. Tapi, cerita pasal subjek yang saya tidak boleh blah (maksudnya yang saya tidak suka dan tidak tahan belajarnya). Itulah dia MATEMATIK.
Saya syak saya ini dilahirkan dengan kekurangan sel numeric dan technic. Ini kerana saya tidak boleh make sense most of the time dengan number. Saya rasa, kalau saya terpaksa belajar di dalam sistem PPSMI, mungkin saya tidak akan masuk UIA, dan apa lagi nak ke UIA-KUSZA yang maha karya itu.
Berikan saya analisis semantik, kacang saja.
Test kan saya dengan teori politik yang berjela-jela ... saya memang terror.
Suruh saya buat karangan mengenai "saya sebatang pensel" ... akan saya buatkan ia memoir.
Tapi, suruh saya kira duit baki RM2.33 daripada RM50.25 ... berpeluh ketiak saya.
Suruh saya campurkan 1/2 + 1/5 + 5/7 ... arghhhhh!
Dan, tahu tak, saya pernah pening kepala setengah hari kerana memikirkan kenapa markah pelajar, 17.56 + 45.6 = 64 ...
Urghhhhh!!!!
circa 1987
... tengah hari itu, Cikgu Pa seperti biasa akan membaca muka surat sekian sekian untuk kerja rumah kami. Hari ini, ada enam muka surat kerja rumah mengenai kerja bahagi yang panjang (yang jawapannya kena letak 123 baki 4 itu). Kata Cikgu Pa, "saya mahu semuanya di hantar esok!"
"What? Esok? Gila ke apa orang tua ni! Eiiiii ...."
Saya mula duduk tak senang. Nak hafal sifir lagi, nak tambah lagi, nak tolak lagi ... dah la most of the exercise pakai sifir 12 ... kalau sifir 11 dan 10 tu ok la lagi ... I really hate this Cikgu Pa!
Saya bertungkus-lumus menyiapkan kerja rumah itu sepanjang petang. Nak main pedang-pedang pun tak boleh. Apa lagi nak memanjat pokok. Cikgu Pa, memang saya benci dia!!!
Hampir ke senja, saya masih di muka satu. Ada lagi 5 muka surat dengan setiap muka ada lebih kurang 12 soalan. Kamu saja yang kira, saya malas.
Saya tidak makan, tidak tidur, tidak TENGOK TV!
Bak tegur pun saya tarik muka masam. Saya betul-betul perlu siapkan kerja ini.
Sampai pukul 9 malam, saya mula buat drama. Saya kerahkah minda saya untuk membuatkan kelenjar air mata berfungsi. Dan, it just like piece a cake ... sebab bila otak mula letih, saya mula cranky, dan voila ... all the crocodile tears come out.
Bak tension, sebab dia cuba tolong, tapi saya tak boleh grasped apa yang dia ajar. Cara dia senang, tapi sebab Cikgu Pa nak jalan kerja yang macam dia ajar, apa yang Bak ajar memang saya tak rasa betul! Mak lagi la tak boleh harap. Saya terus menangis, la nangis, la nangis lah ... bila nangis, kerja tak siap. Bodoh ke tidak? See the leg la ... they don't call me genius for nothing tau .. hehehe.
Lastly, masa tu jam dah 11 malam. Bak kata, "Ambik buku dan pensil tu. Jom!"
Mak tanya, "nak pi mana?"
Bak jawab, "larat nak dengaq dok keriyau macam ni? Kita nak tidog pun susah. Dah, mak hang pun siap."
Huhuhuhu .. saya masih menangis.
Kami semua membonceng vespa Bak (ok, saya masih comel ya sekitar tahun 87 itu!). Bak memandu membelah kegelapan malam ke rumah Wa di kampung sebelah. Mujur Wa sekeluarga belum tidur.
Bak beri salam dan bertanya, "Yuih (Yus) ada?" - Yuih @ Abg Yuih adalah sepupu saya.
Ya, Yuih ada.
"Yuih, hang ajag sat budak ni. Dok pulun buat tak siap-siap, lepaih tu melalak macam apa dari maghrib tadi. Aku rasa macam nak tabuh pun ada. Hang tulong la..." - gitulah.
Bila Abg Yuih menyelak semua halaman kerja yang dimaksudkan, dia hanya menggelengkan kepala.
