Saturday, April 25, 2009

Friend and Foe: ALWANI NAWWAR MOHD HATTA

Saya tak pernah perasankan Wani waktu mula sampai ke KUSZA. Ye la, mana nak layan perasaan sedih, nak buat kawan bagai … maka, perkenalan dengan Wani bermula apabila saya telah habis kenal dengan mereka yang duduk dekat-dekat dengan katil saya.

Dan, apa yang menggerakkan saya untuk mengenal Wani apabila Kak Lin sering bercerita tentang Wani yang selalu sedih sebab terpaksa duduk jauh dengan pakwe dia yang di matrik itu.


Saya masih ingat, waktu itu saya, Norin dan Nora sedang in the mood nak berkenal-kenalan dengan semua di dalam dorm itu apabila kami nampak Wani sedang menulis sesuatu. Kami kemudian memulakan perkenalan dengan cara yang biasa – say hi. Dan selebihnya adalah sejarah.
Wani anak sulung daripada jumlah adik beradik yang ramai (saya tak pasti adiknya ada berapa orang – 6-7 mungkin).

Dia berasal dari Cheras, KL. Budak SMAKL. Wani adalah seorang yang cantik – kulit putih, mata besar, dan itu sudah pastinya menawan hati ramai jejaka di UIA-KUSZA dan KUSZA sendiri.

BTN 1995

(L-R) - Suhaina, Hasimah, SAYA, Zetty, Affrosh dan Wani

Tengoklah tudungnya yang masih maintain walau dalam hutan dan kepenatan. Sungguh berbeza keadaannya dengan diriku!


Namun, Wani kekasih yang setia dan setia itulah membawa Wani ke alam rumah tangga yang bahagia hingga ke hari ini.


Saya selalu nampak Wani akan menulis initial ANAS di setiap bukunya. Tertanya-tanya juga, apa maksud ANAS tu – rupa-rupanya ia adalah gabungan nama Alwani Nawwar dan Amir Syahrom (pojaannya). Kemudian, di hujung nama ANAS itu macam-macamlah sambungannya. Yang paling saya ingat – ANAS, fervent in love. Perghh …. Kagum saya dengan cinta dia!

Tak lama kemudian, kecoh seluruh dorm mengenai ada seorang brother yang sudah tangkap cinta gila dengan Wani. Kisah bermula di kelas Arab. Well, sapa yang tak tertarik dengan gadis comel macam Wani tu. Khabarnya, jejaka itu meminati Wani kerana Wani berkulit putih mulus dan taste dia memang kepada perempuan berkulit tona warna begitu. Kami mengutuk brother itu habis-habisan. Siapa dia? Biarlah rahsia ….

Satu peristiwa yang kelakar, sewaktu expo pelajar di KUSZA, Wani telah mendapat hadiah yang sangat besar dan berat daripada seorang jejaka KUSZA. Kami semua excited dengan hadiah tersebut, dan sewaktu Wani mahu membuka hadiah tersebut, kami mengelilingi Wani seperti lalat buah menghurung buah saja layaknya. Rupanya perbuatan kami memang sesuai, kerana hadiah berat dan besar itu adalah sebiji buah tembikai! Setelah dibelah dan di’suci’kan dengan doa-doa agar yang makan tidak terkena guna-guna, kami sama-sama menikmati tembikai yang manis itu. Oh, manisnya kenangan itu!

Wani berkahwin pada semester pertama degree. Kasihan melihatnya bagai tidak tentu arah apabila terpaka berjauhan dengan suaminya. Melihat keadaannya, saya seperti apakah? Apakah? Double apakah? … ishhh … saya rasa ini juga bersangkut paut dengan kes Ja’a dan Ma kerana kebetulan Wani sebilik dengan Ma selepas dia berkahwin – Ma juga sudah berkahwin dengan Ja’a waktu itu, dan kalau tak silap sedang mengandungkan Syifa. Tapi, sebab Wani taklah penting dalam hidup saya (hahahaha) … maka saya pun tidak menghiraukan dia sampailah dengar berita dia memohon untuk ditukarkan ke main camp untuk lebih dekat dengan suaminya. Saya rasa ada suara-suara yang tak puas hati dengan tindakan itu – ye lah, sebab rindukan suaminya, dapat tukar. Apahal dengan kita semua yang rindu kat family kita? Tak diambil kirakah? Sungguh tidak adil! Dan. memang banyak ketidakadilan berlaku pada kita-kita ini semua!

