Saturday, August 30, 2008

The Forgotten Chapter

Tadi, semasa browse internet untuk google pasal UIA-KUSZA, terjumpalah dengan keratan akhbar ni:

IIU students anxious over degree
Tuesday, December 30, 1997 (The Star)
PETALING JAYA: Students of the International Islamic University (IIU) who have completed a matriculation programme at the Sultan Zainal Abidin Religious College (KUSZA) in Terengganu do not know where they will do their degrees.
A student, who wished to remain anonymous, said they were informed only last month that they might have to complete their degrees at the KUSZA campus in Terengganu and not at the IIU campus in Gombak as planned.
" KUSZA will be made a university college soon and they want us to become the pioneer batch of students.

"When we enrolled, we did so as students of IIU and not KUSZA. I don't think it is fair that we have to complete our degree here," she added.

She said that the students, who number almost 400, had sent several protest memorandums to the senates of both institutions as well as to Education Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and IIU president Datuk Seri Anwar Ibrahim…

Rasa macam pernah baca artikel ni, namun tak ingat pula apa reaksi saya. Kamu? Ingat macam mana reaksi kamu? Tapi, yang saya ingat, kita semua memaki hamun Dr. Torla itu.

Macam-macam kita kata kat dia, dan kita memang mengancam dia. Tapi, satu yang saya salute mengenai Dr. Torla itu, dia tetap tenang menghadapi kita yang serupa singa kelaparan ini.

Kita dan Dr. Torla itu ..

Kata artikel itu lagi …
The matriculation programme, part of a twinning programme for a degree in either Law or Islamic Revealed Knowledge, was forged between the two institutions in 1995.

Haa .. kita la tu …
According to the agreement, IIU would provide the academic as well as support staff needed while Kusza would provide the space and accommodation.
Sapa yang memandai buat agreement bodoh ni?
A parent, who did not want to be identified, described the situation as "not right."
"We do not know what is happening. The students have just completed the matriculation programme but have no idea where they will go from here.

"Also, neither students nor their parents have been briefed on what is happening . . . we do not even know if the degree will be from the IIU or not," she said.
Yes .. .obviously.

Dean for the IIU-Kusza programme Dr Torla Hassan said the IIU senate would decide on its course of action soon.

"There is no reason for panic or worry. The senate will make a decision within a month and all students and parents will be duly informed," he said.

Is there such thing? Sepanjang-panjang kat situ, tak pernah terdengar pun benda ni …

Dr Torla explained that although the students might be required to remain at KUSZA, they would still be students of IIU.

"The students have misunderstood the situation. Whether KUSZA becomes a university or not, they will remain students of IIU.

Inilah ayat Dr. Torla yang membuatkan kita bengang sangat. Memanglah kita jadi student UIA, tapi kita mahu jadi the real UIA student, bukan yang tempered with KUSZA. Kita mahu menikmati segala kehidupan yang menjadi impian kita sekian lama di taman ilmu dan budi itu. Merasa sendiri pahit manis di kampus universiti. The real university!

Balik-balik kita yang misunderstood. Siapa sebenarnya yang misunderstood?
"They are taught by IIU academics and follow closely the IIU syllabus," he said, adding that the venue might change but the degrees remained the same.

Alhamdulillah, benda ini tak jadi. Walaupun terlepas banyak peluang, kerana hanya ke main campus pada final year, kita tetap bahagia. Benda dah jadi, nak menyesalpun jadi no point. Dan, yang paling sedih, KUSZA hari ini hanyalah sejarah, dan kita inipun sebahagian arkib kerana UIA-KUSZA dah lama terkorban.



Menatap majalah REACH, isu ke 12, yang kebetulan bersamaan merayakan 25 tahun penubuhan UIA, hati dipagut sayu kerana UIA-KUSZA tidak langsung dikenang. Tiada nama, tiada cerita, tiada sesiapa yang ingat. Dan, paling malang, ramai yang tidak tahu. Betapa kita ini menjadi the Forgotten Chapter. Apa lagi yang tinggal, kalau sudah tidak menjadi ingatan.



