Monday, May 19, 2008

Sesampai di situ ...

Setelah mengharungi perjalanan hampir sehari suntuk, masing-masing sudah keletihan. Saya banyak tidur sepanjang perjalanan, hinggalah sampai ke satu kawasan yang di panggil Manir, salah seorang daripada pelajar dalam bas tersebut memberitahu bahawa di situlah terletak rumahnya.

Namanya Nor Suhaila Sulong (Sue). Dan, saya masih lagi dengan kebosanan melampau. Saya tak peduli kampung siapa yang kami lalui. Saya masih sedih – tak faham-fahamkah kamu?

<-- Sue, Aini dan SAYA - Convocation 2001

Kemudian, sampai satu kawasan yang dipanggil Gong Badak, tiba-tiba kecoh pelajar yang duduk di bahagian hadapan bas menunjuk-nunjuk sesuatu. Kami yang di belakang pun menyibuk apa benda yang mereka hebohkan. Rupanya, mereka melihat kubah bawang Masjid KUSZA, dan itu menandakan kami hampir sampai ke situ.

Masjid KUSZA dengan kubah bawang berwarna kuning


Bas kemudiannya membelok memasuki pintu hadapan KUSZA, dan dalam kesamaran remang senja, hati berdetak, Oh, inilah KUSZA. Sampai juga akhirnya saya ke sini!

Pintu masuk KUSZA (post depan)
Nota: KUSZA sekarang adalah kampus di bawah
Universiti Darul Iman, Malaysia


Saya sebenarnya ada juga memohon untuk belajar di KUSZA – kalau tak salah, jurusan undang-undang juga. Tapi, disebabkan tawaran UIA lebih mengujakan, maka bye-bye KUSZA. Namun, takdir mengatakan saya akan ke situ juga walaupun saya bergelar pelajar UIA. Nasib lah.

Bas kemudian berhenti di perkarangan dewan besar – Dewan Al Muktafibillah Syah. Suasana gelap kerana senja telah beransur malam.

Dewan Muktafi

Kemudian, kedengaran suara mengarahkan bas ke blok asrama di bahagian lain kampus. Kami semua kemudiannya dibawa ke asrama blok B. masuk saja ke dalam asrama, all our jaws dropped! Kenapa?

Biliknya tak ubah seperti dormitori asrama sekolah. Katil 2 tingkat diatur di kiri kanan bilik yang panjang dan katil dipisahkan antara satu katil dengan katil yang lain dengan almari kayu yang entah zaman bila dibeli. Kami rasa sangat kecewa. Masa ini, tak ada perkataan yang boleh menjelaskan apa rasanya bila melalui semua ini. Nampak sangat KUSZA tidak bersedia dengan sepenuhnya untuk menerima kami. Lebih sedih, bila mengenangkan keselesaan di Kampus Lembah Pantai yang ditinggalkan. Penat seharian perjalanan ke sini belum reda, kini kecewa pula yang tinggal. Akhirnya, kami semua menarik beg dan barang-barang peribadi dan menuju ke katil masing-masing tanpa berkata apa-apa.

Kemudian, datanglah seorang kakak yang bertudung labuh memberitahu kami bahawa makan malam telah tersedia di Dewan Makan Nusaibah. Dan, kebanyakan dari kami tak lalu nak makan dek kesedihan. Namun, saya tetap pergi makan, kerana kelaparan. Saya hanya minum sahaja sepanjang perjalanan tadi. Walaupun sedih dengan keadaan yang baru ditempuh, makan tetap makan.

Sampai di dewan makan, menunya juga tak se best yang disangka. Ingat lagi, menunya adalah nasi putih, taugeh masak air, ayam goreng dan sambal belacan. OK la daripada tak ada apa langsung. Saya makan dengan penuh selera. Ramai yang pergi bersama saya mengomel-ngomel lauknya. Saya diam saja. Kemudian, saya kembali semula ke asrama dengan perut yang kenyang, dan hati yang runsing.

4 comments:

Anonymous said...

seingat saya..lauk ayam gorang dgn sambal belacan jer yg saya paling lalu makan sepanjang kena makan di dewan makan tu...

Pijat-Pijat said...

Hmmm ... saya belasah je semua ... tapi adala exception yang sampai sekarang pun tak bleh nak telan ... Nanti kite citer lagi yek?

Rozaimi Bin Mohd Said said...

aku apply kusza tak dapat...sudahnya kena "masuk" kusza jugak...shamsul lagi sadis ceritanya...dah pergi register kat kusza, lepas tu dapat berita dia dapat masuk uia, pergilah balik mak ayah dia ke kusza ambik barang2 dia sebab nak pergi register kat uia...lepas register, dia kena antar ke kusza balik...kah...kah...kah...kalau dah jodoh tak kemana

Pijat-Pijat said...

Caypet @ Kepet:

Aku rancang nak apply KUSZA, tapi x apply pun. Apply UIA, dibagi sekali dgn KUSZA .. bonus tul ...

Gitu ke citer Shamsul? Sadis, memang sadis!

MOralnya: Kalau itu dah jodoh kau, buat cemana pun, x dapat elak ... astaghfirullah!