Thursday, August 28, 2008

Buat Mereka yang telah pergi ...

Surizalman, seorang sahabat lama mencadangkan agar saya membuat satu thread khusus bagi update berita terkini sahabat-sahabat UIA-KUSZA sekelian. Cadangan yang baik, namun saya tidak bercadang begitu. Lagi pula, tak semua sahabat masih berhubungan. Dan, saya kira, bolehlah kamu semua menganggap yang blog kecil ini sebagai avenue yang baik untuk kita memperkukuhkan silaturrahim yang dulu ... boleh begitu Suri?


Ok, untuk entri kali ini, saya mahu buat satu dedikasi khas buat sahabat yang telah meninggalkan kita.



"Setiap yang hidup pasti akan merasa mati" itu adalah janji Yang Maha Esa yang sangat pasti.
Setiap daripada kita ini telah tertulis setiap ketentuannya ...

Bagi mereka yang telah mendahului kita ...

Allahyarhamah Aida Mat Noor
(25 September 1976 - 4 March 2006)

Allahyarham Mohd Sobri Hashim
(1978 - 1996)

Allahyarham Zainuddin
(1978 - 2000)

Allahyarhamah Azizah Othman
(1978 - 27 Februari 2008)



Semoga damailah kalian di persemadian
Menemui pencipta yang Maha Menyayangi
Usah digusar di hati
Kerana kalian sentiasa akan diingati

- A L F A T I H A H -
P/s: Khabarnya Ustaz Ahmad juga telah bepergian ... semoga roh ustaz damai di sampingNya

14 comments:

AinRidz said...

Slm, Al-Fatihah untuk semua yang telah pergi meninggalkan kita terlebih dahulu. Semoga dalam rahmat Allah Insya'-Allah.

p/s: Fisha, sedar tak sedar, ada antara kenalan dah dalam kenangan, kan... perkenalan persahabatan zaman study datang dan pergi, hanya perkenalan dengan Tuhanlah yang kekal abadi... :(

Pijat-Pijat said...

Ya lah ... mati itu sesuatu yang pasti, cuma x tau bila masa kita pula ...

Ish .. sereeeemmmm la ...

SURIZALMAN said...

Azizah Othman tu batch bawah kita kan.

Sakit apa Arwah Azizah ni sbb setakat ni takde plak batch dia yang inform pemergian arwah ni semasa saya jumpa. Mungkin tak tahu atau lupa agaknya

Pijat-Pijat said...

Accident masa balik dr mengajar

Rozaimi Bin Mohd Said said...

azizah othman bathc bawah kita ke? yang kawan ngan si noni tu azizah apa?...cerita pasal accident balik mengajar and then meninggal dunia ni, teringatkan lecturer law masa kat kusza dulu, bro zul, meninggal dunia accident lepas buat kelas malam kat kusza...Al-faatihah...

by the way fisya, ni first time aku masuk blog kau (sebab sebelum ni tak tau pun ada blog ni)...good effort, so aku mintaka izinlah nak tulis komen dalam blog kau ni...bukannya apa, aku takut kat kau lepas tengok macam mana kau letak gula kat kuih donat masa alin buat kursus penulisan kreatif ngan sutung umar dulu tu...hehehe...aku sendiri pun tak terpikir nak buat macam yang kau buat tu...

Pijat-Pijat said...

Caypet:

Ini adalah komen kau yang paling akhir aku baca ... :)

Of all things, citer donat tu yang kau paling ingat? Aku pun hampir lupa ... boleh la, nanti aku citer balik ... ya, I was amazed with myself, too! Hehehe ...

Yang kawan dgn Nonie tu, Azizah Mahfudz .. setakat yg aku dengar, masih sihat walafiat di samping keluarga - anak dan suaminya ...

Thanks for stopping by ... and komen la apa yg nak komen ... kalau nak sumbangkan citer pun takpe ... meriah lagi ...

surizalman said...

aku ingat kepet satu je hehehhe.... berkenaan dengan sayur.

Sampai mati pun aku ingat... Jangan marah!!!!!!

Pijat-Pijat said...

Suri:
Ingat je buat pe ... citer la sini kalau berani ...

surizalman said...

kena tanya kepet sendiri hehehe....

shariza said...