Saya terfikir mahu menulis sesuatu mengenai cerita kita dalam isu REACH akan datang ... namun masih berkira-kira cara penulisan yang bagaimana yang boleh saya tulis supaya kenangan kewujudan chapter kita masih menjadi sesuatu yang relevan.

Kamu? Ada idea?

58 comments:

AinRidz said...

Slm, Fisha, memang pun x ramai yg tahu d existence of such a programme...memang menyakitkan hati... kalau2 diingatkan time tu, so tak best and d way we tried hard to maintain siapa kita... apapun if hang nak menulis kepada Reach, dialu2kan...tp den maleh nak mengenangkan lagi cerita di sana tu... sungguh banyak tak best dari best...bukan tak mengenang budilah jasa all d lecturers cz memang sampai mati tak lupa, cuma kisah yang lain di sana yang tak best nak diingatkan... in fact kalau sebut UIA KUSZA dulu paling menyirap darah tp kita still boleh tahan sabar kalau cakap UIA Terengganu... itu yang dah tak suka nak ingatkan cerita di sana :( huhu...

Pijat-Pijat said...

Sue:

:p

.. dan nampaknya hanya kita berdua je la kat sini ... mana la pi budak2 lain nih .. tak jumpa ke blog anggun ni .. heheheh!

Anonymous said...

Ayue:


mmg takde sapa pun tau...and penah dgr such programme..iium-kusza...

Rozaimi Bin Mohd Said said...

uia-kusza- what a programme??? aku ingat masa nak register untuk degree kat gombak, komiti tu tanya aku mana offer letter, aku bagi lah telegram yang aku dapat...dah satu hal pulak dia nak sahkan kesahihan telegram tu...aku memang bengang giler masa tu, marah jugaklah aku kat diorang tu...tapi nak salahkan diorang aje, tak boleh jugak sebab yang mangkuk bin hayunnya ialah officer2nya...and aku tak surprise kalau orang lain tak tau, buat2 tak tau atau dah terlupa pasal uia-kusza ni...jangan katakan student, aku rasa kalau kau pergi tanya kat admin uia yang sekarang ni pasal uia kusza, mampus diorang tak tau...but in one sense we are unique

Pijat-Pijat said...

Caypet:

Yes, we are unique ... (or, is it the other way to say what a bunch of unlucky people?)

Sakit bila kenangkan .. tapi, kenangan dia akan indah sampai bila-bila.

Biarlah orang tak ingat ... asal kita tau apa yang berlaku ...

Alah ... rahsia besar2 cenggini, orang2 yg best2 cam kita ni je yang akan mengalaminya!

buhairi said...

..dan paling aku tak leh lupa bila cik muda (warden asrama blok Umar) kata : "Nanti korang tau la mana lagi bagus Law kusza atauy UIA" terpukul rasanye walaupun aku budak IRK..

Pijat-Pijat said...

Ya, sebut pasal cik muda ni .. teringat waktu aku tengah study untuk final thn 97 (ingat sgt sbb balik dr study, kecoh kes anwar kena saced down) kat blok kuliah sorang2. Tiba2 Kabu datang singgah sembang. Cik muda tu kononnya tengah round blok2 ... nampak kami dua. Tak tanya, tak apa, terus sergah aku dengan Kabu. Hangin sungguh aku ...

Tak lama pastu dengar citer dia kena tgkap khalwat dgn kak dah (warden asrama perempuan) .. tak tau le citer betul atau gosip ... tp aku paling gembira waktu tu...

Karma .. ahahahahaa

Rozaimi Bin Mohd Said said...

oh!!! kiranya kau pernah ada skandal dengan kabu le ni??? isk isk isk

Pijat-Pijat said...

oi, tak de maknanya aku skandeletetets dgn Kabu tu ... Ntah la si Kabu tu hapa mimpi nak g sembang dgn aku hari tu ... Selalu2 tu takde nya nak kata apa ...

Aku bet Kabu pun takde memori pasal benda ni ...

Rozaimi Bin Mohd Said said...

ye la, pasal dia dah ada si noni...hehehe...best jugak gossip menggossip ni...dah lama tak buat kerja2 macam ni

buhairi said...

hahaha Kepet..

