Thursday, May 14, 2009

Prep and Tech ... Forever


Gambar ini diambil pada 27 September 1997, semasa kami menganjurkan program "Terengganu: Ke Arah Kejayaaan dan Kecemerlangan" dengan kerjasama kerajaan negeri di DKU, KUSZA.

Ini adalah barisan komiti Preparation and Technical (Prep & Tech). Muka-muka biasa - Halim, Iera, saya, Zetty dan Imah. Kalau dah jadi komiti ini bermaksud kami adalah golongan yang kreatif lagi berbakat dalam bidang seni (hahaha!).

Sebenarnya, saya sangat sukakan kaligrafi. Namun, kerana ketiadaan pelajaran khusus yang boleh saya ikuti, maka saya buat kaligrafi ikut suka saya. Saya tidak berminat sangat untuk design kad atau apa. Tapi, setelah masuk ke UIA-KUSZA dan bertemu dengan Suhaina Wahed (SUE) yang sangat kreatif itu, saya mula mempelbagaikan 'kerja seni' saya .. dan selepas itu ramai kawan-kawan yang kata saya 'kreatif'. Padahal, kerja Sue lagi superb. Entahlah. Dah orang pilih, buat je la. Selalunya tugas saya adalah mendesign huruf - computer design or free-hand. Rasanya, bila dah selalu buat benda ni, automatik kita akan tahu apa yang kita nak buat. Tu sebablah orang asyik nampak kita saja kot.

Kerja prep and tech pertama saya adalah semasa 1st AGM UIA-KUSZA di DKU tu (tapi tak ada gambar untuk kenangan itu kecuali gambar ini. Itu pun tak boleh dijadikan bukti saya terlibat dalam design apa-apa backdrop).


Tapi, itulah satu penyakitnya, sekali kita dikenali dengan buat kerja tu, selamanya lah kita akan dipertanggungjawabkan dengan kerja yang sama. Dan, tugas saya sebagai komiti Prep and Tech itu berkekalan sampailah saya tamat universiti (degree). Kemudian, ingatkan perkara itu terhenti di situ, 'malangnya', bila dah bekerja, perkara yang sama juga berlaku. Masih juga buat perkara yang ala-ala prep and tech. Tapi, tak kisah, kalau itu sesuatu yang kita suka, selamanya kita akan rela walau terpaksa.

Kamu, bagaimana?


P/s: Yang saya ingat, muka 'wanted' untuk catering, Nisak, Kak Jah dan Irwan. Ada nak tambah yang lain-lain?

15 comments:

piee said...

wah! bergambar sakan unit prep and tech ni!

apapun fisha, posing mu dengan bunga maggar tu adalah jauh lebih baik berbanding dengan posing power rangers hari tuh.. eheh

ajako said...

betul tu pi'ee, ada ala malu2 pengantin gitu...

Pijat-Pijat said...

Pie:
itu menunjukkan versatility dalam bergambar ... bersatu di dalam gambar. Bergambar sebagai power rangers pun boleh, pegang bunga manggar pun ok ... :p

Pijat-Pijat said...

Ajak:
Memang la ada malu2 ala pengantin ... den belum kawen ... takkan nak malu2 ala2 mak jan plak ... :p

buyie said...

what about programme coordinator ?

heheh..
Jangan lupa..kehebatan prep n tec nih termasuk la membikin gimik yang canggih manggih...walaupun kos sangat murah...

Setakat buat bunting bergerak dari belakang pentas...atau belon meletup letup..itu simple je bagi encik halim ..ngan encik nakabu...

Sampai sekarang aku respek ngan keje korang dalam unit prep n tec...

Zaidi Al-Kashafi said...

24-27 September 1997. Dalam program "Terengganu: Ke Arah Kejayaaan dan Kecemerlangan" aku cuma jadi Timbalan Bendahari saja.

Program tu anjuran Manticulation Student Representative Council of IIUM-KUSZA, PRS IIUM-KUSZA, dgn kerjasama Terengganu State Gov't, Jbtn Pendidikan Negeri T'ganu, Jbtn Belia & Sukan negeri T'ganu, Bahagian Hal Ehwal Pelajar KUSZA dan juga Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

"Ke Arah Generasi Bijak dan Cemerlang".

Yang best tu dapat Sijil yg ditandatangani oleh Dato Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad, MB T'ganu, dan juga oleh Prof Madya Dr Torla Bin Hj Hassan Dean of IIUM-KUSZA prog.

shariza said...

Wow. Hebatnya Kashaf. Ni mesti bawak kluar sijil lama nih.

Fisha: Eija memang berbangga ngan budak Prep & Tek sebab hasil nukilan korang ni sentiasa mendapat pujian orang2 Kusza dan orang luar yang menjadi tetamu jemputan.

Pijat-Pijat said...

Buyie:
Sorry dude .. aku lupa la pasal program coord. tu ... seriously, tak ingat ... ada apa dgn depa? :p

Bekerja dgn Halim + Kabu lah yg bg aku pengetahuan cemana sebenarnya org dok buat gimik masa pelancaran sesuatu majlis ...

Full of surprises ... indeed.

Pijat-Pijat said...

Kasyap:
8-0

Pijat-Pijat said...

Eija:
Yes ... I suspected that too ... :)

Zaidi Al-Kashafi said...

Eija,
Kebetulan sijil ada di sebelah ni ha. Itu yang copycat apa yang tertulis dalam sijil ni.

Pijat-Pijat,
Apa yang 8-0 tu? Ambe dok faham ler. Acu kabor mmolek gok. Huhuhu.

Ada satu lagi program sebelum tu iaitu ISLAM, ADOLESCENCE AND ROMANCE SEMINAR. I just jadi participant in that seminar. on 8 November 1996. Motto: "Towards Maturity of Muslim Youth".
Pijat2, Halim, Fazli, Zetty, imah dll tu pun jadi committee prep & tech ke?

I cuma jadi committee of Prep & Tech masa Taaruf Week di IIUM Matriculation Centre Lembah Pantai KL, pada 30 June - 8 July 1996. memang best.

surizalman said...

seingat aku ada 3 orang je yg mmg kaki prep and tech- noni, kabu dengan halim je.

Yang lain mmg aku tak ingat

Pasal MC, mmg en. buhairi la org..nye

Aku dengar buhairi skrg ni tgh sibuk dengan hobi sebagai jurufoto. betul ke????

buyie said...

Wehkeke Suri...

Hobi tangkap gambo ni dah lama... cuma sekarang je ada peluang nak beli peralatan tuh..

Lagipon aku jadi jurugambo untuk nature photography je... sekadar hobi je la...

Huhu...

Fisha : aku ingat nak nyumbang gak le gambo sesekeping dua kat blog ni...itu pon kalau sudi le..

hehe

Pijat-Pijat said...

Buyie:
Tersangatlah dialu2kan ... besar negeri Amerika hamba tadahkan ...

Sumbangan boleh disalurkan ke:
fisha274@tganu.uitm.edu.my

Hahaha ... dah ala2 Bersamamu plak ...

sham n nisa | AnisBakery.net said...

.... yes..! respect habis kat diaorg ni!..