Bila duduk di rumah sewa, perkara pertama yang menjadi persoalan, bagaimana nak pergi ke kelas dalam masa yang ditetapkan?
Ini kerana, bila sudah di rumah sewa, sudah tidak boleh bangun sesuka hati kerana pengangkutan untuk ke kelas di KUSZA itu tidak tetap jadualnya. Kalau sudah terlepas bas, alamat, balik dan sambung tidur sajalah. Kalau di asrama tu senanglah, kelas nak mula lagi 5 minit pun masih boleh bersiap pergi.
Oleh sebab itu, sebaik diberitakan kena menyewa di luar, saya telah menyuruh ayah membelikan saya motor. Kebetulan, pada masa itu saya telah mendapat RM9000.00 secara lump-sum daripada PTPTN [kaya gila saya pada masa tu! -- tapi tak tahu buat belanja apa duit2 tu semua ... ishhhhh!]
Ini kerana, bila sudah di rumah sewa, sudah tidak boleh bangun sesuka hati kerana pengangkutan untuk ke kelas di KUSZA itu tidak tetap jadualnya. Kalau sudah terlepas bas, alamat, balik dan sambung tidur sajalah. Kalau di asrama tu senanglah, kelas nak mula lagi 5 minit pun masih boleh bersiap pergi.
Oleh sebab itu, sebaik diberitakan kena menyewa di luar, saya telah menyuruh ayah membelikan saya motor. Kebetulan, pada masa itu saya telah mendapat RM9000.00 secara lump-sum daripada PTPTN [kaya gila saya pada masa tu! -- tapi tak tahu buat belanja apa duit2 tu semua ... ishhhhh!]
Dan, sebanyak RM1500.00 telah disisihkan untuk mendapat EX5 terpakai. Paling mengharukan, ayah sendiri menghantar motor tersebut dari Kangar ke KT (menurut ayah, dia bertolak seawal 4.00 pagi dan sampai di KUSZA dalam pukul 2.30 petang -- harus diingat, pada masa ini tiada lebuhraya Baling-Grik! Saya sungguh respect ayah saya itu!).
Saya di rumah sewa - Jln. Tali Air 4, bersama EX5 saya --->
Inilah kenderaan saya selama di KUSZA - EX5 dengan nombor pendaftaran RC5596. Dan, telah saya jelajahi hampir seluruh bandar KT dengannya.
<--- gembira ria, berpoya-poya. Scooter merah itu tak ingatlah siapa yang punya ...
Namun, apabila bicara tentang motor, ada sekali motor saya rosak dan saya amat memerlukannya untuk ke KT. Nisak mencadangkan kami meminjam motor Buhairi. Oleh kerana dia yang mencadang, dialah yang perlu mendapatkannya. Lagi pun saya tak biasa berurusan dengan brothers.
Malangnya Buhairi tiada di rumah ketika itu, namun motornya ada. Dengan pertolongan rakan serumah Buhairi (tak tahu siapa), Nisak dapat meminjam motor itu (dan tuannya memang tidak tahu mengenai hal peminjaman ini -- maklumlah, zaman handphone masih belum masuk lagi).
Dengan menunggang motosikal Buhairi, saya dan Nisak pun ke KT untuk menyelesaikan urusan kami. Jarak dari rumah sewa ke KT tidaklah jauh mana. Namun, dengan menunggang motor, harus jugalah pemanduan menjadi hampir satu jam pergi dan satu jam balik. Tiada masalah. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Kami pergi dalam pukul 4 petang dan balik ke rumah dalam pukul 8 malam. Kemudian, apabila kami memulangkan motor tersebut, Buhairi seperti astonish gitu. Kenapa?
Rupa-rupanya, motor itu ditinggalkannya di rumah kerana motor tersebut pancit. Kami yang tidak sedar dan tidak tahu ini selamba saja menunggang motor pancit dari Wakaf Tembesu ke KT. Mujur juga tiada apa yang berlaku (malah saya bisa merempit atas Jambatan Sultan Mahmud lagi seperti kebiasaannya!).
Malangnya Buhairi tiada di rumah ketika itu, namun motornya ada. Dengan pertolongan rakan serumah Buhairi (tak tahu siapa), Nisak dapat meminjam motor itu (dan tuannya memang tidak tahu mengenai hal peminjaman ini -- maklumlah, zaman handphone masih belum masuk lagi).