Bila sembang pasal kabu ni..tingat aku kat member lama si Huzairi, ala yang bagus main badminton masa kat kusza dulu...tapi rasanya dia belajar half way je kat kusza tu...

Pijat-Pijat said...

Kepet:
Ye, sbb tu le aku tanak ada skandal. I bukan perampas tau. I faham perasaan perempuan lain, dan I x sanggup nak lukakan perasaan kawan baik I .. auwwww!! Ehehehe

Buhairi:
Ya, itu sebabnya aku kenal Huzairi tu. Dah la kami 2 saja org perlis. Dia ngaji x habis, tinggal aku sengsorang hingga ke akhirnya ... huhu ...

Korang tahu ke aku dan huzairi tu satu sekolah rendah dulu? Hmmm ..

Oh ya, Jah dah lama kawen ... masa 2005 tu anak dia dah dua .. sekarang ni dah 3-4 org kot ...

Rozaimi Bin Mohd Said said...

Si huzairi tu memang power main badminton and ada few times jugak dia buat badminton tournament…and of course dia yang menang…aku yang tahu confirm kalah ni pulak asyik nak join the tournament…buat cukup korum aje…ada sekali tu aku lawan badminton dengan dia, aku team up dengan md din (zaharudin) and huzairi team up dengan ipin…kau bayangkan, ipin tu??? Aku ngan md din ala-ala confident la boleh menang, strategi kitorang masa tu is bagi shuttle kat ipin aje…hehehe…sudahnya kitorang kena belasah cukup dek huzairi sebabnya ipin jadi tukang serve aje, selebihnya huzairi yang uruskan

Rozaimi Bin Mohd Said said...

ala fisha, perlis tu besar mana pun? silap2 semua orang satu sekolah...kuang kuang kuang

Pijat-Pijat said...

Cis, durjana sungguh pernyataan itu Kepet!

Ya, kami semua senegeri bersaudara. Negeri kamu begitu?

Dan, apa rasa berdatukkan Shah Rukh Khan? Pasti kamu bangga, kan? Wooops! Heheheh

Rozaimi Bin Mohd Said said...

dinegeri kami, kami juga bersaudara dengan org di bollywood...dunia tanpa sempadan...itu sebab adanya datuk shah rukh khan...hahahaha

surizalman said...

Masa kat kusza dulu, kononnya aku kena pilih jadi DTP (dewan tertinggi pelajar), wakil plajar uia la kononnya.
Pas tu aku ingat lagi angkara arwah abg hamid tokei kafe tu yang kononnya buat kabinet bayangan (tapi aku dah maafkan abg hamid ni sbb dia dah meninggal, aku tak nak dia bawa dosa tu ke dalam kubur), aku kena torture lebih kurang 30 org student kusza diketuai oleh si A (aku tak leh dedahkan nama sebenar tapi dia budak best student kusza yang bermasaalah dan tak silap aku dia ni presiden biro siswazah muda masa tu) lepas aku habih kelas ustaz mat kat blok G.
Geram betul aku masa tu, kalau la si A tu bertemu aku sorang je, mahunya aku bantai mamat tu...Kononnya dia tuduh aku ni betrayer la. Tapi selepas dia buat kes dan kena gantung(aku tak nak sebut kes apa tapi aku rasa geng-geng blok abu bakar tahu cerita ni), baru la mamat tu menyesal tak sudah. Nasib baik la aku ni jenis tak simpan dendam, lepas tu dia baru nampak rendah diri dan tegur aku. Aku jawab la.

Mungkin ramai yang tak tahu cerita ni, cuma ada la bbrp org kawan je yg duk kat blok ali aku ceritakan.

Walaubagaimanpun, kesimpulan yang aku buat, dia orang ni idealisma je tinggi tapi hampeh........

Pijat-Pijat said...

Suri:

Ye ... aku ingat, mu dgn aishah atan jd wakil UIA-KUSZA utk jadi DTP ... dan, setelah Aishah jd ahli DTP, dia cam tak geng sgt dgn sisters UIA ni .. at the end, lebih KUSZA dari budak KUSZA sendiri. Tapi, aku ok je dgn dia ...

Suri, kata x nak citer, tapi bagi description penuh ... cemana tuh? Citer je la ... jgn disimpan. Kenangan kan ...

surizalman said...

