Sunday, February 8, 2009

Tidakkah kamu tertarik untuk kembali kepadanya setelah kamu melihat keanggunan wajahnya yang baru?

Bajet cool, itu sebab saya tulis tajuk sedepa itu. Jangan marah haaaa ...

OK, berdasarkan feedback yang baik daripada reunion dinner itu, dan cadangan yang penuh keterujaan daripada beberapa members untuk mengadakan next reunion di KUSZA, saya mahu membawa kamu menyusuri jalan kenangan. Semoga, setelah kamu melihat perkara-perkara ini, ia akan membuatkan kamu akan terasa sesuatu dan mengubah segala kebencian kamu kepada sesuatu yang sangat bersifat sentimental.

Gambar-gambar ini adalah hasil kerja cemerlang Ustaz Shafiee, PhD candidate from UDM, KUSZA Campus. Kudos to you, bro.


Ini gambar Masjid KUSZA yang saya ambil sendiri. Dia berupa begitu setelah diedit beberapa kali. Maaf kalau kamu gagal melihatnya dengan jelas. Saya rasa, kalau mahu mengenal KUSZA, kamu harus mesti mengenali masjid ini. Masjid ini akan menjadi landmark sekiranya kamu terlupakan kampus KUSZA itu ... Dahulu, setiap kali nampak kubah bawang itu kalau setiap kali balik dari kampung, saya merasa seperti mahu terjun daripada bas kerana merasakan itulah petanda saya akan masuk ke 'kandang' yang bakal membelenggu hidup saya selama saya di situ. Sungguh tidak indah perasaan itu.

Namun, sekarang, apabila melewatinya, saya boleh berkata dengan bangganya, saya pernah berada di situ lama dulu sebelum kamu-kamu (bukan kamu budak-budak UIA-KUSZA) semua ada. Pernah bersembahyang di situ, dan pernah singgah untuk melepas lelah di situ. Been there, done that. Wohoooo ... Sekarang kawasan masjid itu lebih menjadi sebuah kompleks dengan kedai serbaneka dan pusat aktiviti.



Ini pun gambar dari lensa kamera saya. Dulu pun, setiap kali terpaksa melalui pagar itu untuk masuk ke dalam kampus, saya merasa sangat terseksa. Tapi, setiap kali keluar, terasa sangat merdeka. Berhadapan dengan pak guard yang tidak berhati perut - tidak membenarkan teksi masuk ke asrama pada pukul 5 pagi [tapi ini pengalaman orang lah] - dan seribu satu perkara-perkara yang tidak sepatutnya seorang guard buat, saya membenci kawasan ini! Tapi, kebencian itu telah lama padam saat kita semua diberitakan akan berpindah ke main camp. Oh, saya sudah terlupa bagaimana berita itu disampaikan, tetapi, yang pasti, Mei '99 adalah bulan yang sangat mengujakan kerana bulan itulah kita menerima khabar gembira itu!

Kamu nampak tak - Kampus KUSZA? Dahulu perkataan KUSZA sangat megah berada di atas .. namun, yang tinggal kini ...?






Keterangan gambar dari Ustaz Shafiee - bandingan antara dua hostel - pattern lama dan baru. Saya dulu merasa banyak pattern asrama di KUSZA - bermula daripada blok panjang seperti concerntration camp, ke bilik 4 orang sebilik, kemudian bilik berdua yang sangat luas, hinggalah ke blok US yang sempit macam reban ayam. Pada saya, bilik hostel tetap bilik hostel .. tidak melambangkan apa-apa, cuma sekadar tempat merehatkan diri, walaupun saya pernah terlibat dengan gerakan tidak mahu berpindah ke US dari kompleks Asmak [siap pergi bergaduh dengan pegawai kat pentadbiran itu - benci!].

Dan, memang cantik hostel mereka sekarang .. tapi, cantik lagi UIA kita .. huhu..


Saya sebenarnya sudah terlupa blok kuliah yang mana kelas kita diadakan. Yang saya ingat, saya belajar kelas Arab dan English di bilik ber'air-cond' sebelum di tukar ke blok bilik biasa kerana budak KUSZA komplen apa istimewa budak UIA dapat bilik macam tu.

Kemudian, saya ingat saya belajar banyak kelas di blok yang sama dengan lab komputer KUSZA tu, blok yang dekat dengan kompleks Nusaybah dan blog yang menghadap ke asrama brothers. Tak tahulah, blok apa ...

