Monday, August 18, 2008

Ustaz yang cool


Ingat lagi tak kamu kepada Ustaz ni?

Ustaz Wan Sulaiman – atau yang selalu kita rujuk sebagai Ustaz Wan Su sahaja?

Ok, let me refresh your memory of him.

Ustaz ni merupakan Ustaz Bahasa Arab sewaktu kita matric dahulu. Lebih tepat lagi, ustaz Bahasa Arab bagi level 1, 3 dan 6. Ustaz yang hanya seorang sahaja Melayu Terengganu di kalangan ustaz-ustaz warga asing yang lain.

Yang menarik mengenai ustaz ini ialah, sewaktu kelas, kita bukan sahaja dapat belajar Bahasa Arab, kita juga dapat belajar kebudayaan setempat dan dunia!

Ingat cerita “beranak, beranak, beranaaak”? Ayue paling pandai mengajuknya.

Cerita cara nak menyapu bedak di muka?

Cerita bagaimana orang Kuala Berang bercakap? Sampai tak faham dibuatnya.

Tapi, paling saya tidak boleh lupa, bila kumpulan Kak Jo dan kakak kelantan yang lain mahukan pertolongannya untuk mengedit assignment mereka, beliau menjawab:
“Emm, saya ni sibuk dengan urusan perdagangan. Tapi, kalau cepat, boleh lah.”

Kita semua bantai ketawa berdekah-dekah dengan “urusan perdagangan” dia. Perdagangan sangatlah …

Tapi, dia ustaz yang sangat cool.

Apa khabar ustaz sekarang ya?

6 comments:

Anonymous said...

Ayue:

sampai sekarang aku masih mampu mengajuk "beraaanak" tu tau..aku and norina paling suka mengajuk!!

macam2 lagi....rasanya banyak jugak la kenangan kelakar dgn ustaz wan ni...

Anonymous said...

Last sekali saya jumpa ustaz wan ni masa saya masih keje ngan Jusco (tak silap tahun 2003)...masa tuh dia tinggal kat Bandar Utama...Time tu dia ngaja kat Matrik UIA..

Anonymous said...

Awal tahun ni sy ada terserempak dengan ustaz fatah kat KLIA. Dia dah pencen dan tengah plan nak pergi Australia sbb dapat offer jadi imam masjid. Ustaz kata dia nak pergi pun sbb tujuan dakwah bukan saje-saje nak pergi.

Sy memang respek Ustaz ni.

Anonymous said...

Suri, ustaz Fatah Zakaria yg ajar kita Harakah Haddamah tu ke?

Anonymous said...

alamak..lupa lak nama subjek tu. Tapi rasanya Ustaz tu la

Anonymous said...

Ustaz fatah ni aku ingat lagi..tinggi dan lembut orangnye...lepasan Madinah kalau tak silap...