Dengan menunggang motosikal Buhairi, saya dan Nisak pun ke KT untuk menyelesaikan urusan kami. Jarak dari rumah sewa ke KT tidaklah jauh mana. Namun, dengan menunggang motor, harus jugalah pemanduan menjadi hampir satu jam pergi dan satu jam balik. Tiada masalah. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Kami pergi dalam pukul 4 petang dan balik ke rumah dalam pukul 8 malam. Kemudian, apabila kami memulangkan motor tersebut, Buhairi seperti astonish gitu. Kenapa?
Rupa-rupanya, motor itu ditinggalkannya di rumah kerana motor tersebut pancit. Kami yang tidak sedar dan tidak tahu ini selamba saja menunggang motor pancit dari Wakaf Tembesu ke KT. Mujur juga tiada apa yang berlaku (malah saya bisa merempit atas Jambatan Sultan Mahmud lagi seperti kebiasaannya!).
Jambatan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu
Picture credit
Agaknya Allah masih menyayangi kami. Andai kata waktu itu sudah sampai janji kami denganNya, harus jugalah kami tiada sekarang.
Bila diingatkan ... ngeri dan lucu, semua bersatu.
Kini, RC5596 sudah tiada lagi (sudah dijual), dan saya juga sudah banyak kehilangan skill merempit. Namun, saya masih berupaya drift di Banjaran Titiwangsa dengan RF4053 saya. Hehehe ...
P/s: Buyie, kabor mende muto deme? Ada lagi ke?
44 comments:
heheh Fisha...
Lama benar dah aku tak jengok blog neh sebab bizi tahap cipan...
Pasal kejadian korang pinjam motor aku yang pancit nih..ermm aku dah tak ingat dah bila kejadiaan nih berlaku...
Tak pe la ..janji korang pergi KT dan balik dengan selamat..heheh
Tapi aku sebenarnya bangga sebab moto tuh jadi alternatif korang nak ke KT masa tu...
Moto to mak aku dah jual..maklum la kat umah aku tak de sapa nak pakai..tersadai cenggitu..yang tinggal hanya no plate dia je dalam ingatan aku....
hehe
peesha, skooter tu aku rasa linee yang punya...WFL3034 aku yang aku bawak ulang alik KT-Melaka-KT dengan syahir, din beramboi, jimi and suhaimi masih ada agi hayatnya, sekarang ni anak sedara aku yang pakai
aku teringat lagi kepet polish motornya kat bawah pokok blok umar.. berpeluh beb!
pi'e, itu rahsia motor aku laju...hehehe
Buyie:
Tak jengok pun x pe ... entry baru pon aku malas nak tulih ... agaknya aku udah kehabisan memori nih!
Ya, motor mu itu byk jasanya kepada kami ... :)
Kepet:
Aku agak la ... satu lagi aku cam kompius sama ada ia adalah skuter mak datin gak ... sbb datin pon bawak skuter dulu2 ...
Ko pun naik skuter?
Hmmm ... mmm ...
Pie:
Rajin nya dok mempolish ... aku rasa sisters kebanyakannya pandai naik je ...
cam citer kat atas, moto yg pancit pun x perasan ... (T_T)
peesha, aku naik motor kapcai aje, bukannya skuter...mak datin naik skuter? yang tu aku tak ingat, yang pasti linee memag naik skuter...by the ay, mak datin naik merc le...hehehe
Engkorang masa di KUSZA mampu pakai motorsikal. Aku cuma naik basikal saja untuk pergi kelas. Tak apa, rumah dekat gong badak je.
Kepet:
TU zaman pre-datin, naik la skuter dulu .. la ni merc dah la kot ...
hehehehe .. datin ... kalau terbaca, kupohon ampun dan maaf .. huhu
Kasyap:
Aku tu pun seb baik dpt PTPTN byk gitu ... if not, entah la ...
BTW, aky first batch yg dapat PTPTN .. bangga jap .. hnsss hnsss ... tapi la ni macam nak mampus byr bulan2 ... lagi 2 thn nak hbs ... x sabar betul!