Tapi bila tengok gambar ni, rasa macam pernah berada di situ. Deja vu lah pulak ... yang pasti, di mana pun kuliah berlangsung, saya sentiasa akan terbuai dengan angin laut China Selatan yang berpuput mesra itu ... namun, masih bercover .. tidak seperti Ipin dan Fuzah yang sering disapa Ustaz Wan Sulaiman, "amboiii .. awaiiii lena ..." hahahaha ...

Cuma sekali saja dipanggil oleh Bro. Yusof Salem yang mengajar Methods of Dakwah dan Intro to Law. Pertanyaan yang lembut, tapi menusuk kalbuku ...
"Sister, what happen to you? Don't you like my lecture? I notice you yawn several times and even fall asleep during the class. Is there anything I need to change so that you won't fall asleep again?"

Arghhhhhh ... malu! Malu! Mujur saya score semua paper dia! Sekarang brother Yusof sudah menjadi Dr. Yusof Saleem @ AIKOL. Ishhhhh ...!!



Saya tak berapa pasti dengan gambar yang pertama itu. Maka, tiada komen.

Gambar kedua itu mengingatkan saya kepada perayaan Thaipussam apabila melihat dekonya. Apahal gerbang macam tu? Saya tak ingat ada dewan makan Ummu Salamah, kerana rasanya, sesiapa yang tinggal di blok US tu, makannya di dewan makan Nusaybah. Dan, kalau cuti semester, makan di kompleks Atiyah. Paling tak best kena menapak makan di kompleks Abu Dzar. Bosan!

Gambar ketiga - silapnya saya tiada gambar dengan bas Jepun KUSZA tu. Sekarang semua pun dah pakai bas mata belalang ni. Tapi, bas Jepun itu memang selalu dekat di hati. Dinner pertama kita di Sutera Beach Resort, beramai-ramai kita naik bas tu bila tiba-tiba tercium bau wangi bunga melur dalam bas. X-Files betul. Tapi semua pakat diam saja. Dengan bas Jepun itulah juga kita ke program ke Bukit Bayas, Kg. Pulau Berangan, Sekayu, Lata Tembakah .. dan ke Balok. Banyak jasanya kepada kita. Hail bas Jepun!!


Ini adalah blok pentadbiran. Seingat saya, saya jarang ke sini kecuali di akhir-akhir semester kita di situ (apabila kita semua dah tak makan di dewan makan lagi), kerana di situ terdapat sebuah kafe. Berebut dengan staf KUSZA.

Paling tak suka dengan kakak cashier yang keterlaluan mengira harga makanan, serta kedekut. Mungkin juga saya tak puji-puji dia [bangan*g + dasar makan puji], makanan saya mahal [ini berdasarkan observation tau ... kawan-kawan yang ampu-ampu dia, harga kurang sedikit. Saya? Tak kuasa nak ampu-ampu].

Kek coklat kafe itu yang terbaik!

Dan, ada epik cinta berputik di sini juga.

Bila cinta didusta, hati mula gelisah, hilang kekasih hati, hidup jadi merana, insan yang diidam, kini dimilik orang, cinta yang diimpikan, putus di tengah jalan ...
…hahaha .. tu bait lagu, jangan kamu tak tahu!

Apa lagi yang ada di bangunan pentadbiran tu? Oh ya, saya ingat, kalau nak pos surat, di situ ada kaunter setem - dan saya pernah buat kerja bodoh - pos surat tanpa setem - tapi tak boleh nak ambil balik sebab dah masuk dalam post box. Tak kuasa nak buat macam Mr.Bean, surat itu entah ke mana perginya! Haih!



Ini bangunan pertama yang kita pergi sesampainya kita di situ.

Kamu pasti ingat lagi kan betapa horror nya kita apabila diberitahu kita mungkin akan menerima skroll kita di dewan ini?
Kita kemudian mengamuk habis, dan menjadi rebel (with cause), dan alhamdulillah, dewan ini hanya menjadi setakat dewan kuliah kita (dasat, student tak sampai 100, tapi guna dewan besar untuk kuliah FKM, kelas Timbalan Pengarah lah, katakan!), dan tempat kita mengadakan dinner.
Dan, saya rasa saya dah masuk ke setiap ruang di dewan itu. Bangga!! Hinsss .. hinss ...