Sebenarnya lepas habis bertanding DTP tu, ada dua group (to be specific sokong UMNO ngan PAS la)cuba dapatkan undi dari wakil UIA. Yang sokong UMNO tu Biro Siswazah Muda dan yang sokong PAS tu lupa lak nama dia. Sy ni free la, tak de la nak sokong mana-mana parti pulak.
So selepas hari kemenangan tu, geng BSM panggil la meeting diketuai oleh abg hamid, so dalam mesyuarat tu dia orang decide post kat DTP (sape jadi presiden, timb. presiden dsb yang sy rasa mmg diaorang punya pilihan langsung tak masuk dek akal) pas tu geng yang sokong PAS pulak panggil meeting, buat benda yang sama. Pening rasanya sy masa tu.

So semasa sesi syura untuk pilih portfolio pada keesokan harinya, kononnya sy dah menyalahi apa yang BSM dah setuju, dan geng-geng ni mula curiga samaada sy orang parti lawan la.

So, petang syura tu sy kena panggil kat bilik DTP dalam pukul 2ptg kemudian pukul 4.30 ptg diaorang panggil lagi. Last sekali peristiwa hitam saya kena torture mental tu berlaku dalam pukul 10 malam. Diaorang marah kat saya, diketuai oleh abg hamid dan si A tu, tapi lupa lak nama geng-geng dia yang lain, tapi kalau tak silap ada sorang kakak kat DTP memang tip-top la dia masa tu kat KUSZA.

Rozaimi Bin Mohd Said said...

suri, lawak giler la citer mu ni...ada ke abg hamid (arwah) si tokey cafe tu yang tak de kena mengena dalam pentadbiran kusza boleh mainkan peranan dalam DTP...lawak siot!!!

surizalman said...

abg hamid aim dia bisnes. So kalau BSM menang, semua kafe kat kusza tu dia boleh conquer dengan sokongan BSM

Rozaimi Bin Mohd Said said...

dahsyat giler politik kat kusza...so, abg hamid ni kiranya "the unseen hand"lah

Pijat-Pijat said...

Waa ... dah ada dah ye masa tu politik style gitu? Kiranya dah ada precedent ... patutla politik kita la ni pun cenggitu ... canggih la suri ... berpengalaman dah nampaknya ...

Kakak tip-top nama dia Sajulia ke? Dia tu satu sekolah sama saya waktu dia form 1-3 .... dia tua 2 tahun dr saya ... orang kedah ... dulu jumpa dia keje dgn Deris Jusoh .. la ni tak tau le ...

surizalman said...

Ye la pet, abg hamid ni kira macam tu le....

Sajulia la nama dia, baru teringat. Tapi dia ni takde nampak nak menekan kita cuma bagi nasihat je . Tapi geng-geng dia mmg nampak lebih sudu dari kuah. Nak kata berpengalaman sgt tu takdela... Just nak share story ngan kawan2 je.

Walaupun sy benci geng-geng kusza tu, tapi wife sy pun org kusza gak...hihihihi

Rozaimi Bin Mohd Said said...

itu pasal kalau benci, jangan benci terus nanti tersangkut...kan dah sangkut tu suri...macam aku, aku tak benci giler budak kusza, so, wife aku bukan budak kusza...aku "benci" budak uia and wife aku budak uia...hahahaha

Pijat-Pijat said...

Kepet:
Falsafah la tu? hmmmm .. agaknya aku suka sgt kot kat bebudak kusza + uia ... tu sebab satu pun tak sangkut .. hehehe

buhairi said...

aku pon benci budak Uia..itu sebab wife aku UIA..huhu

shariza said...

Suri, Kepet & Buhairi, padan muka hangpa. Tu la Benci & Sangkut. Walaupun mmg sakit hati ngan segelintir bebudak KUSZA dan UIA tp tak dela sampai benci diorang. Agaknya tu kot kawin ngan org luar.Takde kena mengna langsung dengan UIA atau KUSZA.hehehe

surizalman said...

to eija:

nak buat macammana, bak kata org tu rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari
Apa-apa pun, dah ditakdirkan..... hehehehe

shariza said...

