Ini tajuk lagu Tetty Kadi - Saya letakkan sebagai tajuk blog ini. Tapi saya tak sanggup nak letak liriknya di sini … (I’m pure and innocent .. heh).
Sepanjang Jalan Kenangan sebenarnya hanyalah catatan kenangan hidup saya. Ya, saya tahu, dah ramai yang berbuat begitu … dan saya juga akan menyertai mereka yang berbuat begitu. Maka, akan bercambahlah blog-blog yang mendedahkan diri sendiri di alam maya ini!
Kenapa mesti blog begini?
Kerana, saya percaya bahawa setiap kenangan perlu dipotretkan agar tidak dilupakan. Ini penting kerana kadang-kadang kenangan mampu membuatkan orang yang berduka ceria kembali. Orang yang kehilangan rasa disayangi dan pelbagai lagilah sebabnya. Kamu boleh listkan kalau kamu mahu. Kemudian kita boleh bincangkan.
Hidup saya di dunia ini bukanlah lama sangat. Namun, sedar tak sedar, dalam kehidupan yang singkat ini, saya telah bertemu dengan ramai orang - yang meninggalkan kesan atau pun tidak. Maka, saya mahu segalanya ada di sini. Tak kisahlah bagaimana rasa kenangan itu - pahit, masam, manis, masin - kerana itulah kehidupan.
Selamat menyusur jalan kenangan saya … susurilah .. mana tahu kalau kita akan bertemu di situ?
No comments:
Post a Comment