Thursday, May 22, 2008

Gadisku Kartini

Kartini. Nama yang indah.

Sebenarnya nama Kartini sangat glamor pada masa saya menjadi pelajar kerana terdapat satu siri kartun di dalam majalah Ujang (majalah lawak yang memang lawak – dahulu-) karya kartunis Tembakau yang sangat comel dan menarik kisahnya. Namun, Kartini yang ingin saya ceritakan ini tidak ada kena mengena dengan kartun tersebut – cuma nama sahaja yang sama.




Kartini adalah seorang pelajar jurusan undang-undang, batch kedua UIA-KUSZA. Orang Terengganu. Comel orangnya, namun agak sombong. Tak faham kenapa, tetapi kami senior-senior ini dipandang sebelah mata sahaja. Tak tahulah apa yang istimewa sangat yang dia rasa tentang dirinya yang menyebabkan dia rasa besar dan gah sangat.

Oleh kerana Kartini juga adalah regular face dalam BBS, maka saya terfikir untuk mengenakannya sebagai balasan kesombongannya.

Pertama sekali, saya cipta satu user id yang menarik – Cha-Ir – sempena nama sepupu saya. Selepas itu, saya yang memulakan ”perkenalan” dengannya. Dengan menyatakan bahawa saya adalah pelajar jurusan undang-undang KUSZA, saya menyuarakan hasrat saya untuk ”berkenalan” dengannya kerana saya sangat meminati dirinya. Wah, nampaknya, respon yang diterima sangat baik.

Setelah beberapa kali berbual, Kartini mula menunjukkan bahawa dia dilamun cinta dengan saya, eh, bukan Cha-Ir. Gaya cakapnya seolah-olah Cha-Ir telah memenuhi segala ruang hidupnya. Saya pun apa lagi, goreng habis-habisan. Mujur juga waktu itu belum ada hand-phone. Kalau tak, mungkin parah nak cari alasan supaya tak bergayut.

Setiap kali Cha-Ir log in, Kartini akan segera page dan kadang-kadang ada 2-3 pesanan dalam mailbox Cha-Ir. Wah, Kartini sudah ”chenta gila” sama Cha-Ir! Haru, haru. Power jugak saya meng’ayat’ Kartini.. hehehe!!

Bila terserempak Kartini di luar, saya dan geng akan tersenyum-senyum melihat dia ... mengenangkan betapa dia telah dicuri hatinya oleh saya, Cha-Ir. Dia masih lagi kedekut senyuman dengan senior-seniornya. Tak apa Kartini, hatimu sudah ada dalam genggamanku... tunggu sajalah. Hahaha, ketawa setan saya.

Akhirnya, setelah yakin dia sungguh cinta dengan Cha-Ir, saya mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan kami. Alasannya? Saya akan bertunang dengan gadis pilihan ibu dan oleh kerana saya tak sampai hati nak menyatakannya sendiri, adik saya akan menelefon dia pada malam nanti. Tunggu sahaja di pondok telefon. Maka, pada malam itu, beramai-ramai kami ke pondok telefon di kawasan yang jauh daripada hostel kami dan memulakan projek terkutuk itu.

Pada mulanya, semuanya berjalan dengan sempurna sehinggalah ”adik” saya tersebut sesuatu yang menyebabkan dia mengesyaki dia telah dikenakan. Setelah dia mengesyaki perbuatan kami, cepat-cepat kami meletakkan telefon dan pecah ketawa di situ jugak.

Selepas peristiwa tersebut, sudah agak jarang Kartini page dan berborak dengan Cha-Ir dan Cha-Ir pun berasa sangat lega kerana Kartini telah berjaya menjalani perpisahan tersebut dengan baik. Berakhirlah epik seorang Kartini di tangan Cha-Ir.

Kartini oh Kartini ...

4 comments:

Rozaimi Bin Mohd Said said...

dulu zaman telnet, aku gunakan nama zack dan "berkenalan" dengan soranmg junior kita...ayat punya ayat...sudah asyik mahsyuk...macam cha-ir ngan kartini, kitorang berdua pun mesti nak page each other...pasal aku guna nama zack dan berasal dari seremban, budak ni pun sudah reccee dengan budak pompuan batch kita...dia nak tau sapa zack dari seremban...hehehe...so, apa lagi pecahlah tembelangnya tapi dia tetap tak tahu siapa itu zack (masa tu lah)...lepas2 tu dia tahulah yang zack tu ialah aku...tapi yang paling tak tahan, dia antar kisah zack ngan dia kat satu majalah (aku tak ingat apa namanya) and bila si longkai pergi library kusza, baca majalah ni ternampaklah cerita ni, so, apa lagi dia terus photostat cerita tu and bagi kat aku and sampai la ni keratan cerita masih tersimpan kemas dalam album aku...

Pijat-Pijat said...

Caypet:

Pergh, ni baru real ... abadi selamanya cinta Zack tu ye ...

Kelakar la plak ...

Apa kata ko gi scan citer tu ... meh boh kat sini ... boleh kita share dan bantai gelak reramai ...

Macam-macam, kan?

Rozaimi Bin Mohd Said said...

scan boleh tapi aku kena tutup nama budak tu (sebab nama dia appear kat artikel tu)...hehehe

Pijat-Pijat said...

Caypet:
Tak pe .. pasal cover meng'cover' tu senang je nak buat ...

Aku pandai buat .. hehehe ..