Wednesday, May 21, 2008

NIlaian Persahabatan

Celebrating Sharina's 19th birthday - May 6th, 1996, KUSZA, Terengganu


Gambar yang menggembirakan. Namun, setelah beberapa tahun berlalu daripada tarikh gambar ini diambil, banyak perkara yang tak menyenangkan berlaku.

Ada kawan akrab, yang menjadi renggang.

Ada yang dulu berkongsi rahsia bersama, sekarang pantang bertemu muka.

Ada yang dulu suka bergelak ketawa bersama, sekarang saling kata mengata.

Ada yang dulu saling mempercayai, sekarang asyik mencurigai.

Susah sebenarnya menjadi dewasa, bukan? Semakin dewasa, semakin banyak kepantangan. Dilanggar atau melanggar pantang, terkecil hati, tercuit perasaan, sensitif berpanjangan. Kenapa begitu? Kenapa tidak boleh bersahabat seperti di zaman kanak-kanak atau semasa melewati musim-musim remaja?

Kerana kita mempunyai akal yang sempurna?

Kerana kita lebih matang?

Kerana kita sudah lebih mengerti hati dan perasaan?

Kita sahaja yang mempunyai jawapannya.



Nilai persahabatan tidakkan cair di musim panas
Tidakkan beku walau di musim sejuk
Tidakkan luruh di musim hujan
Tapi sentiasa mekar walaupun bukan di musim bunga..

1 comment:

Anonymous said...

masa belaja kita hanya pelajar..takde pangkat @ nama. sekarang pun bukan la ada nama apa nye pun, cuma ada yg menunjuk-nunjuk cara hidup yg lebih mewah dari yg lain. mula la war2 kan pada kawan2 rumah yg dibeli..hmm...kadang2 pikir balik, baru beli umah..ntah condo jer kot..jauh la mansion.

bila dah keje, ord pandang pada kepentingan.ungkapan money is everything la macam tu. pada yang masih berkawan macam dulu, tahniah, itu la kawan yg sejati kan..