Selera pantai timur memanglah tersangat berbeza daripada selera orang pantai barat. Yang paling ketara, rasa manisnya. Ramai di antara kami yang mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan selera mereka. Kata orang sini, ”ngèjas”.
Oleh sebab di KUSZA, semua pelajar dikehendaki makan di dewan makan, maka dewan makan kompleks Nusaibah lah yang menjadi tempat untuk kami mengenali makanan Terengganu khasnya dan makanan masyarakat pantai timur amnya. Antaranya adalah laksam.
Sebagai orang Perlis, laksam bukanlah sesuatu yang pelik kerana ia juga dimakan dengan meluas di Perlis. Namun, oleh kerana cara penyediaannya sedikit berlainan, saya terus tidak menggemarinya.
Oleh sebab di KUSZA, semua pelajar dikehendaki makan di dewan makan, maka dewan makan kompleks Nusaibah lah yang menjadi tempat untuk kami mengenali makanan Terengganu khasnya dan makanan masyarakat pantai timur amnya. Antaranya adalah laksam.
Sebagai orang Perlis, laksam bukanlah sesuatu yang pelik kerana ia juga dimakan dengan meluas di Perlis. Namun, oleh kerana cara penyediaannya sedikit berlainan, saya terus tidak menggemarinya.
Saya ingat lagi, pagi itu, dengan penuh semangat untuk memenuhi perut yang lapar, saya pergi ke dewan makan dengan Norin. Masa mengambil makanan, kami jadi pelik bila tengok hidangan tersebut – nampak macam kuetiow, tapi berkuah. Kemudian ada belacan, sambal, garam dan taugeh mentah. Apa benda ni? Kami mencuba jugak, namun dek kerana tak kena dengan tekak, selera kami putus. Terus dibuang semangkuk laksam tersebut.
Tapi, anehnya, itulah kali pertama dan terakhir kami menyaksikan sajian itu di dewan makan Nusaibah kerana tahun-tahun berikutnya laksam tiada dalam menu lagi.
Hmmm, kenapa agaknya ya?
20 comments:
eh, ada ker menu laksam masa kat dewan makan dulu? mmg tak ingat..
tapi sesungguhnya masa kat T'ganu baru kenal Laksam.slowly, aku dah menerima laksam.sekarang bulan ramadan mesti beli, at least sekali.
Aku x berahi laksam...
Fisha, sampai sekarang tak lalu makan walau pun byk kali mencuba. tapi kdg2 demi menjaga hati org yang menghidangkan laksam, makan jg sikit, walaupun tekak tak leh masuk.
Tapi yang peliknya Eija suka laksam org Kedah ( yang isteri sepupu buat je.) Kalau nak beli laksam beria tu mungkin tak.
laksam la sedap. letak kauh banyak-banyak. biar warna bertukar jadi merah. pastu hirup kuah dia. sluurrrp!
Ada masa gi cari laksam la kejap kat batu buruk..
Ayasu:
Bakpe dok berahi laksam?
Eija:
Yang kedah macam mana plak? Beza ka dr yg Tganu punya?
Pie:
Mung memang Ganu jati ... tp aku cam horror sket bila ada yang makan laksa n laksam dengan tangan. Erkk ...!
Aku dah la struggle gila nak menyesuaikan rasa, tp bila ada org join makan macam tu, potong betul!
sedap aarr..laksam tu. first time try..masa kat KUSZA..yummy..sekarang ni..kene tu bazar ramadan baru nampak org jual..tunggu puasa nanti la,
pul, laksam memanglah tak memberahikan langsung :-)
apa-apa pun, keropok lekor jugak yang best, dulu aku sanggup naik motor dari kusza ke kuala ibai sebab nak makan kepok lekor 007
Ayue:
Kau suka laksam? Hmmm .. that's something ....
Kepet:
Ramai org kata kepok 007 tu sedap, tp aku sampai hr ni x pernah cuba pon ...
Ada satu lagi kat jln nak pegi airport sultan mahmud ... orang beratur sampai ke jalan ... tu pun dgr org je citer sedap ... tp x penah cuba pon ...
Tp, aku suka kepok lisut kat Dungun nih ... rupa out, rasa superb!
fisha:
kalau krepok lekor kat selekoh bukit tok beng tu mmg la best. terbest kat terengganu. cubalah sekali. ataupun bila mu nak datang KTrg, mu pesan ke aku dulu, bila nak balik dungun, aku hanto ke mu. kalau nak beli, kena beratur panjang. kena ambik nombor macam kat Bank..
Pie:
Wah ... an offer that I can't afforrd to miss nih ...
Cayalah Pie ... suke ambe ...
Nanti .. aku kabo ke mu kalu nak beli blk kg!
Hurray! Syukran ya akhie!
AKU DOK WAHI LAKSANG... LAKSA PON AKU DOK SUKER (KAH KAH KAH)...... Lain makna tu, brahi dengan suka... mu dok pandai BM... Kepet bakpe mu lama senyap... Mu takut aku bahang mu ke? Ke mu sedih dengan Ayah Chik mu? (Rahim)
Fisha:
Ada bezanya, rasanya lain, Eija boleh telan kuah tu. Tapi tak pernah rasa Laksam Perlis, mungkin sama kot.
Ayasu Sepu:
Cis ... aku paham la makna berahi tu ... dah mula td mu jugak yg tulis "x berahi" ... aku ikut je la ...
Kalau mu tulis "x wahi" aku paham gop ... sudah la mu Sepu!
Eija:
Kuah dia? Hmmm .... nanti la cuba try test lain ...
Chaihhh sudahlah ...(jgn emosional, mu ni memang bekeng)... Lepas ni makanan apa plok? Rojak Kateh mu tera doh?
Ayasu Sepu:
Aku bukan saja bekeng, tp kepala angin, kejam, brutal, tendang orang, sepak orang ... semua la ...
Rojak kateh tu tok minat nak try ... aku cam x lalu bila tengok rupa bentuknya ...
Tp, tgk le cemana ... may be pas ni buleh buat citer ketupat sutong or lempeng nyior kot ...
Ganah.....saspek ah!
Post a Comment