Sunday, August 31, 2008

Mereka, Lipas dan Telefon

Tahun itu 1999.

Handset masih menjadi barang mewah. Kalau ada yang memiliki pun, pastinya yang bersaiz gedabak buat pembaling si anjing liar.

Namun, sesuatu yang masih sama, usia remaja adalah zaman di mana eksperimen cinta mula berlaku, dan di rumah sewa juga tidak terkecuali.

Bila tiba musim 'bulan mengambang' dan 'mengawan', maka berbondong-bondonglah mereka menyimpul rasa dan resah. Maka, telefon rumah itu jugalah yang menjadi tempat melepas sendu segala.



Ada sekali, seorang kawan, mula menggunakan telefon sedari pukul 9 malam untuk bergayut.

Kemudian,
10 malam - sudah sejam, nampaknya. Sahabat yang lain mula resah, kerana dia juga dilanda wabak yang sama.

12 pagi - belum sudah-sudah. Makin membara kemarahan sahabat yang bergundah.

1 pagi - kemarahan makin memuncak ... melebihi segalanya ... dan ....

"Kau nak berhenti ke tak nak? Kalau kau tak nak, aku bagi lipas ni!"



Dan, nampaknya ugutan itu sangat berkesan. Kalaulah sedari tadi dia terfikir untuk menggunakan lipas itu!

Dan akhirnya, telefon itu masih menyambung tugas, tapi menadah gagang untuk nafas pencinta yang lain. Kasihan telefon itu!

6 comments:

AinRidz said...

Slm, Fisha, hahaha...cerita rumah sewa yerk... aku ada teringin juga nak buat tribute dlm novel, heh aku dah try tulis blog sebab nak try tulis novel dari situ... tp bila pk2...mcm2 cerita kat rumah sewa kita ni, biarlah simpan kat arkib aje huuhhuuu....

Pijat-Pijat said...

Sue ...
Simpan2 je tak best la ... masa ni la kita nak ketawa, atau menangiskan kebodohan, keburukan, kegembiraan, kegilaan dan berbagai rasa lagi ....

Tulis je. Kalau rasa x mau citerkan yang sebenar, ko letak je bukan nama sebenar .. orait le tu ...

Anonymous said...

Ayue said:

yer la..fon tu tak penah sejuk...ada jer yg pakai...ganass!!


haah sue..buat la novel..sure aku beli nanti..watak2 tu kita gelap kan la..hehe

Pijat-Pijat said...

Ayue:

KO ni .. tak habis2 nak gelapkan ... apa barang .. berani buat berani tanggung la ... amacam?

Byk lagi the untolf stories ni .. tp, tu la, kena pertimbangkan gak perasaan orang ... silap2 masuk ISA aku nih nanti ... :p

musyaini said...

ish... ish.. anak sapa dok buat perangai lagu tu...

cahsiji@Blog said...

yang lagi mau jual kebun sengon mau bagi info nich tentang bibit jabon dan kayu jabon bagi yang suka bertani