Anyway Kengkawan, walaupun mmg rasa "sakit" belajar kat KUSZA tp pengalaman tu tak boleh dibeli di mana-mana. For me, Eija byk belajar rasa susah kat sana. dan inilah yang mematangkan kite sume dan merapatkan silaturrahim antara kita. tp batch kite je. Batch yang bawah2 tu ada yang jumpa kat court nak mengelak lagi ada. Ada yang mula2 jumpa kat court pakai tudung pas tu bukak tudung pula. siap lalu tepi buat tak tau plak. Geramnya!!!!!@@@@@######especially si MIMI tepung Gomak tuuuuuuu.

Buhairi said...

wehkeke Eija..

Nasib baik kita tak benci kat Eija kan Suri ?

huhu

surizalman said...

Sy setuju. Batch kita yang paling rapat, cuma kdg2 tu nak kontek diaorang ni segan juga, sbb semua dah ada komitmen masing2.

Dulu masa belum kawin, boleh la ajak kawan2 belanja minum, skrg susah la pulak....

Just really hope we'll always keep in touch.

shariza said...

Betui tu Suri. Tak semua adik2 kite cam tu. tp ngan budak IRK lost contact betui. bebudak Law tu ada gak depa contact. maklumlah jd Tok Guru depa especially Abu Dzarr tu.

Fisha:

Walaupun hang kata ni bolg murahan tp for me kaya ngan elemen persahabatan, kasih sayang & ukhwah yang sejati. alamak puitis la plak. eeii.

surizalman said...

sy rasa sbb utama sisters IRK lost contact sbb ramai yang kerja ustazah dan mereka ni duk merata tempat termasuk sabah dan sarawak. So tak macam sisters LAW, yang kebanyakannya lawyer, mungkin selalu terserempak kat court. Lagipun nak cari bebudak law ni senang, google je pasti jumpa kat Malaysian Legal Directory....

Aku agak je la ni tak tahu la kalau ada sbb lain sisters IRK ni susah nak berhubungan.

Pijat-Pijat said...

Eija:
Walaweh .. kau membuatkan diriku berasa sungguh berharga! Auwwww! Ei, betoi ke Mimi tu free hair? Agaknya dia terpengaruh dengan falsafah "If you have it, flaunt it" -- ye la, susah payah jaga kulit rambut bagai, takkan nak simpan buat antik kot.

BTW lama tak dengar nama dia ... hahaha.

Suri:
Jauh manapun, kalau teknologi dimanfaatkan dengan betoi, x kan lost contact punya. Kita bukan duduk zaman jurassic ... cuma nak dgn tak nak saja ..

Paling saya frustrated, bila ada yg dah lama tak contact kita, tiba2 contact sbb nak sesuatu dari kita ... sakit tau persahabatan macam tu.

Walaupun kawan menangis susah nak cari, tak salah kalau kita cuba jadi kawan yang begitu ...

Huhu .. emosinya!

surizalman said...

Bukan masalah tak nak manafaatkan teknologi, tapi masalah komitmen dan kurang infrastruktur yang mungkin sebabkan mereka malas nak gunakan teknologi. Kalau duk kat sabah ngan sarawak lebih-lebih lagi area kat lawas, kudat, tambunan, keningau dll, mmg nak dapatkan internet cukup susah. Saya pernah ke sana and i know how was the infrastructure. Kalau nak telefon kawan kat semenanjung, coverage pun kadang2 takde

Tapi sy setuju it is not good for friendship kalau kawan kontek kawan sbb sesuatu yang dia nak dari kita. Tp sepanjang sy kat Kerajaan ni, mmg ada sy tolong atas dasar kawan.

Takkan kawan tak nak tolong kawan kan....Tapi jangan tolong kalau ianya melibatkan bypass prosedur, itu amalan yang tidak elok

shariza said...