Mu pandai merempit gok ke... Konar leper?
Hish!! Jgn pandang pisha sebelah mata...di kalangan sisters, pisha la ratu rempit sedunia....hihihi
ehehe
Rasanya Ijam pun pakai skuter cenggitu juga...
Aku ingat lagi geng geng brothers ni ramai pakai moto rxz aka moto Z...macam kamil, shahir, mat din, fahmi, andri, ijai, ermm... sape lagi ek ? razman...
Kepet pakai moto apa ek ? lupa aku...wayne guna ex5, sharil yamaha apa dah ek...
Semua orang takkan lupa jenis moto yang digunakan penang..kan ?
Nakabu guna kawasaki..ermm apa dah jenis nye tu...lupa la akuuu...
Suri pun pakai Z gak ke ? lupa lagi..
Shahudin? pun aku lupa...
Mat khuzaini lak guna honda c70..banyak kisahnya si mat nih ngan moto dia...
saiful ada ex5...
lain-lain aku dah tak berpa ingat...sisters lagi la aku tak ingat..hehe
Buyie: Skuter Vespa mat Penang yang colour hijau muda tu sudah kena curi. Dia dok minta aku tolong carikan vespa 2nd hand yang ada lampu isyarat di area Kuala Lumpur dan Johor. Mana aku nak cari?
Seingat aku dulu Shahudin guna motor honda Fame, Akrabin guna Yahama RX-Z, Shahrizat guna Suzuki FX, Wan Hassan naik motor Honda c80, Shahril guna Yamaha 100, Nakabu pakai Kawasaki kips,
Alim, Ajak, Kashaf, dan Hisham guna basikal mountain bike Le Run 21 speed. Tapi sekarang kashaf dah guna motor Honda EX5 Class One 110cc.
Peesha : Skuter tuh Linee punye..Mak datin x guna skuter...sister yang ada skuter linee dan aida nujbah je masa tuh. Aku x ingat dia guna motor ape, cuma yang aku ingat dia pakai blezer hitam atau krim kalau naik motor.. feminin gitew!!!
Za : sekadar mengimbas kenangan dolu2 sahaja.PEACE!!!
pisha: betul tu, linee dan nizam mempunyai motor suzuki scooter 100 yg sama kaler. Tp nizam punya plat PCP. Dah dijualkan kpd Kamil Kassim...
Aku pakai RXZ dulu tapi setakat setahun je. Motor aku hilang dekat rumah sewa kat perumahan padang mahathir... Sedih tak berlagu time tu. Dah la aku spend duit ptptn lebih kurang 6 ribu sbb nak beli motor. Akhirnya semua harapan berkecai.... Nasib baik la lepas tu dapat pau kereta arwah bapak aku.....
Hj Sepu:
Bakpe, mu dok caye? Leper, tebal sumo buleh ... dulu lah .. citernya :p
nonie:
Ratu Rempit Sedunia?
Tinggi benar title aku .. ala2 sebaris Miss Universe la plak ... hehehe ....
OKlah, aku terima aje lah ...
Buyie:
Dah kawan2 ... mesti la sikit sebanyak ada ingatan mengenai mereka ...
Kasyap:
Akhirnya ada gak motor sendiri, kan? Tu la .. lama2 jadi bukit :P
Aku pun rasa nak beli satu motor besar ... buat ganti kete ... bikin mak aku istighfar panjang bila aku bawak perlis .. hehehe
McJa:
Kalau dah semua kata motor line .. maka memanglah tu motor linee ...
Ajak:
Sebab itu kitaorg gelarkan Nizam, MACHO MAN ... ada cerita di sebalik skuter nya itew!
Suri:
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada pencuri itu ... :(
Tapi mesti sekarang dah dapat ganti yang lebih baik dari RXZ tu, kan?
sekarang mana nak pakai lagi motor macam tu.....pakai motor biasa je la skrg
Pisha:
Pergi kerja lebih senang naik motorsikal, senang nak parking, boleh mencelah-celah antara kereta, lori dan bas, dapat mengurangkan kesesakan jalanraya.
Kalau kau bawa motor besar easy rider seperti Kawasaki Vulcan 500 cc atau Yamaha Virago memang sesuai untuk jalan jauh.