Hmmm ... masih mahu menyimpan lara dan dendam?
Kesemua ini tidak mampu bercakap, namun mereka menyimpan sebahagian besar kenangan-kenangan masa lalu kita. Mereka juga menyaksikan suka duka kita di situ. Kita tak tahu siapa yang akan ditinggal atau meninggal dahulu - kita atau mereka. Suka atau tidak, mereka telah lama bersama kita untuk sekian saat dan ketika ...

Ohhh ...

55 comments:

Ayasu Kuro-Obi said...

Perkhhh... Dewan yg Ustaz Pie main badmninton tu x ambik ke?

..... Fisha, tunjukla UiTM Dungun pulak...saja2...

Pijat-Pijat said...

Taekwon- TRG:
Tu je gambar yang dia bagi ... ya lah, patutnya gambar gym tu penting tu ... ada cerita menarik di situ ...

Nak tgk hok UiTM Dungun, mu gi ke blog pensyarah tu le ... situ macam2 ada ...

shariza said...

Fisha:

Walawe. Tajuk entry hang ni jiwang giler. jgn marah haaa.

Well last sekali gi Ganu thn 2006, ikut my Hubby bw pekerja dia 2 bas tp we all stay lama sikit ler tak ikut diorang coz I shop till I drop. hehehe

For me, Eija byk belajar susah di Ganu n benda ni yg mematangkan diri. Teringat Arwah Prof Ahmad Ibrahim mengatakan cenggini la skripnya" I think Law student very fortunate by studying here because there's no Law Faculty in Malaysia near the seaside. You're the "SEASIDE LAWYER"." Betul ke? betulllllll. We are the Seaside Lawyers, pas tu kelas panjat bukit plak. Seronok kan. Mcm2 tempat kite belajar. Kalau org lain satu tempat tu je.

Tp yg bestnye jd budak IIUMT Taaruf week kat KL pas tu masuk ke KUSZA. merasa semua tempat kan.kan.

Paling best ptg2 naik basikal gi belakang airport dgn geng2ku makan kepok, sotong & ikan goreng tepung. hmmmm sedap.

Di celah2 kenangan pahit ada sedikit kemanisannya especially ngan program2 yg kite anjurkan di sana.(bg K.Lin yg sampai skrg refuse utk mengiyakan kenangan manis di KUSZA. opps)

ustazshafiee said...

oo.. nak yang ada sentimentel value ke? nanti ambe tolong snap... ada banyak lagi kawasan2 yang ada nilai2 persahabatan.. perpustakaan, bar tengah, kedai fotostat.. gerai burger.. bar hujung yang norazman md noh jadi tukang masak tu.. ala, banyak la lagi... jap-jap.. skrg ni sibuk buat literatur review.. minggu depan deh.. insyaAllah.. wassalam

p/s: fisha: cafe yang tempat berebut dengan staf tu dah bertukar menjadi bilik persidangan. kira dah tamat riwayat cafe tuh, dan diwaktu yang sama, dah habis riwayat cashier yang suka diampu tu.. :)

shariza said...

Pie:

Mcm nampak ada ATM kat situ. Untung ye. Dulu2 nak kluar duit kena pi tak Batu Enam, KT le jawabnye.

Zaidi Al-Kashafi said...

Mula-mula tu rasa bosan juga mengaji di KUSZA. Terasa seperti tinggal di dalam penjara terbuka. Lama-lama tu dah boleh acclimatize menyesuaikan diri. Petang-petang berjogging keliling kampus sampai beberapa kali round.

Belajar main gitar dengan Shahril dan jamming gitar kapok dengan Amin, sampai kini aku masih belum expert main gitar.

Isi masa lapang dengan bernasyid dan ketuk percussion. Tentu Ustaz Pie, Nakabu dan Man Noh ingat.

Ada banyak padang bola dan juga court takraw, court badminton, court tennis. Tapi aku tak pandai bersukan tennis.

Bila dah duk di rumah sewa di Gong Badak, pergi ke kelas bawa basikal mountain bike, parking di belakang Dewan besar tu.

Alin Ahmad said...

Ieja : well..wat to do. bukan refuse to admit...but really, for me yg sweet cuma kawan2 jer...our frenship...yg lain tak masuk dalam ingatanku...huhuhuhuhuhuhuhu.