Fisha:

Mimi Tepung Gomak tu tak free hair tapi meluat tgk dia. Byk kali jumpa kat court dia boleh buat tak tau. satu hari tu betul-betul bertembung tgh jln. dari jauh dia dah tunduk, tak mau tgk muka tp tak leh nak lari sbb satu jln je. Panas betul ngan perangai dia terus Eija sapa dia dengan kuatnya Hai Mimi! nak tak nak jwb sambil tunduk dan rapat ke dinding sebelah sana takut macam orang nak salam dia. sakit hati woooooo. Pas tu dengan kuat Eija ckp je Mak aaai sombongnyeeee. tak tau le dia dgr ke tak. Tak de adab sesama muslim.

Rozaimi Bin Mohd Said said...

alahhhhh!!! dak mimi tepung gomak tu...jalan senget sana senget sini...bukannya cantik pun...kalau aku jadi kau lah kan eja, tak de hal lah aku nak pi tegur dia...uwekkk!!! hehehe

Rozaimi Bin Mohd Said said...

aku memang meluat ngan si mimi tepung gomak tu...nasib baik tak sangkut...hehehe...

Alin said...

Ya Allah, gilernyer best baca komen korang sumer.. esp bila alin tgh bengang ngan kj ni. ketawa sorang tu kat bilik ni... hahahhahahahah

tp kan, alin ni memang sgt pelik....napenyer byk memori dah terdelete esp memori kat trg nun... alin mmg tak suka dr dulu kaitkan IIUM-K....

alahaiiiii

shariza said...

Fisha: orang lain yang free hair tp tak ingat nama ler. dulu rasanye adik ni pakai tudung bundar tak la mcm kite-kite ni tudung biasa je. siap rebonding lagi rambut sbb rasanye dulu rambut dia tak lurus gaya@ ikal gitu. nak kata pelanduk dua serupa rasanya tak. eii betul ke peribahasa aku ni. sbbnye sblm ni terserempak dia kat court jg la ngan boyfren (agaknya-sbb selalu jumpa orang yang sama ngan adik ni.) 2 3 kali gak masih pakai tudung. pas tu dah lama Eija pun tak gi court, bila terjumpa aaaik tudung sudah terbang. ingatkan salah orang tp with the same guy.maknanye adik tu. tp biarlah si luncai terjun dengan labu-labunya...biarkan....biarkan.... Nanti bila tegur terasa plak.Ya Allah tetapkan hatiku dan kawan-kawanku dengan tudung-tudung kami....Aminnn

Rozaimi Bin Mohd Said said...

Eija, bagus doa kau tu...Ya Allah tetapkan hatiku dan kawan-kawanku dengan tudung-tudung kami....Aminnn...tapi ada bahayanya sebab kau tak cakap kawan pompuan ke kawan lelaki...kau jangan...nanti kau jumpa aku pakai tudung...auwww

Alin said...

Caypet : Weiii caypet...berpadanan la doa Eija tu... ko ni pet..hempuk kang

surizalman said...

teringat aku kes tudung ni sbb ada seorang perempuan yang hadir temuduga PTD, penemuduga tanya, kalau i you punya bos, i suruh you buka tudung, you boleh tak pecat tudung tu sbb semua orang kat situ tak pakai tudung. Dia jawab, saya sanggup.

Penemuduga tu terus stop sesi interview dan suruh dia keluar. Alasan penemuduga, i tak leh accept you sbb you tak tetap pendirian. Merah padam minah tu

alin said...

suri : kalau alin pun maleh ler nak tgk muka minah tu..apala..mcm la tak de kj lain. kan ada byk lg rezeki Tuhan kat dunia ni. takkan la Tuhan nak zalim ngan kita if kita syg kat Dia kan....

shariza said...

Cayalah Kepet. Ingatkan Sisters je yg meluat tgk dia, di kalangan korang pun meluat jg ke?. Dulu menyendeng-nyendeng kat kita. minta tolng tu lah ni lah.eeeiiii meluat bin menyampah.

Zaidi Al-Kashafi said...

Betullah orang cakap, mengumpat memang aktiviti yang cukup menyeronokkan. he he he .


Surizalman, kita senasib. Wife aku pun ex-student KUSZA, diploma Manufacturing Technology (1997-2000).

Pijat-Pijat said...

Ya ... mengumpat memang seronok. Dan, membahagiakan.

Eija:
Tudung bundar tu, tudung apa?

Kepet:
Ko jgn lebih2 meluat Mimi tu .. tak ingat falsafah ko "benci berpada2"?

