Thursday, February 12, 2009

Satu rayuan.

Ha, apa yang kamu fikirkan?

Sekadar menyampaikan hasrat YDPA Kepet ... beliau, dengan penuh karisma seorang YDPA ingin mengorak langkah yang lebih besar ... sebesar apa yang Neil Armstrong lafazkan ... That's one small step for (a) man, one giant leap for mankind.

Apa yang ingin beliau lakukan?

Setelah kejayaan besar menganjurkan reunion dinner yang pertama tempohari, beliau kini sedang mengumpulkan data-data terkini bekas pelopor penduduk dunia UIA-KUSZA yang kini hanya tinggal nama itu.

Maka, tolonglah dia untuk menolong kita-kita ini juga.

Apa yang perlu kamu lakukan?

Ia tiada kena mengena dengan duit.
Ia juga tidak memerlukan kamu melompat parti.
Ia juga tidak berkehendakkan kamu kena menjalani latihan di Baikonur, Kazakhstan itu.

Lalu, apa dia?

Hanya email kan kepada dia di sini dan di sini, perkara-perkara berikut:

Alamat tetap.
Alamat surat-menyurat.
Segala bentuk nombor telefon yang kamu ada.
Segala bentuk email address yang kamu punya.
Segala blog yang kamu tulis.

dan ...

Pekerjaan kamu (untuk trace berapa pendapatan kamu ... ngehehehe).

Bantulah dia untuk mengwujudkan satu pengkalan data yang lengkap yang boleh mengalahkan database segala CIA, FBI, M16, KGB dan yang sewaktu dengannya.

Lakukanlah ... saya merayu .... please, please, pleaaase ...

Salam,
Memanda yang menjalankan tugas.

51 comments:

Alin Ahmad said...

wah sungguh berkarisma YDPA dan memandanya ini..kudos!!!

So, apa lagi geng...mamanda tu br merayu tu...nanti dia murka lak huhuhuhuhuhhu

Rozaimi Bin Mohd Said said...

no such thing as ydpa pleaseeee...aku bukannya apa, sekadar mengisi masa yang terluang ni ha...kah kah kah...banyak sangat masa kosong kat opis...hehehe...but seriously, that data base yang aku nak buat may not be helpful now but may be very helpful in the future...mana tahukan, kot2 ada yang nak kawin, atau nak kawin lagi satu bolehlah antar kad jemputan sebab database terkini dah ada...tak gitu? so instead of mintak ngan sumer orang, bolehlah mintak ngan aku...itu cuma satu contoh...ada beribu2 lemon lagi contoh yang tak terlintas difikiran kita pada masa ini...banyak dah melalut ni...ok, cepat!!! bagi!!!

Anonymous said...

brp bilangan isteri ko tak nak tahu ke pet.......hahahah

Rozaimi Bin Mohd Said said...

biarlah rahsia...hehehe

shariza said...

Fisha:

Baik Cik Memanda. Ish selalunya Tuan Memanda tak pernah plak dengaq Cik. Jgn marah haaaaa.

Cair lak dengaq rayuanmu. Bak lirik lagu Rohana Jalil " Dengarlah rayuanku". hehehe

Anonymous said...

Alin:
Ya, memanda ini terkadang boleh bertindak melebihi YDPA tau .. hahaha

Anonymous said...

Kepet:
Why there's no such thing like YDPA? Aku yg bagi, maka, ia akan sentiasa ada.

Aku nak panggil gak kau YDPA, kau nak buat apa?

Nak sue aku cam Karpal buat kat Sultan Azlan Syah?

Saya tiada takut. Jgn main2 sama saya!

Anonymous said...

Suri:
Kalau rasa nak bagi isteri2 korang payung mas pun, patut2 le ...

Anonymous said...

Eija:
Tak pa ... Cik ka, Tuan ka, x kesah.

Self-appointed position ni boleh je apa2 pun ... :p

shariza said...

Fisha:

Hahahaha. Jgn gile kuasa lebih drpd YDPA sudah le.

