Monday, December 22, 2008

Friend or Foe: SITI NUR ASHIKIN ZAINUL ABIDIN

Maka, bermulalah siri Friend or Foe seperti yang dijanjikan. Dan, saya telah memutuskan untuk mengadakan siri ini sebulan dua kali sahaja. Kita pun bukan ramai. Karang, buat banyak-banyak, habis pulak ceritanya.

Dan, sebagai meraikan seseorang di dalam bulan ini, saya memutuskan untuk menulis sesuatu mengenai sahabat ini - SITI NUR ASHIKIN ZAINUL ABIDIN.

Untuk yang tidak mengenalinya ... sila tatap gambar ini.


Ikin dan saya @ IIUM-KUSZA Pioneer's Farewell Dinner, Permai Park Inn, Kuala Terengganu, 1999


Brief history:
Siti Nur Ashikin AKA Ikin dilahirkan pada 2 Disember 1977. Anak sulung dalam keluarga. Bersekolah di Selangor dan kini menetap di Pulau Pinang. Mengambil jurusan IRK dan pengkhususan Fiqh dan Usul, minor psikologi (class of 2001). Sekarang Ikin adalah seorang guru di SK Kem Trendak, Melaka.

Friend or Foe:
Sebenarnya, walaupun orang itu adalah foe saya, saya tidak akan tergamak untuk memberi label yang demikian. Oleh itu, semua orang yang bakal dipaparkan di sini adalah friends and never a foe.

Saya mengenali Ikin semasa kelas Bahasa Arab level 3 semasa matric (huh, Arabic saya memang teruk dan hancus. But, wonder cemana saya survive ambil IRK ..!). Tapi, kenal begitu-begitu sahaja sebab Ikin bukanlah penghuni concentration camp kami itu. Dia menghuni bilik kecil di sebelah camp kami.

Apa yang saya paling ingat tentang dia, ialah apabila dia selalu ke mana-mana dengan seorang lagi kawannya - Yong. Macam belangkas. Kadang-kadang, Ikin dan Yong akan bertandang ke camp kami - dan selalunya mereka akan ke katil Nonie dan Bedot (nama-nama yang disebut akan anda ketahui apabila tiba masanya nanti). Kala bertemu pandang dengan mereka, saya hanya tersenyum dan tersengih. Kalau rasa nak sedikit peramah, saya just say hi. Saya memang pendiam dan berat mulut (hoooo!!!) dan sedikit sombong (auuuuooo).

Apabila concentration camp dirombak, dan kita diberikan blok Fatimah dan Maryam, Ikin dan Yong mendapat bilik sama floor dengan saya di blok Maryam. Bilik mereka berhadapan dengan bilik Linee dan Zie (if my memory serves me correctly). Kami masih biasa-biasa. Tapi, saya sudah mula seronok berkawan dengan mereka dan kerap bertandang ke bilik mereka (oh, saya memang suka bertandang ke bilik semua orang di blok Maryam dan Fatimah itu -- sampai Ayue, Lina dan Norin menggelarkan saya ibarat lelaki yang banyak sangat lover nya .. hahaha)

Saya menjadi akrab dengan Ikin apabila kami terpaksa mengambil paper Arabic part 4 masa musim cuti panjang. Just imagine, hanya saya, Ikin dan Yong sahaja berada di blok Maryam itu dan budak KUSZA juga bercuti! Kami menangisi nasib kami (ok, saya tipu!) bersama-sama dengan berborak kosong yang panjang. Maklumlah, banyak masa lapang dan masa itu belum ada Friendster ataupun Facebook atau blog vogue ini! habis-habis telnet bbs tu je la.

Setelah duduk di situ selama 2 minggu tanpa berbuat apa-apa (tapi kami kian mengenali antara satu sama lain), kami kemudian dimaklumkan oleh Dr. Akram yang kelas tidak akan dibuka sebab tak ramai yang register. Rasa macam nak hempuk je Dr. Akram yang comel itu. Tapi, rasa je la. Kami pun dengan gembiranya berkemas balik dan bercuti. Tapi, itulah point yang mengikat dan memulakan keakraban kami.

Ikin banyak persamaan dengan saya - anak sulung daripada 5 beradik. Kos sama, minor je beza. Ayah kerja di UiTM. Dan, kelas Arab dari mula sampai habis sekali. Persamaan itulah yang membuatkan kami lebih rapat. Rasanyalah.

Ikin pada saya seorang yang sedikit extrovert (sila google sendiri ye). Itu sebab, saya tidak hairan bila Kepet kata dia tidak pernah bercakap dengan Ikin sepanjang kita di KUSZA. Dia juga jenis yang agreeableness dan sedikit conscientious (pi baca lecture saya mengenai ini kalau nak tahu). Kiranya, kami berbeza di sini. Sedikit perbezaan, kalau benar dirai, akan menjadi satu keriangan pada sebuah persahabatan. Dan, kerana perbezaan ini, saya boleh tahan berkawan dengan Ikin.