Pijat-Pijat said...

Eija:
I remember u did write "SEASIDE LAWYER" on ur books. I tot tu refer kpd "LOYER BALIK PULAU" -- kind of merangsang dan memotivasi diri .. hehehehe ... ada cerita lain ropanya!

"I think Law student very fortunate by studying here because there's no Law Faculty in Malaysia near the seaside. You're the "SEASIDE LAWYER"."

Erm ... ayat2 cenggini bukan memang selalu kita dgr ke? Sesiapa je yg dtg tgk bdk2 UIA-KUSZA mesti nak ckp macam tu .. nak bg sedap hati supaya kita tak mengamuk sgt ...? Apapun, alFatihah untuk Prof.

"Tp yg bestnye jd budak IIUMT Taaruf week kat KL pas tu masuk ke KUSZA. merasa semua tempat kan.kan."

Betul. Betul. Betul....

"Paling best ptg2 naik basikal gi belakang airport dgn geng2ku makan kepok, sotong & ikan goreng tepung. hmmmm sedap."

Oh, kami x pernah naik gerek pi situ, drive je sokmo .. hehehe.

"Di celah2 kenangan pahit ada sedikit kemanisannya especially ngan program2 yg kite anjurkan di sana.(bg K.Lin yg sampai skrg refuse utk mengiyakan kenangan manis di KUSZA. opps)"

hahaha .. dah dia mmg x de yg manis utk dikenang, biar je la ... at least dia kenangkan kita ni kengkawan dia yg paling best to hang with ...

Pijat-Pijat said...

Ustaz Pie:
Mesti la nak yg ada sentimental value ... nama pon Sepanjang Jalan Kenangan.... Kalau mu student den, den dah lama bagi kosong tau ... tak ikut tajuk dia ni!

Tak pe, take your time ... no hurry ... stok kenanangan masih byk ....

Oh, dah tamat riwayat kafe dan wicked cashier tu ye? Sad, but I LIKEEEEEEE ... hahahaha :evil :evil

Well Pie, good luck with your LR ... buat pasal hape? Nak buat kat mana PhD tu? Cer kabo maghi ...

Pijat-Pijat said...

Kasyaf:
Yes .. those old good days ...

Pijat-Pijat said...

Alin:
Saya tujukan lagu YESTERDAY dendangan CAREN CARPENTER dengan pertanyaan, apa khabar mu di sana, kenapa sepi tanpa berita ...

hahahahahahaha ....

Alin Ahmad said...

All of u : Yupe...u all adalah antara perkara terbaik yg terjadi dalam hidup den...ikhlas ni..200% ikhlas dari hati ku...ahakssss

Fisha : Den sibuk giler ni....kj biasa jer..study den ni ha...tambah2 ada lak ada dpt cite yg tak best..tp tak pe, cite yg tak best tu cuma mengundang 0.5% jer dalam hidup den. apa2 pun hidup mesti diteruskan kan..kan...kan....

shariza said...

K. Lin:

Terharunye coz more than 100% ikhlas nih.

shariza said...

Fisha:

Yes. I wrote Seaside Lawyer kat semua buku as a motivation also la. Ish ada plak Loyar Balik Pulau. Bayan Lepas la. anyway pi mai pi mai tang tu jg coz dilahirkan di Balik Pulau.

Anonymous said...

Aku kalau singgah je terengganu mesti lalu kut kusza tu. Cuma kalau singgah kat tapak pasar malam sebelah perumahan gong badak dekat rumah geng buhairi tu, ada la satu kedai makan yang nujaimi keje sekejap tu.

Pernah dua kali makcik kedai makan tu sapa aku dalam 3 ke 4 tahun lepas masa aku pegi makan tengahari kalau tak silap kat kedai dia. Dia asyik tanya nujaimi je...Agaknya nujaimi pun takde kontek dia skrg kut....

Apa-apa pun, dah nampak sedikit perbezaaan luar kawasan kusza tu. kedai ngan rumah area situ pun dah semakin banyak

Kalau pikir-pikir balik, bagus juga duk kusza hari tu. Memang banyak advantage la aku rasa walaupun masa awal-awal dulu semuanya macam tak best....

musyaini said...