Zaidi Al-Kashafi said...

Aku sudah hantar email yang berserta butiran peribadi seperti yang dirayu pinta kepada Kepet.


Macamana asal usul kisah sejarahnya hingga boleh dapat nickname "Kepet" tu?

Anonymous said...

Kasyap:

Ha bagus gak tu ... meh, sapa ada cerita, bagitau kat aku .. aku buat skrip utk korang .... kita akan wujudkan siri : BAGAIMANA ________ MENDAPAT NAMANYA? atau SIRI BERKENALAN DENGAN _________ atau SIRI BERCAKAP DENGAN ______________

Anonymous said...

Fisha, aku tak leh buka lah plak kat term "di sini" hang tuh...so nak forward details yg hang nak tu camne?

Rozaimi Bin Mohd Said said...

kasap...aku dapat nama "kepet" tu ever since aku mula masuk sekolah menengah...bila masuk uia, ingatkan nak mulakan episod baru sebab budak sekolah aku yang masuk uia 3 orang aje termasuk aku (alin and sorang lagi budak pompuan irk, so aku tak risau sebab diorang ni panggil aku nama betul)...tetiba kena pi kusza...ada classmate aku masa sekolah masuk kusza (kalau sapa ingat, nama dia sufi, budak AQSA, belajar tak abis)...dia yang bagitau nama "kepet" pada am ngan yus yang dah sah2 memang tak boleh nak bimpan rahsia kalau benda2 macam ni...

nonie, emel aku msrozaimi@gmail.com

Anonymous said...

Kepet;
T.Q Pet..nanti aku email yer..

musyaini said...

Pet: Sufi kat mana? Apsal aku balik melaka tak nah jumpa dia?

Unknown said...

oh kepet, miss you so much.Hows family ya...Good i hope la ya...and nice blog of yours

Zaidi Al-Kashafi said...

Kepet, kisah kau lebih kurang sama dengan aku. Aku dapat nickname Kashaf sejak di sekolah lama di Maahad Johor. Budak Maahad Johor yang masuk KUSZA seperti Md Johan, Harris Fadhilah, Marsun Sunoto, dan Mohd Kalam panggil aku Kashaf. Am pun panggil aku Kashaf. Pasal masa di UIA-KUSZA dulu ada 2 orang nama Zaidi, satu lagi Zaidi Aziz. Mula-mula kengkawan panggil aku Zaidi Johor. Tapi si Am yang mulakan panggil aku Kashaf. Oleh kerana diorang pelat sikit aku dipanggil Kasap. Dan sampai di main camp Gombak, aku dipanggil Kacap. nasib baik tak Kacak.

Ex-student KUSZA iaitu Mohd Kalam pernah accident masa lepas semester akhir. dan kini dah jadi OKU-cacat penglihatan. Dia sekarang ni sambung Master di Universiti Malaya. Dia belajar tulisan Braille di Bangsar. Aku kagum dengan semangat dia dan mata hati dia cukup terang.

Anonymous said...

KEPET:

Apa nama kawan ko tu? Sufi? suu..ssuuuuu fii..fiii..waaa..wwaaa...fii...? Wehkekek..Peace, No war PET!

Rozaimi Bin Mohd Said said...

musyai, kau balik melaka tak pergi rumah sufi, memanaglah kau tak jumpa dia...

arep, thanks but ini bukan blog aku, cuma aku buat macam blog aku sendiri...masuk, masuk, masuk, buat macam rumah sendiri

Kasap, panggilan kasap bersempena dengana buluh kasap...kacak??? no way!!! hehehe

buyie, waaa...fiii....tuuuu...budak KIK, alah sekolah musyai tu...dia tu kawan musyai tu, sekolah sama2, masuk uia sama2, pegi kusza pun sama2...syai, peace, no war, war only against israel

Anonymous said...

Wahkakaka KEPET.

Rugi tol aku tak belajar wat sambal tumis ikan bilis dari wafi tuh...

Sampai skang aku teringat sambal tuh...

