Tuesday, December 1, 2009

Penutup dan Penamat

Penutup dan Penamat? Adakah blog ini akan menemu ajalnya?

Entahlah ... kalau asyik tiada entri baru, memang menempah ajal lah agaknya, kan?

Penamat dan penutup ni adalah untuk meraikan kawan-kawan yang menyambut birthday di akhir tahun. Ini sajalah modal saya. Untuk tahun hadapan tak tahulah macam mana. Bergantunglah .. kalau ada, adalah .. kalau tak ... tak ada.

Saya menulis entri ini di pejabat. Masih belum pulang kerana hujan yang menggila. Kata orang kaji cuaca, gelombang ketiga tengkujuh bakal melanda, dan dengarnya akan lebih buruk daripada yang pertama dan kedua.

Pada saat ini sebenarnya saya sudah bersedia untuk berpindah lagi. Beg baju sudah ada dalam kereta. Rumah sudah dinaiki air sedikit demi sedikit. Saya mahu bercuti lama, tapi tak tahulah. Nak tinggal rumah musim-musim begini ... ah!

Inilah pemandangan sehari hari ini ... hujan dan hujan. Tasik buatan itu pun sudah dipenuhi air ... baru sahaja 2-3 hari yang lalu dah kering. Oh, teruknya tengkujuh kali ini. Doakan saya selamat! (Dramatik betul, kan?) T_T


OK lah, lupakan perkara yang tidak menyeronokkan itu ... dan tak sepatutnya saya berkisah mengenai saya di masa meraikan kawan-kawan. Tapi, ini blog saya, saya boleh buat apa yang saya suka ... nguahaahahahah ... cam setan saja!



Profile pertama:

SITI NUR ASHIKIN ZAINUL ABIDINIRK - Pulau Pinang - Dec. 2, 1977

Saya dah pernah buat special entry pasal Ikin ni. Dan, saya tak adalah nak bicara panjang-panjang pasal dia kali ni.

Saya pun dah lama tak contact Ikin. Last SMS yang saya terima dari dia adalah pada hari raya puasa yang lalu. Saya tak tahu apa cerita dia sekarang. Tak tahulah sama ada dia masih mengajar di Melaka atau tidak.

Tak tahu sama ada sudah berpunya atau masih merai kebebasan hidup. Saya tidak tahu. Tapi saya masih tahu tarikh birthdaynya!




Profile kedua:

CHE SAMSURIA CHE NOHIRK - Kelantan - Dec. 7, 1976

Che Sue dari Bachok - terlalu lama saya tidak bertemu dengan dia. Seingatnya, masa Convo undergrad dulu pun saya tak jumpa (ke saya yang lupa?). Sesungguhnya!

Dan, kalau yang sentiasa berhubung pun boleh ada lapse - macam kes Ikin tu - apa lagi lah yang terus terputus tu.

Saya tak banyak memori dengan Che Sue, cuma cerita dia dengan Che Mat yang membuatkan saya tersenyum sendiri. Namun, kedua-duanya sudah berbahagia. Doa saya ... biarlah selamanya!


Profile ketiga:

KHAIRUAZAHAR ABDULLAH
IRK - Kelantan - Dec. 8, 1976

Ja'a. Oh, nak tulis apa pasal dia? Saya tak tahulah. Selain suami kepada Ma dan bapa kepada Syifa ... dan dengarnya seorang usahawan berjaya?

Saya berharap untuk bertemu keluarga Ja'a pada reunion hari tu, tapi tak kesampaian. Yang datang cuma Ma dan Syifa saja. Kata Ma, Ja'a sibuk. Ya, mungkin lain kali.

Saya tidak tahu cerita Ja'a ...



Profile keempat:

MOHD SHAFIEE HAMZAH
IRK - Terengganu - Dec. 11, 1977

Ustaz Pie sekarang ni. Memang ada tanjak tokohnya begitu. Kalau tak salah dia di UDM kampus KUSZA. Memang dasat la Pie ... dah la orang Ganu, belajor di UIA-KUSZA ... last-last kije pun kat KUSZA. Sungguh setianya diee ... hehehe

Tengah bertungkus lumus menyiapkan PhD dengarnya. Tapi acapkali saya tanya, dia tak layan pun pertanyaan saya. Kenapa ya? Hmmm ...

Sudah menjadi abi kepada anak-anaknya dan zauj kepada zaujahnya -- hehehe ... bakpe ayat aku jadi ana-ente pulok? Hantam saja!



Profile kelima:

MOHD SURIZALMAN MD ZAIN
IRK - Kelantan - Dec. 23, 1976

Dialah wakil kita yang pertama ke MPP KUSZA dengan Aishah Atan. Saya sekelas dengan Suri banyak kali (termasuk kelas English yang repeat tu .. haih!).

Suri ceritanya bekerja dengan JPJ. Dia buat MA dalam IT. Tak tahu sejauh mana kebenarannya ... Suri tolong verify :p

Gambar ni ada tanda slash, kenapa ya? Malas ah saya nak justify .. biarlah rahsia. Hik hik hik ... (*_^)




Since it's your birthday, I want to tell you ...
I think you look fantastic!
You're witty!
You're intelligent!
... and great to be around ...
... now, wasn't that nicer than getting a present? :p
Happy birthday y'all!

8 comments:

Pijat-Pijat said...

Hmmm .. hari ni tergerak utk ke blog Pie ... rupa2nya beliau sedang berada di Tanah Suci mengerjakan haji ... saya baru tahu :=(

Semoga Ustaz Pie akan mendapat haji yang mabrur ... InsyaAllah.

ajako said...

happy b'day kawan2. bestnye musim hujan...

vemma4all said...

Kenapa gambar aku kena slash ni. Ada cubaan pakai ilmu nenek kebaya ni hehehe...

Saya dah tak keje kat JPJ sejak thn lepas. Sekarang duk kat Kementerian Pengangkutan

Alin Ahmad said...

happy birthday suma. may success b urs.

ustazshafiee said...

fisha:
terima kasih atas wish birhtday buat kami berlima. hidup semakin dimamah usia rupanya..

suri:
slash tu bukannya apa, sebagai tanda ingatan bahawa dirimu istimewa. semua yang istimewa mesti ditag kan? ke guane fisha?

RIZAL said...

Bila balik haji ust pie....Bagus la demo muda2 doh pegi haji....Kena panggil haji pie doh la skrg ni

ustazshafiee said...

balik malaysia 20/12 hari tu. kira 40 hari la berada di sana. 30 hari di makkah dan 10 hari di madinah.

betul tu, elok kalau gi sana waktu muda. lebih bertenaga. sebab ibadat haji ni banyak melibatkan fizikal. kesian tengok jemaah haji yang dah dimamah usia. namun kegigihan mereka menyempurnakan rukun dan wajib haji tu amat menyentuh jiwa..

semoga semua mendapat haji mabrur..

shariza said...

Salam semua...., Happy belated birthday...