Apapun, selepas ke main camp, saya memang jarang bertemu Wani – sudahlah kolej asing, fakulti pun tak sama – paling-paling pun dengar ceritanya saja daripada kawan-kawan yang lain. Tapi saya masih mengenang Wani yang baik sebagai seorang kawan … dan, percaya atau tidak, saya masih menyimpan hadiah hari jadi saya yang ke 19 (owhhh! Belasan tahun tu .. ) daripada Wani – sebuah memo pad. Kenapa masih ada lagi? Kerana saya tak gunakan pun benda tu, sebab saya bukanlah orang yang suka memberi memo.

Doa saya untuk Wani, semoga berbahagia dunia dan akhirat di samping keluarga dan anak-anak tercinta.

Itulah cerita saya dan seorang gadis bernama Alwani Nawwar Mohamad Hata.

==================

Message Wani di facebook saya hari ini - May 4, 2009

"salam fisha. thanx sbb masih ingat kat wani. Kagumla fisha masih bole ingat banyak kenangan dolu2 n terharu sbb masih simpan lagi memo pad yg. x sbrape tu. wani pun masih simpan semua bday card yg. fisha bagi :). Cume dlm. citer wani tu ada fakta yg. perlu diperbetulkan ckit. Masa wani tinggal sebilik dgn Ma dulu, dia belum kawin lagi n hanya kawin bbrape bulan lepas wani pindah ke UIA Gombak. Anak dia Shifa' pun muda bbrape bulan dari anak wani (hehe..) Anyway, sronok baca blog fisha.."

35 comments:

ustazshafiee said...

fervent in love? wah! hebat.. aku cuma si fakir yang mencari cinta..

apapun harap fervent forever..

isk..isk.. tersentuh aku..

ke guaner?

Pijat-Pijat said...

Pie:
Tu la .. memain tuh .. fervent in love. Aku masa tuh IN LOVE pun tak tahu ... so pure and innocent ... hehehe

Apa yang tersentuh tu?

Ceritaku? atau cintanya Alwani kepada Anas nya?

ustazshafiee said...

di sebalik artikel mu kali ni, aku dapat melihat kebesaran dan kehebatan cinta sesama makhluk.

aku rasa kerdil.. sungguh..bagaimana selayaknya cinta kepada pencipta makhluk? aku terharu..

RIZAL said...

Alwani Nawwar- seorang yang aku pun dah terlupa wajahnya. Tengok balik gambar tu baru teringat...

Rozaimi Bin Mohd Said said...

entah le...yang aku tau dia ni pendiam dan mungkin pemalu...alaupun sama-sama ambik la, aku rasa macam tak pernah borak ngan dia lah...

Ayue said...

2-3 tahun dulu aku kerap terserempak Wanikat LRT Pandan Indah...dia masih sama..nice and sweet.

sapa kah jejaka yang meminati wani suatu ketika dahulu tu ekk?

musyaini said...

dalam gambaq first.. sweater kat belakang tu mengingatkan aku pada seseorang... nape la sweater musti ada kat situ...

surizalman said...

Bagus la deme fisha... Kalau aku la, benda2 macam tu boleh tahan 2,3 harije. Paling lama pun sebulan. Pastu mesti memo pad tu dah jadi kapal macam dalam cerita upin ipin....

shariza said...

Alwani agak rapat jugak le. Baik hati sebab tu orang suka ambil kesempatan termasuklah partner dia sendiri yang dah lari drpd perjanjian asal. Masalah ni Wani cerita last year. Tapi sekarang dah tukar firm.

Nampak je lemah lembut tapi Eija sangat kagum ngan Wani bila berdebat. Hebat sungguh Wani bila berdebat agaknya sebab tulah sampai sekrang masih maintain as litigator. Selalu jumpa kat KL court dan tak pernah akan sombong ngan kite2 ni.

Seorang yang berani & independent. Ingat lagi masa kat UIA Gombak, perut tengah membesar pun Wani masih berani belajar driving. She's a nice friend for me.

Pijat-Pijat said...

Pie:
Itulah cinta ... dan sememangnya kita harus rasa kerdil kepada Pencipta rasa cinta itu ...

Pijat-Pijat said...

RIZAL:
Kau lupa? Biar betul, orang cam Wani kau lupa ...?

Kalau haku ni logik gak la kau lupa ...

Hmmmm.

Pijat-Pijat said...

Pet:
Dengan Wani pon kau tak pernah cakap? Sungguh di bawah lindungan kaabah kau ini ...

Pijat-Pijat said...

Ayue:
Siapa jejaka itu? Biarlah rahsia ... usahlah luka lama disakiti.

Andai jejaka itu mengerti dan mahu mengaku, kita semua eager menanti ...

Jejaka ... adakah kamu berani?