Kepet : Ko pun tahu buat kan sambal tuh...apa kata pos mai kat aku supaya ko menjadi orang yang paling aku ingat selepas musyai...mat khuzaini..suri..fisha..nonie..kabu..kamil..jaa..mat din...jimi..suhaimi rebu..suler...ahahir..nisa...bla..bla...bla..

Wehheheh peace again PET!

Rozaimi Bin Mohd Said said...

sekarang baru ku tahu dimana letaknya diriku dalam mu...oh buyie...hahaha

Anonymous said...

Kepet + Buyie:
Korang ni pehal ... cam Brokeback Mountain plak gayanya ... ishhh ...

Jgn wei ... nabi x ngaku umat karang .. nauzubillah ...

Anonymous said...

Kashap:

Cam familiar je nama Mohd Kalam tu.. dah hilang upaya ... kesiannya. Moga dia terus sabar. Sedih plak dengar...

Marsun Sunoto -- terserlah kejawaannya ...

Kau kacak? Sungguh tak kacip! ih .. ih ... ih ...

Anonymous said...

Buyie:
Sempat si Wafi ajar korang masak sambal? Dasat la itu runaway boy ya ...

Apa cerita dia sekarang?

Anonymous said...

Kepet:
Ariff mana tu? Wan Arif Muzammil ka?

Musyai budak KI?

Ya ... aku baru terperasan ...

Anonymous said...

FISHA:

Wafi bukan ajar aku masak..tapi setiap kali dia balik kg, dia bawak sambal tumis tuh...

Musyai dari dulu lagi aku respek dia...budak KIK...Itu sebab kami sama-sama menghabiskan biasiswa wat beli hifi cap sony tuh !

Satu lagi...musyai ngan shahudin berkongsi Corridor Tiris Multimedia...menatang apa Corridor Tiris Multimedia nih kena tanya musyai le...

ehh! Musyai nih roommate si udin ke ijai ek? alahh lupa la pulak..wahkakaka

Rozaimi Bin Mohd Said said...

fisha, wan aref muzammil le...aku rasalah...kita ada sorang je aref masa tu...

musyaini said...

Kepet: Jawapan aku sama macam aku bgtau hang dulu
"hehehe i would never deny that we were schoolmate... but to imagine u have the courage to call his father instead of he himself is beyond my reasonable expectation on your love and affection towards him"

Fisha: Yes i'm proud to be sasician hinz hinz hinz besaq lubang idung nih..

Buhairi: Tq bebanyak kerana suspek aku.. apa la hg nak suspek aku pon tak tau... cuma hifi sony aku masih befungsi sampai la ni... masuk 5 vcd kartun serentak anak aku tak kacau lagi dah... berkat det biasiswa la tu bleh pakai sampai la ni...

Bukan Corridor Tiris Multimedia... Multitiris Super Corridor (MSC)... Idea bernas aku yang diplagiat oleh mahathir dan kuncu2nya untuk projek cyberjaya...

Roommate? Aku tadak roommate budak kita... selepas ada peristiwa hitam... aku dah tak dak roommate.. (u/p: otak jgn kuning)...
huhuhuhu

Rozaimi Bin Mohd Said said...

buyie, kau tak ingat ke sapa nak kawan ngan musyai dulu? itu pasal dia tak de roommate...hahaha

musyai, aku ingat kau kata kat aku yang kau tak pernah masuk sekolah menengah...habis darjah 6 kau masuk maktab sultan mahmud and lepas srp 2x (sebab tu kau ambikl spm umur 18) kau masuk kolej islam kelang...masa aku senyap ajelah sebab sekolah aku mengalahkan sekolah pondok...hihihi

aku dengan buhairi sebab kitoang ada peralihan...hehehe

Anonymous said...

Buyie:
"Itu sebab kami sama-sama menghabiskan biasiswa wat beli hifi cap sony tuh !"

Ya, best betul masa dpt biasiswa tu, kan? Tp aku dah tak ingat apa yg aku beli.

