Ini adalah antara sekian banyak soalan yang tak mampu saya jawab. Sebab saya memang tak punya jawapan untuk soalan ini.
"Saya mahu dikenang sebagai orang yang baik hati ..."
"Saya mahu dikenang sebagai seorang yang sangat bagus dalam semua perkara ..."
"Saya mahu dikenang sebagai orang yang tahu serba serbi ..."
"Saya mahu dikenang orang sebagai seorang yang hanya satu-satunya begini di dunia ini ..."
Memang banyak idea untuk bagaimana kita mahu dikenang. Tapi, persoalannya, perlukah kita memikirkan tentang itu? Bolehkah kita memaksa imejan perilaku kita kepada kenangan seseorang? Kita menyentuh hidup insan yang mengenali kita dengan cara yang berbeza. Kita boleh saja mengatakan bahawa kita telah melayan seseorang dengan baik, namun kita tidak boleh pasti bahawa orang itu akan memandang layanan kita sama seperti apa yang kita rasa.
Kita rasa kita telah melakukan yang terbaik, namun, bila orang menilai? Habis berderai segalanya.
Jadi, masih mahu memikirkan bagaimana kamu mahu dikenang?
Saya? Tak mahulah.
Biarlah bagaimanapun saya dikenang, tidak menjadi soal. Yang penting, bila saya sudah tiada, akan ada insan yang bermurah hati untuk menghadiahi Al-Fatihah untuk saya, kerana saya lebih gerun memikirkan apa yang akan berlaku di seven feet under ... hmmm!

No comments:
Post a Comment