The only thing i regretted most... not suing the IIUM authority back then... Now dah time-barred. Kalu tak, tau la puak2 tu. Tapi tak pa, anwar dah masuk jail... kifarat la tu.

Alin Ahmad said...

Musyai : aku suka la ayat penyata ko tu..huhuhuhuhuu

Unknown said...

Alin: well..wat to do. bukan refuse to admit...but really, for me yg sweet cuma kawan2 jer...our frenship...yg lain tak masuk dalam ingatanku...huhuhuhuhuhuhuhu.

Totally agree K Lin, nothing to be proud of being in an unwanted situation like we experience way back in T'ganu! Nak cer kat org study kat mane pon org confuse with our title...fuhhh terrified nitemare eva!!
But the very thg to cherish will always be our special frenship bonding!! Ahakss

Rozaimi Bin Mohd Said said...

memang dah nasib ku...sekolah dulu pun serba kekurangan...asrama aku sebesar balai raya kampung aje...in fact rupa bentuk bangunan asrama sebijik balai raya...tandas tak de...nak buang air kena pi masjid...jaraknya lebih kurang 100 meter dari asrama...masa tu kalau perut dah tak tahan, memang selalu kitorang buat rekod 100 meter...nak ke sekolah kena jalan kaki dalam 10 minit...first time buat experimen sains masa form 5, itu le first time dapat guna penunu bunsen...sebelum tu tengok dalam buku teks aje...penunu bunsen pun tak cukup...kalau tak silapnya ada 2 or 3 aje...kena share 1 kelas...form 4 kena duduk rumah sewa sebab asrama dah penuh (bukan asrama penuh ye)...mandi air perigi sebab tak de air paip...tandas memang out...sekolah tak de padang...main bola kat padang orang kampung yang penuh dengan pokok kelapa...banyak halangan untuk jaringkan gol...masa aku masuk asrama tahun 1989 dulu, ada 7 aje katil double decker, student ada lebih kurang 40 orang...apa cer? macam mana nak tido ni? rasa menyesal pun ada masa tu aku pi terima tawaran sekolah aku tu...sudahnya, budak2 baru dapat katil...yang lain2 tu tido kat atas lantai beralaskan tilam setebal beberapa cm...jangan ingat yang kat atas katil tu dapat tilam empuk...ketebalan tilam sama aje, yang membezakan ialah kurang sejuk aje sebab katil aku beralaskan papan...suka tak suka, dekat 6 tahun lebih aku kat sekolah tu...cikgu2 pun satu hal jugak...kekadang tu aku pun meragui kepandaian cikgu aku masa mengajar (bukan semualah, ada segelintir aje)...pernah sekali masa form 1 aku tanya cikgu aku masalah matematik, dia kata kat aku "awak tengoklah jawapan kat belakang tu"...aku tahu dia pun tak tahu macam mana nak selesaikan masalah tu...hehehe

so, bila dapat pi uia (i mean kusza la) dapat 1 bilik 2 orang, kelas ada yang beraircond...first time masuk the real library...syukur gila beb walaupun aku lebih mengharapkan dapat study kat lembah pantai...tapi itu semua dah jadi kenangan terindah...masa melaluinya memang tak best tapi la ni boleh dijadikan bahan ketawa...kah...kah...kah...

p/s korang jangan tanya alin pasal keadaan asrama aku tu sebab budak pompuan diberi layanan first class kat sekolah aku tu...first class tu maknanya baik sikit aje dari budak lelaki yang dapat layan 3rd class...there was no 2nd class

Alin Ahmad said...

Caypet : laaa yea ke... aku ingat aku jer yg ada perasaan macam tu...rupanyer ko lbh teruk ekk...

First class? huahuahuahuahua..dengan kakak senior yg tah apa2 tah...tensen gila babas aku kat sek dulu. tu yg aku kamekaze tak g form 6 utk amik STA sblm result SPM keluar.d only person yg tak masuk form 6.sampai kena perli ngan cikgu2 yg kononnnyer aku perasan pandai n confirm dapat masuk U... dalam hati aku kata memang pun..hahahhahahahaha

Bila kat UIA plak, kita kata dr IIUMT, diaorg bole kata "ooooo student yg rejected tu ekk" makan ati beb dgr statement tu..