Pijat-Pijat said...

Musyai:
Ingat kat sapa? Aku pon tak pasti tu sweater sapa ... tak mau crita ka?

Pijat-Pijat said...

Suri:
Memo pad tu bertahan sebab kawe ni menyokong paperless campaign .. tu yang bertahan sampai sekarang ni ..

Pijat-Pijat said...

Eija:
hmmm ...

Wani ni tak mau respon ka? Ke, firm dia dah block x bg baca blog?

alin said...

Fisha :

"Kak Lin sering bercerita tentang Wani yang selalu sedih sebab terpaksa duduk jauh dengan pakwe dia yang di matrik itu."

Eh! den yg cakap ekkk? lufe la plak. tp dulu i pernah rapat ngan dia kan? masa kat dorm panjang tu.pastu tak ingat dah....

lagi satu... i pun ada memo pad tu.. warna biru. ada ni kat atas meja kat opis ni ha. tp i tak ingat sape kasik.sbb tak de tulis apa2 kat memo pad tu.. mungkin wani gak kot?...huhuhuhuhu

shariza said...

Fisha, Eija macam tau je sweater sapa tu. Brother punya la. Orang2 kuat prog Balok ni kalau tak silap.

piee said...

cerita wani ke, cerita sweater ni? aku rasa sweater ipin la..

ajako said...

musyai, ko telah berjaya mengalih topik alwani nawwar kpd sweater misteri en ipin tu...ko memang...eh, ipin punye sweater kan?

shariza said...

Ajak, yelah tu. Ipin punya.

musyaini said...

hahaha that's the work of spin doctor in training...
saja aku rindu kat ipin...

ajako said...

tp, nape gantung kat situ...and nape pichot ajak kengkawan dia bergambo kat citu? soalan tu yg ko kene tanye musyai...

Pijat-Pijat said...

Alin:
Untuk orang yang tak ada langsung ingatan manis tentang UIA-KUSZA, you have no right to say anything but to agree with everything I said.

Tengok la ... sampai memo pad atas meja sendiri pon tak tau sapa yang bagi ... what do you expect? :p

Pijat-Pijat said...

Eija:
Ye ke? I've no idea.

Pijat-Pijat said...

Pie:
Citer kita ni macam maze .. bersangkut sana sini. So, kalau citer ni jadi citer sweater pon ... tak dak hal.

Kira cerita dalam cerita yang diceritakan oleh pencerita ...

Hahahaa .. berapa byk cerita daa ..

Pijat-Pijat said...

Ajako:
Best la jadi Ipin ... semua benda dia buat, pakai, kawan-kawan ingat ...

Pijat-Pijat said...

Musyai:
"saja aku rindu kat ipin..."

So sweet ... ehem ... mmm ...

Pijat-Pijat said...

Ajak:
"tp, nape gantung kat situ...and nape pichot ajak kengkawan dia bergambo kat citu? soalan tu yg ko kene tanye musyai..."

Itu aku takde jawapan. Dan, bukan aku yg ajak mereka bergambar di situ .... kerana orang yang tiada kamera seperti aku tidak akan mengajak melainkan diajak ...

tp Jak, kenapa ko tak pernah ajak aku bergambar dgn kau? huhu ...

Alin Ahmad said...

Fisha :

huhuhuhuu..dictator ekkk...x pe Fisha nyer pasal...i ikut jerk...

tp honestly la Fisha.. ths blog bole release my marah la.. ni tgh marah ni ngan staff yg begong..tak mkn di ajar... tp nak marah dah penat marah dah..tak jalan... tu yg berenti jap singgah kat blog ni...

i suka ayat u yg ni..huhuhuhhuuu "

"Itu aku takde jawapan. Dan, bukan aku yg ajak mereka bergambar di situ .... kerana orang yang tiada kamera seperti aku tidak akan mengajak melainkan diajak ...

tp Jak, kenapa ko tak pernah ajak aku bergambar dgn kau? huhu ...

Zaidi Al-Kashafi said...

Pijat2,
Wani tu cantik ke? AKu tengok biasa saja.

piee said...

kasyaf:
cantik ke tak cantik ke.. ciptaan Allah ni sempurna. lebih situ, dikurangkan kat lain.. kurang kat situ, ditambahkan kat lain.. pakej yang sempurna la katakan..

Alin Ahmad said...

Piee: Betul..betul..betul..

Zaidi :Cantik tu kan subjektif..

Pijat-Pijat said...

Den maleh nak respon soklan Kasap tu ... asik nak provoke je .. bukan dia tak tahu ... dia kan kasyap ...

shariza said...

Fisha: Right answer for that.