Front(L-R): Sharifah Salwa, Tengku Asma'a, SAYA, Mohd Adam, Huzairie
Back(L-R): Ku Rohana, Nor Hashimah, Mazni, Suhairil, Zulkifli
Ini adalah gambar saya di dalam persembahan akhir tahun Tadika MADA 1983. Bernasyid dengan sesungguh hati. Saya memilih untuk bernasyid kerana hanya inilah acara yang tinggal untuk saya sertai setelah saya terpaksa bercuti panjang hampir 3 bulan kerana patah tangan akibat main lompat-lompat di atas guni padi. Masa tu pun tangan masih bersimen, namun disebabkan tidak mahu ketinggalan untuk merasai kegembiraan "convocation", saya merengek untuk turut serta.
Tapi, selepas beberapa tahun (semenjak daripada 'kejadian' ini), saya bersumpah untuk tidak akan menyanyi atau membuat sebarang pertunjukan pentas lagi!
Tak tahu kenapa, tapi saya selalu mempunyai "stage fright" yang keterlaluan. Lebih-lebih lagi untuk pertunjukan pentas - nyanyi, lakon. Plus, I am a lousy singer. Boleh sakit perut orang lain mendengarnya.
Rasanya, kali pertama dan terakhir saya menyanyi di karaoke ialah dengan Ayue di SOGO, KL. Dia yang beriya-iya mengajak. Saya layankan saja. Memang buruk lah kedengaran di telinga sendiri. Hisy, malu!
Apapun, saya boleh katakan ... been there, done that.

No comments:
Post a Comment