Tapi, nasi ulam ni nampak sungguh menyelerakan!
Persepsi saya mengenai nasi kerabu juga bermula begitu apabila melihat penyediaannya. Saya tak ingat bagaimana saya mula mencuba makanan ini dan terus menyukainya. Rasanya ini semua gara-gara nasi kerabu makcik kat pasar malam Selasa kat Gong Badak tu lah. Setiap kali pasar malam, gerai dia mesti penuh dengan pelanggan yang berbaris panjang untuk mendapatkan nasi kerabunya. Tambahan dengan recommendation rakan-rakan yang sangat meyakinkan, saya pun mencuba dan terus menyukainya. Memang best!
Nasi kerabu makcik berwarna biru (diletakkan pewarna. Kalau mengikut resipi asal, orang dulu-dulu menggunakan bunga telang untuk membuatkan nasi berwarna biru). Antara rencah yang dimasukkan bersama: ikan celup tepung, kuah tumis, taugeh yang digaul bersama kelapa parut dan daun kesum (daun selom panggil orang Perlis), sambal belacan, budu (optional),
Semua bahan untuk nasi kerabu bersama ayam percik
bawang putih jeruk, solok lada, telur masin dan keropok goreng. Paling istimewa, harganya cuma RM1 (ini harga tahun 1995-1999). Kalau di setengah tempat, pelanggan juga boleh memilih untuk memasukkan daging bakar ataupun ayam percik. Semua rencah nasi kerabu makcik saya suka terutama kuah tumisnya. Budu juga tidak terkecuali. Sedap apa ...!
Bila saya duduk dan bekerja di Dungun, saya dapati nasi kerabu yang dijual langsung tidak menyamai nasi kerabu makcik itu dan sejak daripada itu, saya sudah tidak memakannya. Manakan tidak, sudah lah nasi dan lauk dijual berasingan, rencahnya juga tidak sedap. Selalu yang banyak, ulam dan taugeh. Sambal ikan dan kelapa sejemput, anak ikan seekor, telur masin lain harga. Kecewanya!
Imej hiasan - untuk menimbulkan rasa dramatik ...
Bila lagi lah nak dapat makan nasi kerabu makcik tu? Hmmm ...
Nota:
Foto dipinjam tanpa dan dengan izin dari Fazi, Duchess dan LifeInside
19 comments:
Mat khuzaini used to say : "Aku tak boleh la makan nasik kerabu neh...sebab banyak sangat rumput depa taruk kat dalam nasi ni..."
Huhu..
Buyie:
Haku pon sama ... kureng sket nasi kerabu ni .. tp ada exception kalau jumpa nasi kerabu yang sedap ... Selalunya akan ada yang tukang kelas (pilih) rumput2 nasi kerabu ni bila tiap kali makan ... So, no worries ...
Teringat ada pokcik jual nasi kerabu tegur bila mintak lebih kuah ... kata dia ...
"Kuoh, kuoh ... buke kuoh la mek ... tumih .."
Haku:
"Halah, same gop ... ok la, tumih lebih deh ... "
Hehehe ...
satu perkara yang aku mmg tak leh lupa pasal mat khuzaini time dia berlakon jadi din beramboi...
Dia keluar je kat stage kat duku (Arwah Ustaz Mat panggil untuk DKU) tu habis semua sampai dr akram pun gelak sampai nak pecah perut rasanya
Esok tu mat khuzaini terus sound, haram depa gelak kat aku. Lepas ni aku tak nak jadi din beramboi dah... Maluuuu
Suri:
Che Mat tu memang mantop sebagai pelawak ... Lebih mantop dari Nabil-peluk-Irma-lu-pikir-sendiri tu ... Cool je ...
Al-Fatihah untuk Ustaz Mat.
Waaaahhh. Cite nasik kerabu la plak. First time tengok nasik tu pun dah tak lalu nak makan eventhough my favourite colour. But then, bila try, uih sedap la plak.
Fisha, kat pasar malam sini (s.6, s alam) ada dijual nasik kerabu yang boleh tahan sedapnya. Budak2 tu selalu kecek kelate sbb depa ingat Eija ni org Kelate.huh!
Setiap kali beli, teringat nasik kerabu mok cik pasar mlm gong badak. Sib baik my Hubby pernah duduk kat Ganu kecik2 dulu, jadi boleh geng ngan Eija bab2 beli nasik kerabu kat pasar malam walupun tak sama rasa ngan mok cik tu punya nasik kerabu.