Shana : Tu la kan.... yg menjadikan kita lbh cemerlang adalah diri kita sendiri...bukan org lain..bkn cikgu kita..n bukan situasi... DIRI KITA SENDIRI....

Tu yg buat aku menyampah kat sekolah n Kusza tu...huhuhuhuh

Rozaimi Bin Mohd Said said...

dan untuk pengetahuan semua, si alin ni punya perasaan kat sekolah aku tu samalah jugak dengan perasaan dia kat kusza..itu pasal aku kata dia ni kau psycho macam mana pun tak leh nak buat apa dah...buruk2 sekolah aku pun, kau bangga aku produk sekolah tu...hahaha

Alin Ahmad said...

Caypet : well....its me...alin ahmad..huhuhuhuhu

aku lak bangga ngan usaha aku sendiri..bukan sekolah.sebab bg aku walau sekolah buruk tp if pengisiannyer hebat..student sure bole cemerlang.....huahuahuahua

shariza said...

Kepet & K. Lin:

Laaa. Cenggitu ke sekolah korang? Ish.ish. Sedihnya. Ingatkan kat Kusza la tempat paling teruk rupanya ada tempat teruk lagi. Anyway tahniah utk Kepet & K.Lin. Look who are now berkat kesabaran & kesungguhan korang.Bravo.Bravo.

shariza said...

Pembetulan tertinggal lak word you tu: Look who are you now.

Anonymous said...

Salam semua...
Kengkawan...ni nak story sikit ek...Ada sorang tu (a friend of mine, dpt keputusan yg sgt2 cemerlang (SPM)tp tak dpt masuk U/kolej/any higher institution.. dan makanya masuklah dia Form 6 dgn rasa sebal/sedih yg sesangat...dan sebetulnya, ramai yg bernasib sedemikian...

So, ayuhla kita sama2 jadi org yg bersyukur atas apa jua pemberian dan ketentuan-Nya...sama ada kita suka atau tak suka...byk sgt ngungkit takut jadi tak redha..

Baik atau buruk tu kan ujian Allah...sbb Allah syg kita semua...yg pernah susah supaya dapat rasa senang, yg pernah senang supaya dapat rasa susah...

Maaf la ya kengkawan.....kenangan, kenangan gak....bila byk sgt cakap, byk tersasul...tergelincir lidah...

Kamu bukan yg hari ini kalau kamu tidak lalui yg semalam...

Adios....luv u all...

Anonymous said...

Suri:

Hmmm ... dulu kalau drive, mmg den lalu depan KUSZA tu, tp now I prefer jln sg-tong .. senang aku nak pecut ... muahahaha ...

Sebenarnya tingin gak nak gi pasar malam selasa kat bazar tu. n hari khamis kat pok tuyu tu .. tapi apa cer pi pasar malam sorang-sorang .... kena cari geng br syiok...

teringat2 kuih 4 segi makcik nasik kerabu yg gelang dia sampai siku tuh ...

Anonymous said...

Musyai:

Kan ... memang patut sue UIA tu ... hancurkan macam2 perkara yg patut kita dapat!

Sampai sekarang aku menyalahkan UIA sbb aku tak dapat major dalam COmparative Religion. Kalau tak, mungkin aku dah jadi cam Ahmad Deedat tu ...

wah gituuu ... ahmad deedat!

Anonymous said...

Shana + Alin:

Cerita jer yg betul ... buat apa nak kompius2 kan diri ...

Katakanlah yang benar, walau ia pahit!

haih!

Anonymous said...

Kepet:

Siyes sedih cerita sekolah kau tu! Aku kira kisah itu hanya terjadi di selatan negara Kenya atau di hulu Afrika ... rupanya terjadi juga di Melaka! Ish ... ish ... I'm so sorry u suffer a lot my fren ...

Ya, kesusahan banyak mengajar kita. Jangan kata kita faham perasaan orang susah, kalau kita tak pernah susah.

Untuk Kepet - aku masih bersedih dengan cerita kau sampai berdengung telinga!

Rozaimi Bin Mohd Said said...

Fisha, terima kasih kerana bersimpati...hehehe...apa-apapun aku tahu itulah tempatnya yang mengajar aku hidup susah...dan ia amat berguna sekarang ini...dan aku setuju dengan si anon tu...cuma...kalaulah dapat si anon tu gunakan nama sendiri kan bagus

Anonymous said...

