Saya tak pernah perasankan Wani waktu mula sampai ke KUSZA. Ye la, mana nak layan perasaan sedih, nak buat kawan bagai … maka, perkenalan dengan Wani bermula apabila saya telah habis kenal dengan mereka yang duduk dekat-dekat dengan katil saya.
Dan, apa yang menggerakkan saya untuk mengenal Wani apabila Kak Lin sering bercerita tentang Wani yang selalu sedih sebab terpaksa duduk jauh dengan pakwe dia yang di matrik itu.
Saya masih ingat, waktu itu saya, Norin dan Nora sedang in the mood nak berkenal-kenalan dengan semua di dalam dorm itu apabila kami nampak Wani sedang menulis sesuatu. Kami kemudian memulakan perkenalan dengan cara yang biasa – say hi. Dan selebihnya adalah sejarah.
Wani anak sulung daripada jumlah adik beradik yang ramai (saya tak pasti adiknya ada berapa orang – 6-7 mungkin).
Dia berasal dari Cheras, KL. Budak SMAKL. Wani adalah seorang yang cantik – kulit putih, mata besar, dan itu sudah pastinya menawan hati ramai jejaka di UIA-KUSZA dan KUSZA sendiri.
BTN 1995(L-R) - Suhaina, Hasimah, SAYA, Zetty, Affrosh dan Wani
Tengoklah tudungnya yang masih maintain walau dalam hutan dan kepenatan. Sungguh berbeza keadaannya dengan diriku!Namun, Wani kekasih yang setia dan setia itulah membawa Wani ke alam rumah tangga yang bahagia hingga ke hari ini.
Saya selalu nampak Wani akan menulis initial ANAS di setiap bukunya. Tertanya-tanya juga, apa maksud ANAS tu – rupa-rupanya ia adalah gabungan nama Alwani Nawwar dan Amir Syahrom (pojaannya). Kemudian, di hujung nama ANAS itu macam-macamlah sambungannya. Yang paling saya ingat – ANAS, fervent in love. Perghh …. Kagum saya dengan cinta dia!
Tak lama kemudian, kecoh seluruh dorm mengenai ada seorang brother yang sudah tangkap cinta gila dengan Wani. Kisah bermula di kelas Arab. Well, sapa yang tak tertarik dengan gadis comel macam Wani tu. Khabarnya, jejaka itu meminati Wani kerana Wani berkulit putih mulus dan taste dia memang kepada perempuan berkulit tona warna begitu. Kami mengutuk brother itu habis-habisan. Siapa dia? Biarlah rahsia ….
Satu peristiwa yang kelakar, sewaktu expo pelajar di KUSZA, Wani telah mendapat hadiah yang sangat besar dan berat daripada seorang jejaka KUSZA. Kami semua excited dengan hadiah tersebut, dan sewaktu Wani mahu membuka hadiah tersebut, kami mengelilingi Wani seperti lalat buah menghurung buah saja layaknya. Rupanya perbuatan kami memang sesuai, kerana hadiah berat dan besar itu adalah sebiji buah tembikai! Setelah dibelah dan di’suci’kan dengan doa-doa agar yang makan tidak terkena guna-guna, kami sama-sama menikmati tembikai yang manis itu. Oh, manisnya kenangan itu!
Wani berkahwin pada semester pertama degree. Kasihan melihatnya bagai tidak tentu arah apabila terpaka berjauhan dengan suaminya. Melihat keadaannya, saya seperti apakah? Apakah? Double apakah? … ishhh … saya rasa ini juga bersangkut paut dengan kes Ja’a dan Ma kerana kebetulan Wani sebilik dengan Ma selepas dia berkahwin – Ma juga sudah berkahwin dengan Ja’a waktu itu, dan kalau tak silap sedang mengandungkan Syifa. Tapi, sebab Wani taklah penting dalam hidup saya (hahahaha) … maka saya pun tidak menghiraukan dia sampailah dengar berita dia memohon untuk ditukarkan ke main camp untuk lebih dekat dengan suaminya. Saya rasa ada suara-suara yang tak puas hati dengan tindakan itu – ye lah, sebab rindukan suaminya, dapat tukar. Apahal dengan kita semua yang rindu kat family kita? Tak diambil kirakah? Sungguh tidak adil! Dan. memang banyak ketidakadilan berlaku pada kita-kita ini semua!
Apapun, selepas ke main camp, saya memang jarang bertemu Wani – sudahlah kolej asing, fakulti pun tak sama – paling-paling pun dengar ceritanya saja daripada kawan-kawan yang lain. Tapi saya masih mengenang Wani yang baik sebagai seorang kawan … dan, percaya atau tidak, saya masih menyimpan hadiah hari jadi saya yang ke 19 (owhhh! Belasan tahun tu .. ) daripada Wani – sebuah memo pad. Kenapa masih ada lagi? Kerana saya tak gunakan pun benda tu, sebab saya bukanlah orang yang suka memberi memo.
Doa saya untuk Wani, semoga berbahagia dunia dan akhirat di samping keluarga dan anak-anak tercinta.
Itulah cerita saya dan seorang gadis bernama Alwani Nawwar Mohamad Hata.
==================
Message Wani di facebook saya hari ini - May 4, 2009
"salam fisha. thanx sbb masih ingat kat wani. Kagumla fisha masih bole ingat banyak kenangan dolu2 n terharu sbb masih simpan lagi memo pad yg. x sbrape tu. wani pun masih simpan semua bday card yg. fisha bagi :). Cume dlm. citer wani tu ada fakta yg. perlu diperbetulkan ckit. Masa wani tinggal sebilik dgn Ma dulu, dia belum kawin lagi n hanya kawin bbrape bulan lepas wani pindah ke UIA Gombak. Anak dia Shifa' pun muda bbrape bulan dari anak wani (hehe..) Anyway, sronok baca blog fisha.."