Thursday, May 22, 2008

Bulletin Board System

Sebelum wujudnya chat room seperti sekarang ini, kami pelajar universiti sekitar tahun 1995-1999, telah diperkenalkan kepada Bulletin Board System (BBS) – satu bentuk chat room – yang membolehkan anda bersembang dengan rakan-rakan siber berdasarkan server tertentu (saya tidak mampu nak mengulas lanjut mengenai sistem ini kerana saya tidak berpengetahuan sangat tentang hal ini).

Yang menyeronokkan, tidak semua pelajar di KUSZA yang “familiar” dengan sistem ini kecuali mereka yang mengambil kursus Sains Komputer. Dan, oleh kerana kami ini “frustrated and rebellious UIA students,” maka kami menggunakan kesempatan ini untuk mencuba semua ini. Mana-mana lab yang dikhususkan untuk pelajar Sains Komputer, semua kami masuk – ini kerana lab mereka lebih sofistikated – berbanding dengan lab biasa yang komputernya kadang-kadang sudah lebih layak dilempar ke laut. Keadaan ini menyebabkan ramai pelajar-pelajar KUSZA tidak puas hati dengan kami. Tapi, siapa nak peduli? Inilah untungnya kalau kita memberontak sekali-sekali … boleh buat orang gerun.

Sekiranya tiada kelas, dan lab-lab tersebut tiada kelas, maka akan dipenuhilah dengan pelajar-pelajar UIA di situ. Masa ini, bermulalah persahabatan dan persengketaan. Mana tidaknya, ada pelajar yang saling menaruh hati, tapi tidak berani nak berdepan, BBS menjadi medan yang baik untuk tujuan itu. Bagi yang tak puas hati sesama sendiri, BBS menjadi tempat mengata-ngata. Sampaikan tagline user pun akan berubah mengikut mode – sama ada berkawan atau berlawan.

Satu kelemahan BBS, kita tidak boleh sewenangnya masuk ke dalam sistem lain sekiranya kita tidak mahir dengan sistem tersebut. Bagi pelajar Sains Komputer, mungkin tiada masalah. Tapi, bagi kami yang menghadapi komputer berdasarkan “trial and error”, agar sukar untuk memahami sistem ini bergerak. Akhirnya, hanya bersembang sesama kami sahaja. Boring betul!

Dalam hal ini, bila ada user luar sistem masuk ke dalam sistem kita, berebut-rebut orang nak berbual dengannya. Pada ketika itu, ada satu user ZIEQ yang mendakwa dia adalah penuntut bidang kejuruteraan di Minnesota, USA masuk ke dalam BBS.KUSZA dan dia menjadi bualan kami semua. Bila ada kesempatan disapa ZIEQ, semua orang seperti bahagia semacam – termasuklah saya! Hinggakan ada 2 rakan kami yang bergaduh berebut untuk page dan bersembang dengan ZIEQ. Haru betul.

Sesungguhnya BBS ini banyak kenangan indah – salah satunya kerana saya berjaya mencuba bakat mengurat seorang gadis yang kemaruk berborak di BBS.

Untuk BBS.KUSZA, ketahuilah – Cha-Ir, Spooky, Fawwaz, Fisha, Annabel adalah orang yang sama. Sekiranya saya bersalah, ampun jua lah yang dipinta.

2 comments:

Anonymous said...

terus tingat..mmg sesungguhnya masa musim tenet tu..mesti takkan miss ker lab. macam kemaruk!!

tapi mmg tak ingat bila masanya and apa punca tamat nya musim tenet...

Err..sebab lab dah tutup ker? sebab kita dah pindah ker Gombak kampus ker?

Fisha jawab sket....

Pijat-Pijat said...

ye, kita stop sbb kita pindah balik gombak ... hancur kerjaya terkutuk kita tu .. tak sempat berkembang sangat ... sedih!