Lepas UPSR (1989), Pak masukkan saya ke Sekolah Menengah Agama (P) Kangar. Saya tidak pernah bersetuju, kerana saya mahu mengikut rakan-rakan lain ke Sekolah Menengah Derma. Lagipun, saya rimas lah, nak kena bertudung labuh bagai ke sekolah! Tak suka! Tak suka! Tapi, apa boleh buat. I’ve no final say then. Dengan perasaan tak puas hati, saya ikutkan sahaja.
Saya ingat lagi, tarikh pendaftaran ke tingkatan satu ke sekolah itu adalah pada 3 Disember 1989. Seingat saya, itulah kali pertama kami memulakan persekolahan pada bulan Disember, bukannya Januari. Mula daftar, saya diletakkan di kelas 1 Sumayyah. Kemudian, selepas minggu orientasi, kelas dirombak mengikut keputusan peperiksaan dan saya dipindahkan ke kelas 1 Siti Fatimah. Di situ saya sedikit gembira, sebab saya berjumpa kembali dengan rakan sekolah rendah saya – Muzirah Marzuki (Jeah). Kami menjadi rakan semeja.
Kalau sekolah rendah menjadi asas meneroka pelbagai perkara, sekolah menengah lebih banyak membuka peluang. Kita memperteguhkan cita-cita di sini dan kita mencorak hidup juga di sini. Sekolah menengah adalah permulaan ke mana hala tuju kita.
No comments:
Post a Comment