Apa yang saya suka dan tidak suka mengenai Ikin?

Saya suka Ikin kerana dia memang agreeableness dalam banyak perkara. Siapa yang tidak suka kalau punya kawan yang sentiasa mahu mengikut dan menyetujui kita.

Namun, saya paling tidak suka apabila Ikin dalam keadaan mahu membuat keputusan. Keputusan yang simple pun, Ikin akan mengambil masa yang lama untuk decide. Benar-benar conscientious. Bukan seperti saya - saya tidak perlukan masa yang banyak untuk membuat keputusan. Kiranya saya ini quite spontaneous juga lah.

Tapi, kenapa mahu fikirkan kekurangan dia saat dia mempunyai banyak kebaikan lain?

Apapun, saya bersyukur saya mengenali Ikin dan bersahabat dengan dia. Dan, saya mahu bersahabat sampai bila-bila ... InsyaAllah.

Saya doakan semoga Ikin sentiasa berbahagia dengan kehidupannya. AMIN

Pijat-Pijat:
"Orang tak buat kawan tiap-tiap hari, tapi sekali dapat, orang simpan sampai mati ..."

13 comments:

Rozaimi Bin Mohd Said said...

wah!!! at least aku tahu le sikit sebanyak pasal si ikin ni...eh! dia ke yang kawin ngan mawi???

sebelum aku baca posting ni, aku setakat tahu dia kawan ngan juliarina...itu aje...by the way, kenapa ada orang enterframe gambar si ikin tu???

Anonymous said...

Kepet:
Gampang la ko ni!

Kalau ko faham konsep bergambar dengan orang glamer, pasti ko tak kan tertanya2 pasal orang yg ko kata enterframe tuh ...

Huh!

Anonymous said...

Pet, setelah kutelek gambar itu semula .. aku bersetuju dengan objek di belakang yang enterframe tu ...

aku pun tak faham dengan kehadiran dia di situ ... apakah disengajakan, atau ... ya, hanya dia yang mengetahuinya.

Kashap, baik ko jawab, kenapa ko ada kat belakang kami waktu tu? Sabotaj eh?

shariza said...

Fisha:

Ikin sekarang kat Melaka rupanya patut le dah lama tak jumpa dia kat Pasar malam seksyen kat shah alam tu.

Eija ada something to share about her. pada Eija Ikin ni seorang yg lemah lembut. Bukan kategori fisha and Eija. Dia seorang yg menghormati org lain.

Rozaimi Bin Mohd Said said...

eija, aku agree 100% dengan statement kau yang ini

"Ikin ni seorang yg lemah lembut. Bukan kategori fisha..." Walaupun aku tak kenal sangat ngan si Ikin ni, tapi yang aku pasti dia takkan goncangkan kuih donat and gula untuk disebatikan...

fisha, tangan yang menggoncang donat mampu menggegarkan dunia

Anonymous said...

Eija:
Apa yang nak dishare tu? Setakat nak cakap dia lemah lembut, itu ramai dah tau termasuk Kepet yg x pernah cakap dengan dia tu.

Tell us something we don't know.

Kepet:
Hanya akan ada seorang Ikin dan seorang Fisha je dalam dunia ni. Dan aku mengambil statement itu sebagai satu compliment dari kau :p

Ya, berikan aku seribu donat ... akan kugoncangkan ia bersalut gula ... huhuhu ...

Anonymous said...

Semoga ikin bahagia ngan kehidupannya....

Alin Ahmad said...

Fisha : i pun tak rapat ngan ikin. just know her yg sgt baik...so lemah lembut n yg pasti i memang tak mengusik ikin coz, selalunya lemah w her smile..hhehehhehehehhe

caypet : rugi kan i tak nampak tangan yg mengocang donat...ahakssss

Anonymous said...

Buhairi:
Ya, semoga Ikin akan bahagia dgn kehidupannya ...

Alin:
Ko tak lemah ke dengan senyuman den? hehehe ...

den lemah lembut ko x nampak ke? har har har ...

ju-y said...

sy sgt btuah krn 2x dpt study dgn ekin. 1st kt uia kusza, pas2 kt maktab perguruan batu pahat. sama2 jQAF, cuma lain batch je.

ita said...

ita pn stuju,ikin tu baik orgnya..banyak toleransi,besederhana..

Alin Ahmad said...

Fisha : den kalah ngan senyuman mu...sbb bila mu senyum..esp senyum gatal sambil terkedip2 mata mu itu, sure adalah tu..... hehehhehehehe

(tgh bayangkan senyuman fisha sambil terkedip2kan mata dia..... huhuhuhuhuhuhuhu)

Pijat-Pijat said...

Ju-Y:
Wah, smapai jugak kamu ya ... Aku merinduimu ... ting tong!

Ita:
Dasat ayat2 cikgu ni ye ...

Alin:
Bila masa den senyum cenggitu? Mato den x leh nak kelip, kecik sgt .. huhu ...