Alin:

Mengikut pemerhatian ku, kau ini seorang yg tergolong dalam individualism perspective ... bukan aku kata ... tp, byk ayat2 cinta mu menunjukkan ke arah itu.

Tapi, tak pe, ia bukanlah sesuatu yang boleh membawa maut ... hehehe.

Ya, apa pun pengisian yang paling perlu ... sekolah bagus tahap dewa pun, kalau student setan pun tabik, tak de maknanya ...

Kiranya kau boleh berbangga dengan dirimu sendiri.

Get yourself the designer bag ASAP!

Anonymous said...

Cik Nony @ February 12, 2009 12:02 PM:

Bukan mengaduh, bukan mengungkit .. sekadar bercerita kenangan lalu.

Bukan mengeji, bukan membenci, sekadar menghantar perasaan balik mengenal diri.

Kerana kenangan, manusia akan menentukan sama ada dia mahu teruskan hidup atau tidak ...

Namun, paling baik ... jadikan kenangan sebagai pengajaran. Tak lebih daripada itu.

P/s: Saya bersetuju dengan YDPA Kepet .. silalah nyatakan nama sebenar anda supaya dapat dirapatkan kembali ukhuwah yang terbina atas kenangan ini. Itupun, kalau sudi ...

Rozaimi Bin Mohd Said said...

cik noni rupanya...bagi cik noni mesti semuanya terindah kat kusza sebab dapat kenal dengan en. nakabu...hehehe

Anonymous said...

Kepet:

Bukan .. bukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaannn ... bukan Nony Kabu tuh ...!!

Nony tu kependekan aNONYmous ... nonie takde kene mengena dalam ini cerita.

Untuk Nonie, kesulitan amat dikesali!

Rozaimi Bin Mohd Said said...

cakaplah "anon" yang kau tulis noni tu kenapa? mintak ampun noni and kabu!!!

Alin Ahmad said...

Ieja :
Tq dear...Tq to Allah too atas segala RahmatNya

Cik Anon : Betul...betul...betul(ikut stle Upin & Ipin tau..heheheheh) den ni bukan nak ketepikan Kebesaran Tuhan..kan Tuhan ada sebut 31 kali kat Surah Ar Rahman.... Kebesaran Tuhan yg manakah hendak kita dustakan...Nauzubillah.

Fisha :
tu sebab den ni kalau buat sesuatu yg berkaitan dgn idup den, selalu ikut kata hati den..bukan ikut kata hati org lain..sebab den sgt percaya sesuatu yg baik kat org lain tak tentunya baik bagi den..n sebaliknyer...kan..kan..kan..

Yupe...blm sempat nak g carik designer bag yg ku idam2kan...huhuhuhuhu

Tq Dear..nak kena carik ni apa tu individualism perspective...ahakssss

Alin Ahmad said...

caypet : Huahuahuahuahua

Rozaimi Bin Mohd Said said...

designer handbag? alin, aku rasa bandung dan menggamit kau dah tu...pergi ajelah atau kau nak aku aje yang designkan?

Alin Ahmad said...

caypet : aku nak reward diri aku dgn designer bag..tp aku nak yg original...alaa...sesekali reward besar-besaran kat diri sendiri tak pe kan...tu pun setelah bekerja kuat..ahaksss

Anonymous said...

Dengar tu Pet ...

Memain reward diri dengan designer handbag?

Aku paling2 pun, pi makan nasik ayam je ...

Oh, kawan sekolah mu itu sangat kaya!

Tak tertanding diriku .. huhu

musyaini said...

Dahsatnya skolah hang pet! Awat hg tak penah story pon... Kalu sariel tau ni mmg sayur la hang.. wah wah wah... patut la hg dapat dok asrama kusza macam dapat dok hotel 5 bintang... huhuhuhu

Anyway the sweetest moment was bila kita boo org2 kuat UIA kat muktafi tu... kesian prof ahmad, dia pon kena sekali... nasib la sapa suruh subahat...

Sib baik aku dapat 'souvenir' dr teganu... hu huh hu tu pon kat gombak baru dapat...

