Tingkatan 2 Siti Fatimah, SMKAP (1991)
Front (L-R):
Mazlina, Sh, Munira, Suraiya, Noorul Affiza, Pn. Habibah, Norzaliza, Marina, Nurul Huda, Norazira, Faridah
Centre:
Irma, Durratul Ulya, Nursalimi, Salwa, Suzana, SAYA, Ainun Rafieza, Shahril Darlila, Rostariza, Nursyuhadah, Norfadliza
Back:
Norafdzaniza, Fidaturosziana, Wan Hakimah, Aniza, Maizatul Azila, Ismashalinoor, Muzirah, Saniyah, Marsyilla, Yusnita, Norzuhairani, Satariah
Gambar ini diambil sewaktu saya di dalam Tingkatan 2 Siti Fatimah di SMK Agama (P) Kangar, iaitu sekitar tahun 1991. Guru kelas kami ketika itu ialah Cikgu Habibah Ismail. Seorang guru yang baik. Beliau mengajar geografi dan bahasa Melayu. Sangat lembut dan suaranya ala-ala penyanyi Uji Rashid!
Saya masih ingat, pada hari terakhir saya di sekolah sebelum mendaftar masuk ke Matrikulasi UIA, Cikgu memberikan saya RM5 - saya tak pasti kenapa, tapi mungkin cikgu nak mengucapkan selamat kepada saya! Pemberian itu, walaupun sedikit nilainya, pada saya sangat tinggi dan mahal harganya - berian seorang guru, itu yang paling utama. Adakah pemberian guru sekarang masih bererti?

Tingkatan 4 Sumayyah, SMKAP (1993)
Ini gambar di tahun-tahun terakhir saya di SMKAP. Saya di tingkatan 4 - Honeymoon year - setahun selepas SRP. Masa ni, ramai juga kawan-kawan lama di menengah rendah telah meninggalkan sekolah ini untuk belajar di sekolah lain antaranya Mazlina, Baya, Nurul, Norazira, Rosted, Syu, Zan, Aniza, Syila, dan Kak Sata. Pada waktu ini juga, ramai pelajar-pelajar dari sekolah agama di luar Perlis (sekolah agama rakyat) yang datang menyambung pelajaran mereka di sini.
Saya menjadi remaja di tahun 90an. Godaan dan cabarannnya tidak sehebat tahun-tahun sekarang. Berjalan seorang diri masih selamat. Berseluar atau berskirt pendek, masih hanya ditenung bukan dirogol. Habis nakal, berdua-duaan dengan teman lelaki di restoran ataupun di Taman Rashidah Utama. Ibu hanya bising kalau kerja rumah tidak diberesi. Selebihnya, kami melalui zaman remaja dengan penuh kebebasan -- tidak seperti remaja hari ini, nama saja bebas, tapi terkongkong dan dihantui dengan pelbagai kejahatan dari segenap sudut.
Semuanya ini mengingatkan saya kepada lagu Jim Brickman - After all these years ... Semoga kita semua masih boleh menjadi sandaran antara satu sama lain.

No comments:
Post a Comment