Tapi kau ada lesen B full ke?.
Peesha : Dalam banyok2 kenangan naik motor dengan kawan, naik motor dengan mung lah kenangan terindah....x sempat duduk lagi doh ggerok...hihihi....
Suri:
Berganti jugak la namanya ...
Kasyap:
Ada motor nanti, aku ambil la lesen yg sepatutnya ...
McJa:
Sesungguhnya kenangan itu tiada dalam memori ini ... cuba citer skek ...
Fisha,
Mmg ada ganti, tapi duit ptptn yang habis beli motor tu....Memang takde rezeki la time tu
Skrg duk potong gaji bayar ptptn tahun 2011 baru habih....
Akupon x brapa ingat utk critakan panjang lebar..cuma yang aku pasti ... belum sempat aku duduk, kau dah jalan, nasib baik aku sempat pegang raincoat mung..Aku cemas jugakla time tu,tp mung selamba jer...sempat ketawa2kan aku lagi. Itu yang mungkin terdelete dr memori tuh.. cuma aku yang nak jatuh nila...yang ingat...
Fisha, rasanya ada lagi minah rempit yang boleh lawan Fisha iaitu.....Kak Ella. Boleh tahan jugak dia bawak. Eija memang penakut bonceng motor apatah lagi bawak motor. Tapi hanya beberapa orang yang eija berani naik motor ngan depa iaitu Kak Ella, Kak Loh & Etty (bawak skuter Si Linee tu).
Suri:
Samalah kita ... waktu dapat cam kaya rasa .. la ni .. seksa nak membayar .... haih!
Eija:
Jgn lupa Iera and Fuzah ... satu liga la tu ... and Kak Ida too ... Saya dgn Etty pernah berlumba dgn satu keta dr atas jambatan sultan Mahmud sampai ke roundabout Batu Enam pada satu maghrib ...
May be driver tu tengok kita ni poyo ... so, dia pun mengalah ... gila betul!
Mc_Ja:
Ya, pastinya yang merasa lebih mengingatinya ... hahahaha.
Opsss!
FISHA,
Mamat kereta tu mmg sengaja slow down tu.....
Mamat tu malu nak race ngan motor,pompuan pulak tu...
Tapi nasib baik masa tu takde youtube kalau tidak dah terpampang video 'fisha rempit version' hehhee. Satu dunia leh tengok....
Suri:
Agaknye la kot ... Lebih2 lagi bila dia tengok aku excited nak race dgn dia ... ntahapapantah ...
Tu la pasal .. tak de youtube, kan? Kalau tak musti aku dah jadi antara famous stunt woman kat Hollywood ni ... tak dak la aku dok mengadap muka-muka tak semenggah kat kelas tu .. haih!
pisha gambar ko kat halaman ghumah tu...apsal aku tak bergambar luar rumah tu ekk...
Ayue:
Kita ada gambar kat laman tu .. masa tu kau pakai wind-breaker .. aku shake hand dgn budak kecik tu ... nanti le aku masukkan ...
Fisha : yuhhhuuu..lama tak mai blog hang..bz crazy la ni.
Ada gak ekk gambar depan rumah sewa nun..tingat kisah suka duka kita..hahahhaha
citer pasal motor hang ni..rasanya sekali jer den naik moto ngan hang..masa tu hang hantar den g klinik hemopathy kat mana tah..x ingat lak nama tempat tu sbb muka den bengkak2..masa tu dah tak tahan giler dah... tau la kan..den ni memang minah penakut bab2 moto ni..hehehhe
K.Lin:
Ada ek ko naik dengan den? Yg den ingat regular moto aku, bdk 3 orang tu je la .. Nisak .. Lini and Zetty sekali sekala ...
Yg gi homeopathy clinic tu pasal pe yek? Yg kes muka ko bengkak bengkil tu ke?
Ngeri seh masa tu ... kan?
Fisha : tu arrrr..ngeri seh..g klinik amik injection gak masa tu kasi surut...sungguh ngeri diriku.
sampai la ni kulit den sensitip..bila panas sgt jer..merah, bengkak n tumbuh biji2...tu lg buat i menyampah kat Kusza..yeala..kat sana la i kena ..hahahhahahha....jahatnya den ni
Post a Comment