Saturday, January 10, 2009

Aku masih punya kehidupan lain selain berblog!

Maaf, tiada update setakat bermulanya 2009. Dihambat tugasan (isyyy!), dan kekontangan idea serta kemalasan yang semakin bermaharajalela, kamu pasti bosan melihat blog ini kan? Suka saya nyatakan saya tengah teruja dengan reunion kita itu nanti -- harap-harap menjadilah hendaknya tanpa banyak halangan, InsyaAllah (Erm ... apa kata kita buat juga kutipan untuk rakyat Palestine masa reunion tu nanti? Hasilnya kita boleh dermakan ke Mercy Malaysia ... cadangan saja ...).

OK lah, entri ini pun tiada cerita, hanya mahu meraikan kawan-kawan yang merayakan hari lahir sepanjang Januari ini. Kalau rasa mahu merai, masih boleh, kerana lazimnya kita ini raya apa pun, sebulan panjangnya! Malaysia boleh.



Buat Lini (2/1), Eija (6/1), Alin (10/1), Acat (16/1), Fidah (20/1) dan Pyan (31/1) - semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta mendermalah kepada rakyat Palestin itu.




In a season of love and friendship, we count our blessings and realize that the most priceless treasures in life are the irreplaceable people who help, support and are one with us, dear friends like all of you.

May Allah keep you always secure in the palm of His Hand and continue to richly shower you with His Abundant Blessing and Grace!

16 comments:

Rozaimi Bin Mohd Said said...

Selamat Hari Lahir to All...semoga hidup sentiasa dirahmati Allah...amin

nonie said...

selamat hari lahir juga utk sume.... Moga maintain muda....

shariza said...

Dear all especially Cik Fisha,

Thank you for the wishes and greetings. See you all masa dinner nanti.

Nonie:

Betul tu, makin muda. ada ka sorang client ni guest umur Eija 26 sbb dia ckp muda. Dgn bangganya I told her that I'm 32 and a mother of 2 kids. terkejut dia. Maknanya muka muda walaupun dah masuk kategori 30an. hihihi.

surizalman said...

shariza,

dia nak bodek je tu kut hehehhe...(jangan mare)

Apa- apa pun, selamat hari lahir kepada semua yang lahir pada bulan januari. Moga panjang umur, murah rezeki dan hidup diberkati sehingga ke akhir hayat....

Alin Ahmad said...

tq all

Alin Ahmad said...

Fisha : Agreed..kita buat kutipan derma...ala kan ada yg dah dapat bonus n increment thn br kan..huhuhuhuhu

shariza said...

K. Alin:

Betul tu. yg mana ada rezeki lebih boleh la menderma lebih. hehehe.sama-sama le kite menderma utk yg memerlukan. Moga Allah akan memberi rezeki kepada kita ni walaupun bukan dalam bentuk wang. Amin.

shariza said...

Suri:

Tak marah aih. Eija sedar diri ni dah makin meningkat umur. tp client tu mesti salah tgk ke tak taulah. Mungkin hari tu pakai baju yang nampak muda.

buyie said...

Selamat menyambut hari kelahiran buat mereka yang lahir bulan Januari...tak sabar nak tunggu bulan 2 kan PET?

Rozaimi Bin Mohd Said said...

ya betul...ada apa eh bulan 2???

Pijat-Pijat said...

Eija:
Agaknya batch2 kita ni memang senang nampak muda kot ... Den ni pon, selalu dianggap student .. huhu ... agaknya sbb handbag haku adalah knapsack ...! Student lebih vogue dr ku ini ...

Kalau pi kedai pon, kena panggil 'adik' tu masih lagila den ni berpengalaman begitu ... woot* woot* ...

makan ati semua orang! hehehehe ...

Buhairi + Kepet:
Tak payah dok hint2 mcm tu .. memang akan ada entry supo ni jugak bln dua nanti ... hadiah je aku tak bagi!

Peace no war!

Rozaimi Bin Mohd Said said...

Fisha, masa kat kusza dulu aku ingatkan kau lecturer...hehehe

nonie said...

Kepet, tu lah..berkat doa ko kat kusza tu ler fisha jadi lecturer la ni... Apasal ko x doakan aku sekali? hihihi

Pijat-Pijat said...

Kepet:
Hoi, apsal aku ko pikirin lecturer?

Adakah aku sangat "dewasa" kelihatannya? -- mustahil betul.

Adakah aku pintar? -- aku rasa yang ini.

Adakah aku pintar berkata2? -- Yang ni pun aku rasa betul.

Adakah aku memang ada karisma begitu? -- huhu ...

Musykil haku dengan kenyataan mu itu. Tolong explain sket ...

Nonie:
Apasal dia doakan aku jd lecturer ye? Patut dia doa la aku jadi selebriti ka ... boleh aku sponsor dinner kita ... woot* woot*

Alin Ahmad said...

fisha: uiksss....makan ati..makan ati...dgr statement mu itu

nonie said...

fisha, kalau ko jd selebriti, ader ker masa ko nk makan ngan kengkawan....kihkihkih...