Aku adalah batch pertama PTPTN - dan aku dapat lump sum masa 1st time tu .. 9k ... aku beli motor ... tp moto tu aku dah jual ... oh ... memori!

Sekarang, dok bayar PTPTN tak habis2 lagi ... bosan ... 300 lebih ... cait!

Anonymous said...

Musyai:
Sapa yg kepet panggil nama bapak dia tu? I'm lost!

hg ada peristiwa hitam? Baik share ... nnt lama2 hg depress, trauma plak ...

Anonymous said...

Kepet:
X dak org kawan dgn Musyai? Oh, such a sad sad thing!

Tp, memang, mamat tu dulupun aku rasa dia tu perasan bagus ... hahaha.

Dia ambik SRP 2x? Fuyyoooo .. otai la ...

Tapi tak lawan ada kawan kita yg after 5 years kat sekolah biasa, pastu bapak dia suruh masuk sekolah agama dan dia terpaksa ulang lagi 5 thn belajar ... sadis!

Anonymous said...

KEPET KATA : "buyie, kau tak ingat ke sapa nak kawan ngan musyai dulu? itu pasal dia tak de roommate...hahaha"

Alah aku ingat..biasa la tu..semua orang pon ada 'bestfren' masing-masing...

Kepet pernah ada ...dan masih ada...same goes to me...cuma sekarang je aku mana 'bestfren'cenggitu dah...wehkekeke

musyaini said...

Kepet: "musyai, aku ingat kau kata kat aku yang kau tak pernah masuk sekolah menengah...habis darjah 6 kau masuk maktab sultan mahmud and lepas srp 2x (sebab tu kau ambikl spm umur 18) kau masuk kolej islam kelang...masa aku senyap ajelah sebab sekolah aku mengalahkan sekolah pondok...hihihi"

Whether u r having selective memory or u r making up story... i wonder which one...

Nama sekolah aku maktab mahmud la, mana ada sultan, lepas tu aku masuk kolej. so tak de la aku masuk sekolah menengah sebab nama dia bukan sek menengah...

srp first time aku amik aku dapat 10 aggregate jer, so aku tak puaih ati amik 2nd time. baru dapat 5 agregate. tu yg dapat masuk kisas tu... hehehe mana ada 2 kali da.. maktab mahmud ada peralihan daaa....


Fisha: "X dak org kawan dgn Musyai? Oh, such a sad sad thing!

Tp, memang, mamat tu dulupun aku rasa dia tu perasan bagus ... hahah"

Hang rasa aku perasan bagus? isk isk isk sedeynyer gue...


"Sapa yg kepet panggil nama bapak dia tu? I'm lost!"

Nama Mamat tu wafi... besfren kepet.. sebab tu kepet call bapak dia masa nak invite wafi dtg reunion...


"hg ada peristiwa hitam? Baik share ... nnt lama2 hg depress, trauma plak ..."

Biaq la peristiwa tu jadi sepanjang jalan kenangan.... dah tak depress apa benda pon

Pijat-Pijat said...

Musyai:
Oii, hg budak maktab mahmud ka? Sanggih! hg kenai dak budak laki nama Syikri Harun?

Tu la pasai .. kalau hg macam ni dgn aku dr mola .. mesti aku jd bespren hg ... bertambah sikit org nak kawan dgn hang!

Pasai peristiwa hitam tu, aku akan kerobek sampai jumpa .... aku blogger tegar!

Hahaha

musyaini said...

Ya aku budak ma'had... syikri tu awat tak kenai plak?

Aku dari dulu macam ni... cuma koi lama koi handsome saja... perangai x berubah.. amal ibadat saja betambah.... huhuhuhuh
Dah hang tamau tegoq aku huhuhuhuh

Blogger tegar?! Jgn ketegaq!!!

Alin Ahmad said...

Musyai : ahakkssss...handsome ker...? aku rasa sorang jer yg akan kata ko makin lama makin ensem..kan sharina kan...hehehheheheh

Anonymous said...

Musyai...

