"pasal part one tu...udahlee nak buat apa marah dah lepas dahhh yg lepas apapun dah jadi kenangan beb, kalau yg salah ke apa ke dah maafkan....takpe...hidup for today and tomorrow fuiihhh yoooo... samalah kita maaf memaafkan sbb kita kan kawan forever i allah... kawan tak buat salah ke...mana ada...manusia beb mana le perfectnya...jgnle nak perasan perfect kot mana2 pun, kan...lagipun hidup penuh pilihan so... buatla apa yg nak dipilih dari bebanyak pilihan to nooo.... fulamakkk lebih le aku mengarut ni so apapun..."
Wah, nampaknya Sue dengan baik hatinya telah memaafkan saya dan sekutu saya, Ayue ... hehehehe ...
OK, sambung balik cerita dulu tu ...
Selepas tengok Kuch Kuch Hota Hai, saya dan Ayue rasa tak puas.
"Jom tengok Dil to pulak?"
"Eii, kan baru 3 jam kita tengok Kuch Kuch tu"
"So...?"
"OK lah .. kau ni. Nasik ada lagi?"
"Ada, aku masak sebelanga untuk kau sapedek dari pagi ni sampai pagi esok tau. Dah, pasang la cepat..."
"Ye lah ..."
Maka kedua-dua orang itupun menonton lah cerita hindi Dil to Pagal Hai (The Heart is Crazy) dengan penuh penghayatan yang sebenarnya. Aduh, asyikkk ...
Picture credit: Click here
Tamat movie ...
"Pergh ... puas ... cukup puas hati!"
"Lebih pada tu ..."
"Jom ulang lagi ..."
"Gila ke hape kau ni? Jom la ... hahahaa"
Kedua-dua orang itupun melihat lagi sekali movie tersebut, tapi kali ini secara selected i.e. tengok lagu dan part-part yang menarik sahaja... Sedang keduanya asyik berbuat demikian, tiba komputer tersebut prompted satu message yang menyatakan bahawa program untuk menonton telah rosak disebabkan oleh unknown cause. Ah, sudah, cemana ni?
"Ko tau ke cemana nak buat ni?"
"Kejap la, nak tengok dulu macam mana ni ..."
"Aiseh, complicated nih ... mampos la kita. Die! Die!"
"Tak pe, matikan dulu, bagi dia rehat, pastu kita try bukak balik. Aku nak mandi dulu. Dah setengah hari tak mandi ni .."
"Aku nak habiskan nasik goreng ni ..."
Setelah kembali keduanya ke posisi asal selepas melakukan apa yang mereka mahu lakukan ... dengan penuh harapan kedua-dua orang itu menghidupkan kembali komputer tersebut.
"Arhhhh ... "
"Apsal? Apsal? Ko jangan la ..."
"Ni, sumer dah rosak, tak leh bukak langsung ni ...! Mampus nih ... Macam mana nak buat ni?"
"Tutup jer la ..."
"Tutup memang boleh tutup. Tapi bila tuan dia buka, nak cakap apa?"
"Nak kena cakap ke?"
"Ko ni? Tak yah la ye? Tapi, ko kena diam-diam jer walaupun selepas ni kau akan dibunuh! janji?"
"Ye la ..."
Dan rahsia itu disimpan kemas hinggalah 12 tahun kemudian.
Hari ini ...
Sue,
Aku dan Ayue nak memohon sepenyuh kemaafan daripada kau sebab kamilah penyebab kerosakan major kepada komputer kau tu. Kami tak pasti kalau kau sebenarnya dah menyedari bahawa itu semua adalah angkara perbuatan kami. Ayue kata dia under duress ... Aku blame dia kerana dia tu adalah Perosak Harapan Negara. Part of it, blame to our over excitement waktu tengok citer tu... Kami sebenarnya dah nak bagitau ... tapi kami tak sampai hati. Kata orang, ada benda tak perlu diberitahu demi menjaga persahabatan dan kami rasa itulah salah satu di antaranya.
Maaf kan kami Sue. Kami tak buat lagi ...!
Maafkan kami.
Maafkan kami.
Maafkan kami.
Maafkan kami.
Maafkan ...
Maaf ... Berapa banyak maaf da ....
Sue,
We are sincerely apologizing to you for everything that caused your damage. Please, accept our apology. Huhu... We're sincerely repent from what we're doing!!!
The ever sweet and nice Sue
(Ikhlas ni .. tak de bodek-bodek tau ..)
1 comment:
Selamat...selamat..nasib baik sue dah maafkan...lagi pun kisah lama..apa lagi nak buat..dok kat Ganu...dapat tk cite hindustan pakai PC pun dah seronok!ni semua penangan bollywood la ni...
Post a Comment