Class of 1983
In kindergarten your idea of a good friend was the person who let you have the red crayon when all that was left was the ugly black one. - Author unknown
Gambar itu sudah berusia 25 tahun. Namun, bila saya lihat gambar ini, saya masih boleh menamakan hampir semua orang di dalam gambar ini. OK, mari kita lihat ... ada ke tidak saudara atau kawan-kawan kamu di situ?
Barisan belakang sekali - (kiraannya kiri ke kanan):
Pn. Zaharah (Pembantu guru), Mahazan, Abdul Aziz, Tilakkumar, Arif Affandi, Huzairie, Mohd Riduan (not sure), Mohd Adam (not sure), Hafizudin (not sure), Roslim, Mohd Naswari (not sure) dan Puan Aminah (guru tabika)
Barisan tengah:
Tengku Asma'a, Ku Rohana, Norazlin (not sure), Mazni, Ho Kun Kun, Rafidah (not sure), Suhairil, Norhafizan, Mohd Faizal, Zulkifli
Barisan depan:
Noorhashima, SAYA, Sh. Salwa dan Fairuz
Oh, nampaknya ingatan saya masih kuat. Hampir semua orang saya ingat! Yang not sure tu adalah mengenai nama mereka.
Masa di sekolah makan ini, saya sangat rapat dengan satu-satunya anak cina di situ - Ho Kun Kun. Dia sangat matang (kerana dia dihantar ke situ sedari usianya 5 tahun). Kawan lain yang menjadi best friend saya ialah Tengku Asma'a dan Ku Rohana. Kami sekelas hingga ke darjah enam. Tengku adalah centre bola jaring yang sangat cekap (sekarang adik dia Tengku Ahmad Tajudin adalah pemain hoki negara yang hebat) dan Ku Rohana pula seorang yang sangat baik. Paling saya suka tentang Ku Rohana, matanya yang besar dan bulat (sangat kontra dengan mata saya yang kecil). Kawan-kawan yang lain pun sebahagiannya bersekolah rendah bersama.
Ini antara moment yang sangat manis dalam hidup saya kerana saya boleh meneroka alam yang baru yang sedikit berlainan daripada apa yang ada di sekitar rumah. Walaupun tadika digelar 'sekolah makan', ia tetap memberikan saya ilmu yang berguna. Di sini saya belajar menjadi kreatif, belajar mengenal kawan dan paling penting, saya belajar bahawa saya berkongsi kehidupan dengan orang lain dan saya perlu menghormati keadaan itu. Bagaimana? Hormat menghormati dan belajar bertoleransi. Zaman hati dan fikiran masih seputih salji.

No comments:
Post a Comment