Rozaimi Bin Mohd Said said...

aku pun dapat souvenir aku kat gombak jugak...huah huah huah

memang best dapat boo rektor tu...antara kenangan terindah...kira macam ada immunity pulak masa tu, kalau budak2 pj/gombak buat macam tu, sure kena tindakan disiplin...

alin, kau belanja aku lagi baik dari beli designer bag tu...nanti aku designkan

Rozaimi Bin Mohd Said said...

musyai...ada beberapa sebab aku tak ceritakan perihal sekolah aku dulu...tapi dipendekkan cerita yang panjang, aku rasa rendah diri siot bila masing2 cerita pasal sekolah masing2...sekolah kita tak sekufu'...kah kah kah

Pijat-Pijat said...

Musyai + Kepet:

"Innallah ha ma'a sobirin ...."

Tengok ... baik punya piala korang dapat ...

Eh, bila masa kejadian boo rektor tu? Macam tak tersimpan di ingatan ini ...

Yang aku ingat, Dr Wan Shamsudin (arwah) TP HEP KUSZA (kalau tak salah) tempelak kata kita berlagak bila kita byk soal jawab pada hari kita first jumpa BOD KUSZA tu ...

Rozaimi Bin Mohd Said said...

alaa kau ni fisha...mesti masa tu kau tengah tido kat bilik...masa tu rektor ngan kuncu2nya datang kusza...konon2 macam nak pegi tengok site baru kita la...lepas tu ada sesi jumpa student iiumt kat dewan muktafi...dah lain orang tanya lain dia jawab, tak ke memang patut kena boo

Alin Ahmad said...

Fisha : alaaa Fishaaa...mu lagi kayos dr diriku..cuma mu "tak get well jer w handbag"...mcm diriku "handbag n diriku bagai isi ngan kuku" hahahahhahhahahha

caypet : tu pun sbb aku dapat bonus yg agak lumayan thn ni..if tak, tak merasa gak, cuma merasa designer bag yg 50%-70% diskaun..alaaa..yg dah tak up to date tuuu..huhuhuhuhuhu

Alin Ahmad said...

Caypet & Musyai : tu arrrr kan caypet..rendah diri tu beb...nasib baik caypet citer lps kita dah grad kan pet..kan..kan...kan...hehehhehhehe

Rozaimi Bin Mohd Said said...

aku tak suka tengok bas merah dalam gambar tu...aku lebih suka tengok bas jepun...masa pergi kl untuk sukan iptim (institut pengajian tinggi islam malaysia) kat uia lembah pantai masa 1st year matric dulu, pegi dengan bas jopun tu ha, sampai kl, memang jadi tumpuan lah...lebih2 lagi bila bas tu park kat uia bersebelahan dengan bas2 lain...memang terserlah kelainannya

Anonymous said...

Kepet,
Bas merah tu mcm SANI EXPRESS plak aku tengok...aku setuju, bas jepun gak pilihan utama...

Pet, penat lah aku dok menaip nama aku NONIE...takkan lah aku nak menyamar2 plak..tapi takpe,aku tak marah nyer atas kesalahfahaman ko tuh..

Fisha, t.q so much....

Anonymous said...

Kepet:
".. masa pergi kl untuk sukan iptim (institut pengajian tinggi islam malaysia) kat uia lembah pantai masa 1st year matric dulu, pegi dengan bas jopun tu ha, sampai kl, memang jadi tumpuan lah...lebih2 lagi bila bas tu park kat uia bersebelahan dengan bas2 lain...memang terserlah kelainannya"

Ko masuk sukan apa? Aku gi gak .. tp x ingat la naik bas apa ... tp yg terasa ...bila ada org tanya, korang wakil KUSZA yek?

Rasa cam nak terajang je ..

Oh, ya ... aku musti mau buat entri itu nanti ...

Rozaimi Bin Mohd Said said...

aku main sepak takraw...and yes aku wakil kusza...huah!!!...ingat lagi bergaya mengenakan track suit adidas kaler biru dan hitam...pergh!!! nasib baik kat belakang wind breaker tu tak tulis kusza

Ayasu Kuro-Obi said...

gong weh...

Rozaimi Bin Mohd Said said...

gong apa? gong badak? hehehe

m shahril said...

cerita sekolah ko mmg sadis pet...sadis...sadisss...tp betul kata musyai...kalau ko cerita time kite kat sana dulu...mmg sayur...x sempat tumbuh sayur tuu...patutla bile kita tgk cd ko ckp...biarlaaa

Rozaimi Bin Mohd Said said...

kah kah kah...hampeh kau