Bila aku dengar lagu sengau-sengau basah..mesti aku tingat kat hang...

"JIKA ORANG TAK SUDI TAK PAAA"

Satu lagi ayat kegemaran hang..
"Jangan ketegaq..."
pas tuh disambung...
"Ketegaq pa?"

wahhhkakak

musyaini said...

Alin: "Musyai : ahakkssss...handsome ker...? aku rasa sorang jer yg akan kata ko makin lama makin ensem..kan sharina kan...hehehheheheh"

Jadi la... ada la jugak huhuhuh


Buhairi: "JIKA ORANG TAK SUDI TAK PAAA"

Awat la hg ni makin berumur makin lupa...
bukan "JIKA ORANG TAK SUDI TAK PAAA" tp "JIKA ORANG TAK SUKA TAK PAAA"....

Rozaimi Bin Mohd Said said...

amboi musyai...sembang tak jatuh, perangai...hehehe

Unknown said...

Alin: "Musyai : ahakkssss...handsome ker...? aku rasa sorang jer yg akan kata ko makin lama makin ensem..kan sharina kan...hehehheheheh"

Yeszza K Lin.. of coz of coz!! If ramai yg kate musyai hensem... den jugak yg poning nanti di bueknyo!

musyaini said...

Sib baik... if tak, ada yang kena tidoq luar nanti huhuhuh tapi tak tau sapa yang kena..... hehehehehhe

Pijat-Pijat said...

Musyai:
Betul kata Kepet ... sembang tak jatuh ... tapi tak pa ... aku rasa mcm dah ok dengan hg ... makin serasi ... huhu.

Pijat-Pijat said...

Buyie:
"Jika orang tak suka tak apa"

Lagu ni korang dengaq? Ish .. ish ...

Pijat-Pijat said...

Alin:

Kalau dia merasakan dirinya hensem, biar kan saja....

Semoga kita tak mimpi ngeri malam ni ... hehehe

Pijat-Pijat said...

Shana:

Elokla, salinglah puji memuji .. karang 2-2 kena tido luar, sapa nak tido kat bilik tu plak ... hantuuuu.

Eiii .. ngeri ... ngee .. ngee

musyaini said...

Fisha:

Aiseyman aku melawak saja... aku sedaq sapa aku... tapi tak pa aku terima seadanya... peace!

Anonymous said...

FISHA SAID : "Jika orang tak suka tak apa"

Lagu ni korang dengaq? Ish .. ish ...

Fisha...lagu nih musyai yang suka...dia nyanyi sama-sama ngan longkai kat bilik air kusza tuh...

Wahkakaka

Peace MUSYAI!

Zaidi Al-Kashafi said...

Lirik Lagu Tak Suka Tak Apa penyanyi “Screen”

Jikalau Orang Tak Suka Tak Apa
Tapi Janganlah Kau Mengata
Sudah Menjadi Adat Di Dunia
Ada Rupa dan Berharta Orang Suka

Jikalau Orang Tak Suka Tak Apa
Biarlah ku Mengundur Diri
Mungkin Kau Rasa aku Tak Sepadan
Dengan Dirimu

ku Sedar Diri Ini
aku Hanyalah Insan Biasa
Tapi aku Ada Harga Diri

Walaupun Terguris Hati Ini
Hingga Menitis Air Mata
Namun Semuanya Tak Bererti
Bagimu

Waktu Orang Suka Semuanya Indah
Waktu Dah Tak Suka Oh Ada-ada Saja
Sukarnya Nak ku Temui
Cinta Yang Sejati dan Bahagia

Jikalau Orang Tak Suka Tak Apa
Tuhan Masih Menyayangiku
Moga Suatu Hari Akan Tiba
Jodoh Buatku Dengan Insan
Yang Ikhlas Cintanya

Cinta Ku Hanya Satu
Bila Kau Kata Kau Sayang
Lagenda Cinta Shuhada
Bila Dah Jemu Kita Ditinggalkan

Anonymous said...

Tu dia kasyap nyanyi dahhhh...

wehkekek