Bangga dalam uniform Taaruf Week IIUM Matriculation Program sessi 1995!
Front (L-R):
Thalasiah (Thal), Roslinda (Alin), Norina (Norin), SAYA, Alwani Nawwar (Wani)
Back (L-R):
Nurhasnita (Ita), Suhaina (Sue), Fazlina (Leena), Rohayue (Ayue), Norhafizah (Fizah), Salmah (Sal), Karimah (Kayrem)
Tahun 1995 – saya ditawarkan untuk meneruskan pengajian ke peringkat matrikulasi. Masa ni, belum wujud lagi sistem matrikulasi KPM seperti sekarang. Lepas saja dapat keputusan SPM (keputusan saya biasa saja – pangkat satu la tapi nya), saya memohon untuk kemasukan ke matrikulasi undang-undang UIAM kerana saya amat berminat dengan kursus ini melalui sistem UPU - masa ni saya pergi menghadap Puan Pengetua untuk menolong saya memilih kursus yang sesuai.
Namun, apabila ditemuduga, penemuduga terus offer saya buat kursus Revealed Knowledge – alasan dia, aggregat saya terlebih sikit untuk melayakkan saya buat undang-undang (selepas itu, saya dapat tahu, ada kawan yang dapat aggregat yang jauh berkali-kali ganda daripada saya, tapi dapat buat law – sebab abang dia lecturer UIA! Sakit hati betul).
Tapi, disebabkan saya memang terlalu ingin ke UIA, maka saya terima saja saranan beliau tanpa ada sedikitpun clue apa benda Revealed Knowledge tu. Saya bersedia untuk ditemuduga ke kursus undang-undang – tentunya banyak menggunakan English – tapi, bila dah di offer ke Revealaed Knowledge, temuduga dijalankan dalam Bahasa Arab. Saya menyumpah-nyumpah interviewer tu – sampai boleh terfikir, kalau saya tak dapat masuk UIA, saya akan santau dia. Huhu!
Alhamdulillah, temuduga berjaya, dan saya ditawarkan ke program matrikulasi UIA-KUSZA. Pertama kali mendengar nama UIA-KUSZA, saya sangsi – kenapa bukan nama UIA solid? Kenapa ditambah KUSZA di belakangnya? Rupa-rupanya ini adalah satu bentuk program berkembar antara UIA dan KUSZA bagi menaikkan taraf KUSZA kepada universiti kolej. Saya sangat marah dengan perkara ini kerana – masa ditemuduga, saya tidak diberitahupun bahawa saya akan terpilih ke program ini (kalau tahu, memang tak ingin nak pergi), dan keduanya, pelajar-pelajar yang dihantar ke program ini dipilih secara rawak sahaja. Kami semua rasa tertipu. Sepatutnya kami saman saja UIA dan KUSZA, kan?
Namun, kadang-kadang, apa yang kita tak mahu itulah sebenarnya yang terbaik untuk kita. Walaupun terlepas banyak peluang seperti rakan-rakan di kampus Lembah Pantai, kami masih mampu tersenyum bila mengenangkan banyak perkara-perkara yang sangat menarik yang mereka di Lembah Pantai tidak alami.
Pengalaman yang buruk dan pahit itu, kalau dikenangkan semula, pasti lebih manis daripada waktu kita mengalaminya – dan percayalah, kerana kami telah melaluinya!
P/s: KUSZA stands for Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin and located at Gong Badak, Kuala Terengganu

No comments:
Post a Comment