UIA logo KUSZA logo
Selepas 3 minggu di kolej Zainab al-Ghazali, Matrikulasi UIA Lembah Pantai – menjalani Taaruf Week, kami dihantar ke KUSZA dengan bas ADIK BERADIK. Perjalanan yang membosankan. Kenapa? Sebab saya tak jumpa siapa pun yang saya kenal dalam bas tu (saya seorang sahaja pelajar UIA-KUSZA yang diletakkan di Kolej 6, sedangkan yang lain dikumpulkan sekali di blok 1-3).
Bersama kami semua dalam bas itu adalah 2-3 orang kakak senior (fasilitator) yang mengiringi kami. Yang masih saya ingat, seorangnya adalah kak Nik Salida Suhaila, yang kini pensyarah kanan di USIM, dan seorang lagi kak Arinawati, yang tak habis-habis bercerita mengenai adik lelakinya yang juga menjadi salah seorang pelajar UIA-KUSZA. Tak tahu apa motifnya bercerita begitu, mungkin nak cari calon buah hati adiknya kot! Lantak lah.
Saya memilih tempat di bahagian belakang bas – seat tepi tingkap. Sedang melayang hati yang bersedih, tiba-tiba seorang budak perempuan menghampiri saya dan tersengih, sambil berkata:
“Hi, boleh tak kita tukar tempat? Saya duduk kat sana, kawan saya kat sini. Boleh awak pergi duduk kat sana?”
Saya memandang dia, dan cepat saja menggelengkan kepala.
“Apahal aku nak kesahkan kawan engkau. Aku tengah sedih ni, kau sibuk pasal kawan kau saja!” – itulah perkataan yang berkumandang di dalam fikiran saya tika itu, dan muka saya menjadi serius dan kelihatan boring. Akhirnya, budak perempuan itu mengambil tempat di sebelah saya juga. Saya buat tak reti sahaja.
Lama dalam perjalanan, baru saya tahu budak perempuan itu bernama Rafidah, dan dia sangat peramah orangnya. Dia mempelawa saya merasa kuih tart nenasnya, dan saya ambil sambil ucapkan terima kasih. Masih melayani blues, kiranya.
<-- Saya dan Fidah, Convocation UIA, 28 September 2001
Kemudian bas berhenti di sebuah perhentian (sudah lupa nama tempat tersebut) untuk kami menunaikan solat dan makan. Saya hanya mengikut sahaja kumpulan Rafidah tadi – ada lah dalam 4-5 orang di dalam kumpulannya. Selepas solat, saya duduk-duduk rehat sambil memerhati keliling. Kemudian, mata saya tertancap pada kelibat seorang budak perempuan. Gayanya seperti orang dewasa – dengan handbag dan high heel.
Saya rasa macam kagum, sebab saya memang jarang ada kawan yang berpakaian begitu (we just barely 18 years old then!). Dengan solekan yang agak tebal, dia berjalan dengan kawan-kawannya. Lagi satu perkara yang membuatkan saya ternganga melihat budak tersebut, dia mempunyai kipas kecil berbateri dan dihalakan ke mukanya setiap ketika untuk mengeringkan panas. Manalah saya pernah melihat benda-benda begitu. Maka kekaguman saya meruah terhadapnya. Kemudian saya tergelak lucu sendirian.
Kemudian perjalanan diteruskan lagi ….
5 comments:
bila teringat kipas bateri..,mesti teringat "Datin".
Dah berapa banyak la agaknya koleksi gelang emas dia sekarang ni kan..
hehehe ... datin ... hehehe ...
mak datin budak kelantan tu ke??? apa nama dia heh??? zaharahkan?
Caypet:
Ya la ... dia tu la ...
Siti Zahrah @ Kak Zah @ Mak Datin ...
Bila dihantar ke Kuala Terengganu dari Pusat Matrikulasi UIAM Lembah Pantai KL tu, terasa seperti kena buang negeri saja.
Post a Comment