Fisha : alahaiiii nasi kerabu..yummyyyy.. i suka sgt nasi kerabu.yg peliknye ms kat trg, tak pandai mkn ulam, tp bole lak mkn if bersama ngan nasi kerabu.
time pasar mlm, menu utama nasi kerabu mokcik gelang penuh tu...perghh...best wooo..kenyang dua hari...
ingat tak i g kat tempat u thn lps? yea ke thn lps? ke 2 thn yg lps?ilang ingatan la plak... duk cari nasi kerabu yg sedap kan..tp tak jumpa pun.. tp at least dpt gak mkn nasi kerabu org trg yg buat..
nasi kerabu aku tak suka sangat.. tapi kalau semua nasik dah habis kat pasar malam kusza dulu dan dah tak de apa yang nak dimakan.. bedal je la labu..
Pie,
Pasar malam kat luar kusza tu hari apa ek.
Terasa nak makan satu kuih yang empat segi bentuk dia. Kulit dia macam kulit popia dan isi dalam ada ubi campur daging/ayam. Kena makan panas-panas. Kalau sejuk tak sedap
Dekat luar trg takde jual....
Kuih apa nama dia ek. Aku pun lupa
Eija:
Tu la, nasik kerabu ni nak kena betul pembuat dia baru ngam ho! La ni ada satu kedai kat Dungun yg kira "OK la tu" ... kedai tu bukak dr pagi sampai tgh malam ...
Basic dia kira mengancam gak ... tp I like to tambah with paru goreng ... kacipppp!
Alin:
See .. at last! Ada gak benda trg ni yang kau suke, kan? Sweet memory la tu ... hehehehe ..
Den rasa, nasik mokcik gelang besor tu memang peberet .. especially time tak berapa nak berduit ... den la tu .. kau den tengok kayo je ... hehe
Kau dtg umah den 2007 ... memory lapse la plak .. gi cek, kot2 kena alzheimer ke ... ha!
Pie:
Dah mu suka nasik mende? Nasi minyok?
Suri:
Kalau masa belajar dulu, pasar malam kat Gong Badak hari Selasa, pasar malam Gong Pak Jin hari khamis.
Eh, aku pun suka gila kuih tu ... kuih tak bernama .. lalu kupanggil ia "KUIH 4 SEGI" - memang sedap berinti ayam + daging, tambah dgn kuah dia yang masam2 manis tu ... arghhhh .. drooling!
Tapi Makcik gelang besar tu je yang jual ... aku ingat dulu harga dia 40 sen satu .. selalu aku beli 4 ... asikkkk ...
Pie, makcik tu masih ada ke? Kalau ada, mau gop aku drive pi sana hari selasa ... hehehehe
tadi aku dinner nasik kerabu. sedap!tapi tak sesedap kat pasar malam Gong Badak tu. masa tu harga RM1/-. tadi..orang tu jual RM5/-.
First time, makan kat T'ganu. sampai sekarang sukaa..
Fisha : yg i tak nak ingat memori belajar n stay kat KUSZA nun..memori lain ok je..esp bila dah duk rumah sewa..ms tu hooorayyyyyy giler...lps beban n senak fikiran...
tp betul la yue kan...nasi kerabu best kan..
Aha la Fisha.. ms suri ckp kuih 4 segi tu i tak ingat..tp bila mu describe mkn ngan kuah yg masam manis..terus ingat..sedap ekk kuih tu..aha kita panggil kuih tu kuih 4 segi.
hmm.. kebetulan ni, mak i beli nasi kerabu utk dinner..nak g mkn la pas ni..jomm...
huhuhuhu 2007 ekkk lama dah tu..patut arr x ingat.. alahai.. kot yea pun nak kena alzheimer biar la settlekan LLM i ni dulu ahaksss...
Nasi kerabu ni macam orang Johor punyer nasi ambang campur urap.
urap tu apa kasyaf?
Aku pun peminat nasi kerabu....
En. Surizalman,
Urap itu lebih kurang seperti kerabu lah juga.
kalau tak percaya cuba cari dalam google.
kitorang panggil nasik kerabu tu 'nasik beracun' sebab kaler dia biru hahaha.. kul lima je dah mula menapak ke pasar malam kat belakang kusza tu ramai2,maklum la, jauh..
nak tanya, arwah ust mat tu sape? bro mat khuzaini ke?
Saiful:
Arwah Ustaz Mat tu adalah ustaz yg ngajar kitaorg subjek Fiqh + Arab .. dia ustaz dr KUSZA, org patani rasanya ....
Bro mat khuzaini masih sihat walafiat jd cikgu di Melaka nun ...
Post a Comment