"Tak dan ni nak ajag semua," waaaaaaa ... saya meraung balik. Bak memandang geram.
"Macam ni la, abang buat la kat hang. Esok kita belajag lain," ... dalam sedu, saya segera menyetujuinya. Dan, Abang Yuih melangsai lima muka surat kerja matematik itu, sampai ke pukul 1 pagi.
Saya? Tidur la, apa lagi!
Esok, dengan bangganya saya serahkan kerja rumah kepada Cikgu Pa. Memang ketara tulisan di muka hadapan dengan 5 muka surat lain tu, tapi Cikgu Pa tak kata apa-apa. Saya suka.
Tapi, kejadian ini sememangnya membuatkan saya jadi meluat dan tension dengan subjek ini. Mujur juga di dalam peperiksaan besar, saya boleh lulus walaupun cangkul.
Dan, mujur juga masa zaman kita universiti dulu, bebudak social science tak kena ambil paper quantitative studies macam bebudak sekarang ni .. kalau tak, mahulah saya tidak akan bergraduat sampai sekarang.
Dan, inilah juga alasan terbesar untuk saya tidak buat PhD, sebab PhD kena belajar statistik! Saya allergic!
Saya:
Matematik, semakin jauh aku lari, makin galak kau menghampiri. Nyah kau dari sisi ini!
Matematik:
Kalau dah jodoh, tak ke mana! :p
Saya:
Sialan! Dush! Dush!
**Bak, Wa dan Cikgu Pa telah arwah. Al-Fatihah untuk mereka
**Abang Yuih seorang senior manager di sebuah kilang di Penang.

9 comments:
ooo.. macam tu. guna sifir mudah je.. berapa pun + berapa pun = berapa-berapa pun. gunakan sifir ini untuk semua operasi matematik. :)
p/s: kalau nak pinjam buku spss, aku ada satu naskhah. ala, buat la phd tu.. :)
Pie:
SPSS?
Tau tak, aku kenal SPSS ni bila dah ngajar ni .. masa kat UIA bertahun2 dulu, tak pernah pun tau ada semua ni ...
La ni, tambah pulak ANOVA la, EVO la ... poning kepalo mokcik!
Bakpe mu tak pernah citer pong pasal PhD mu ... ? Rasanya dah berkali2 tanya nih ...!
apa kata aku cadang satu tajuk: tahap kecenderungan pelajar terhadap political thought di uitm: kajian terhadap persepsi semasa final exam.
macamana? dulu aku guna teori mecheaveli.. kejam! ehehe..
ke guaner?
pie:
kajian pasal perception ni weight dia dah semakin kurang sekarang. People will give you a smirk rather than appraisal if u do that kind of research ...
mach theory tu biasa la kalau nk assess thought ...
anyway, good idea for my writing tho
Maths? huh! Yang mencacatkan kat result paper berbanding subjek yang lain coz dapat result paling corot dalam setiap big exam : UPSR-B, SRP-C4 dan SPM-C6.
Bila orang kata kalau pandai sains mesti pandai maths. Pendapat Eija, tak jugak coz sains Eija superb maths Eija lingkup.
Anyway Fisha, kuatkan semangat untuk buat Phd. Tu Pie nak tolong tu.
tu baru satu lontaran idea. tak kisah lah kurang weight ke, lebih paun ke.. kurang inci ke.. yang penting ada benda untuk ditimbang.. ada bemda untuk diukur.. respon mu tu bagus. yang aku faham, mu dah ada tajuk yang cukup weight dia untuk phD mu.. hehe
ke guaner?
aku suspek la kat mu pie lepas minum pah jalan ngan mu petang tadi
Aku harap ado la sohabat aku sorang dapat phD. Bangga aku bangga...heheheh
p/s sori la fisha aku ado gok gi dungun banyak kali tapi segan ah nok calling2 mung.....Tapi aku suka lepak depan uitm dungun kat hujung pantai tu makan kepok sambil main air pantai....
suri:
aku pun lama dah dok jumpa mu. best jugak borak-borak. kalau lama sikit mu lepak k.trganu, boleh aku ajak main pingpong. boleh rasa buah spin mu hok berat dulu-dulu tu.. semula la deh..
aku kalau spin ping pong sekarang ni rasa macam nak tercabut tangan kut...
Dah lama sangat tak main, tak tahu doh macam mana nak pegang pad tu..
Post a Comment