ALFATIHAH untuk Arwah2.

Dalam semua tu yang paling menyedihkan adalah masa kematian Arwah Sob. Eija ingat lagi kelam kabut ke Hospital Kuantan ngan Dr. Mat Som, Irwan & Aishah. Dr. Mat Som pecut kereta Merc dia sampai kami kena tahan polis di tgh jln. tp terlepas sbb Dr. Mat Som explain rushing nak tgk student accident. Kitorang pun siap pakai kad matrik lagi. Polis pun percaya la. Muka budak-budak innocent la katakan.....Di pertengahan jalan Sha'rani call inform Sob dah takde. masa tu dah nak sampai Kuantan. Kami pun sampai terus ke bilik mayat. takut gak masa dalam bilik mayat tu. Eija minta Zaidi yang tarik kain nak tgk keadaan jenazah masa tu. Muka dan kaki yang byk darah. Sob meninggal sbb deep impact tak nampak dari kecederaan luaran. Sedih sgt2 time tu. Eija call Pakcik Eija yang duduk kat Kuantan minta uruskan jenazah Sob. Kebetulan masa keluarga Sob sampai rupanya pakcik Sob kawan baik Pakcik Eija masa kat Almashoor dulu.

Masa kat hospital kwn2 Sob pun sampai dua kereta tak silap Eija Arwah Zai pun ada masa tu. Masing2 dok tanya kitorang Sob kat wad mana? Mula2 kami ckp bilik mayat depa tak perasan. bila kali kedua Eija ckp Sob dah tak de. Jenazah kat bilik mayat coz under case polis. terduduk budak-budak tu. inilah kejadian yang paling menyayat hati. Pertama kalila tgk budak2 laki menangis.

Sehari sebelum kejadian, Eija dok ingat lagi Arwah Sob jumpa Eija ajar mana-mana yang patut pasal hal-hal sekretari ni. seakan-akan gini bunyinye:" Kak Eija ajaq la Sob. Kak eija kan Secretary dah lama. takut nanti tak sempat belajaq ngan Kak Eija. Sob nak perabih mana yang tertangguh sblm gi KL" Rupa-rupanya dia meninggalkan kita esoknya. itulah ceritenye.

Pijat-Pijat said...

Eija:
Cerita ni mengingatkan saya (hehe .. saya!) kepada ustaz fathi. Masa tu dia ajar Thematic Tafsir of Quran ... dan, spt biasa, saya keboringan di kelas itu.

Dia masuk, sengih2 ... cam happy la hari tu. Setelah dia minum air dari botol air secara berdiri (isyyy...! anak2, jgn ikut tabiat itu!), dia tanya kat kelas: "How's the boy who inolved in accident?"

Kita pun jawabla -- "died!"

Dia terkejut betul masa tu. Terus terduduk. Lepas tu dia x bleh mengajar. Dan dia bg kita keluar awal. Hooray!

Tp, mmg sedih citer adik sob ni. Masih terbayang suara dia yg baru nak dewasa tu ... such a nice boy ... tp, ya lah .. dah sampai janjinya ... semoga roh dia ditempatkan bersama roh org2 yg beriman. Al-Fatihah.

Buhairi said...

Teringat juga time ramai-ramai (tak silap satu bas) pergi ziarah keluarga Allahyarham Sob. Kalau tak silap rumah dia somewhere in Kuala Muda. Rumah dia tak jauh pun dari tanah perkuburan. Masa kita orang sampai, kami dapat cerita bilik yang digunakan untuk meletakkan jenazah (sebelum dikebumikan) sehari dua sebelum kejadian sentiasa berbau wangi. Ini mak arwah sendiri yang cerita pada kami...

Semoga roh beliau dicucuri rahmatNya.

saiful azmi / cyphuell said...

sahabat2 batch saya, selain arwah azizah, sob & zainuddin, ada 2 orang lagi yang dah tiada. arwah dzariff dan nasrun (pak un), dua2 law & meninggal sebab eksiden.

Pijat-Pijat said...

Saiful:
Tak berapa nak ingat muka depa .. tapi rasanya tau depa dah tak de ...

Moga2 kesemuanya di dalam rahmat dan keredhaanNya selamanya.

AL-FATIHAH.