Suri:
Kalau terhalang teknologi sbb kawasan tempat tinggal, boleh terima. BUkannya kita ni tak dak simpati.

Yang kita cakap ni, yang ada semua, tapi susah benar nak berhubungan. Bila dah kawin, habis buang kawan2 ...

Zaidi:
Senasib sangat le tu ...

Alin:
Alah Kak Lin, aku rasa ada gak ingatan pasal UIA-KUSZA yang kau suka ... nanti aku tolong gali kan ... mesti kau terkiput-kiput karang ... tungguuuuuuuuuuuuuu ...

surizalman said...

Ramai org kata, kalau org lelaki lepas kahwin pun, dia takkan tinggal kawan2 dia, tapi kalau perempuan, duk sibuk ngan anak2 kat rumah tak sempat nak kontek kawan2 macam lelaki.
Maklumla org lelaki ni penyabar, bab anak bangun tido tgh malam, abah malas nak bangun sbb penyabar heheheh

Agak2 betul ke apa yang diaorang cakap ni?

Bukan nak provoke just nak mintak pendapat

shariza said...

Fisha, tudung bundar tu ala-ala tudung bulat tp tak bulat sepenuhnya.

shariza said...

Suri: Kemungkinan besar ye kot. tp tak semua kwn2 dpt kontek. anyway yg rpt2 stil keep in touch.

Bab bangun malam, Malangnya dapat Suri. time ni la nak tolong bini. Jgn mare yee.Ada gak lelaki mithali kat dunia ni yg tolong salin diapers mlm2 mcm my Hubby. hehehe. Mungkin sbb dia jrg ada kat rumah dan anak2 Eija mmg tak bangun mlm kecuali kalau demam.

surizalman said...

To eija:

Tu yg saya kata tu pendapat org. Sy bangun la buat susu anak malam-malam kesian kat wife duk kerja siang malam. Takkan tak nak tolong wife sendiri ooooooo........

Tapi betul la org kata naluri keibuan tu mmg satu fitrah.

Apa-apa pun dia yang paling cepat dan paling 'caring' tentang sakit demam anak...

shariza said...

opsss sori suri. salah tafsir le. baguih le camtu.

mmg le itulah fitrah. anak sakit kat rumah kite yang kat pejabat ni tak senang duduk walaupun masa tu tak tau apa2. Itulah kebesaran Yang Maha Esa.

Mohd Irwan said...

haha. baru saya teringat dgn mimi bedak muka satu inci tu... teringat kata2 dr Prof Torla masa kt uia dulu "alah sapa nama budak pompuan yg pkai bedak muka seinci tu??? haha. kitaorg pun gelaklah kata sebijik mcm ungka...

berdosa plak rasanya ngata dia tapi mmg dia tu gedik sgt2. kan dulu tu dia couple dgn Amer Hamzah Amha tu...

Apapun, mujurlah saya x benci dia sangat cuma meluat dan nyampah tgk perangai dia je!!!!!!!

Pijat-Pijat said...

Irwan:
Really, Dr Torla cakap camtu? Wuhuuuuu ...

Hr tu I check Amir Hamzah FB, rupanya dorang ni dah kawen ... gambarnya plak, honeymoon di Paris gitu ... Kellasssss ...

shariza said...

Fisha:

Fisha, Amir Hamzah Amha tu kawin ngan sapa? Ngan Si Mimi Tepung Gomak tu ke???? Terserempak ngan dia kat Dayabumi tak sempat nak tegur laaaa.

Irwan:

Nampaknye popular bebenor si tepung gomak tu sampai Prof Torla ckp camtu.

shariza said...

Fisha, kelasss gitu. tp tak jeles pun coz I punye honeymoon lg kelasss. Sultan Selangor sponsor laa tp dlm Malaysia je ( masa tu kecoh ngan penyakit SARS, takut nak pi oversea so we chose Malaysia le). oppps riak plak. Daulat Tuanku. Hari Khamis ni harijadi Sultan Selangor.

Pijat-Pijat said...

Eija:
Ye le ... kellessss .. Semua pun kellesssss ... Bebudak UIA-KUSZA la katakan ... huhu