Tuesday, April 14, 2009

Hait. Hait. Hait.



Saya tidak pernah menyertai apa-apa aktiviti yang bersifat fizikal seperti taekwando, silat dan yang sewaktu dengannya sewaktu bersekolah dulu. Kalau ada pun, setakat badan berunifom seperti PBSM dan Renjer Puteri (tidak Puteri Islam yang pink itu!). Saya bukanlah orang yang outdoor, dan kesemua aktiviti tu pun dilakukan kerana diwajibkan.

Tapi, masa di UIA-KUSZA, entah apa mimpi, tiba-tiba teringin nak belajar taekwando. 1996 - setelah 19 tahun dilahirkan kedunia - baru nak belajar sparring, split dan semua-semua.

Pada masa itu, ketuanya siapa lagi kalau bukan Hj. Saiful Nizam tu. Tidak hairan, kerana dia selalu menunjukkan yang dia tu memang taekwando-inclination. Yang membuatkan saya terlongo bila diberitahu Kak Loh (Affrosh Khana) adalah pemegang tali pinggang merah masa tu. Unsangkarable!

Taekwando memerlukan lebih daripada sekadar minat - disiplin. Namun, saya bukanlah orang yang boleh bersabar dengan perkara begini. Disuruh buat pattern oleh jurulatih pun rasa macam nak belasah semua orang - hangin satu badan - inikan pula mahu bersungguh-sungguh!

Dan, selepas tarikh 10 Oktober 1996, setelah mendapat tali pinggang kuning, maka saya meletakkan jawatan sebagai ahli taekwando novis amatur. Tidak ku ingin lagi berbuat apa sahaja yang berkaitan dengannya.

Been there, done that. The picture speaks it all.

P/s: Maaf kalau coretan ini macam ke laut. Nak menulis, tapi tidak sepenuh hati, beginilah yang terjadi!

18 comments:

piee said...

assalamualaikum... aku tengok gambar tu, aku rasa nak tergelak. aku nampak macam gambar promosi power ranges je. mungkin kejap lagi raksasa nak turun kot.. :)

sebut pasal taekwondo ni, aku teringat kejohanan ISTAC yang kita anjur tu kat kusza. pendek kata penganjuran tu berjaya. masa mula-mula aku masuk kerja kat kusza ni dlm tahun 2004, masa aku masuk gym, ada lagi logo istac yang digantung prep and tech di dinding gym. fuhh (ko tengok berapa tahun masih kekal logo tuh).. lama bertahan. dalam tahun 2005, bila buat renovation skit, aku tengok logo tu dah diturunkan. apapun, bravo power ranges!

surizalman said...

Cuba perati betul2. Kaki diaorang tu letak atas bahu. Patut la macam black belt punya tendangan...

Dan nampaknya cik fisha sedang berkerut-kerut menahan kesakitan dek kaki2 yang berada di atas bahunya... heheheh

shariza said...

Suri:

Tah2 berkerut sebab bau kaki kot. hahaha.

Fisha:

Bagusnya belajar TKD pada masa tu dikira sebagai exercise jg. Tp skrg amat berguna utk self defence walaupun belajar ala kadar shj.

buyie said...

hahahahhah

Again...hahahahahah

Banyak kenangan pahit manis nih kalau cerita bab taekwondo ni. Dan aku respek abis kat saiful yang berjaya (atleast) memperkenalkan taekwondo kat kitaorang semua (termasuk la aku. Latihan yang pertama dulu, aku ingat lagi, kita orang semua kena sparring. Masa tuh kebanyakan daripada kami terpaksa bersparring ngan Jaha yang gagah perkasa. Semua dibantainya Jaha... Bukan Jaha kena bantai...huhu

Jangan tak tahu Fathi aka wayne pun masuk taekwondo. Tak leh lupa masa latihan, masa tuh kita punya instructor, Najmi ke apa namanya, minta semua orang baring. Pas tuh dia pijak perut kita orang. Sakit ke..tak sakit ke...tahan je la. Bila sampai kat wayne, najmi pijak je, ada kuar bunyi yang tak sepatutnya. Semua orang ketawa, termasuk instructor tu.

Banyak kita belajar dari taekwondo ni. Selain untuk meningkatkan kesihatan, boleh mendisiplinkan kita semua. Mau taknye. Kalau ada training, masuk je kul lima boleh dengar suara saiful tuh menjerit suh turun training, satu Kusza pon buleh dengar wooo. Itu sebab kita buleh sampai on time kat tempat training tuh.

Untuk taekwondo nih pulak, banyak la pulak tempat training nya. Kejap dalam dewan muktafi, kejap kat luar dewan. Kejap kat padang sebelah dewan muktafi tuh. Ikut kesesuaian.

Kelab taekwondo kita sebenarnya telah mampu mengeluarkan ahli yang bagus-bagus macam bujek, akrabin, ermm mejar hisham, wayne (hehe) dan raaaamai lagi...

Sampai sekarang aku masih respek kat saiful, sebab dia konsisten dengan taekwondonya...

huhu

Pijat-Pijat said...

Pie:
Laju sunggoh mu ni memberi komen ... banggo kawe dengan deme ni ...

Ape hal plak aku nak promo power rangers ... kita main Wonderpet je ... hehehe ...

ISTAC? Macam pernah dengar, tapi tak ingat la ... Banyak sungguh kan tinggalan kita kat KUSZA tu ... agak2 kalau apply kat UNESCO, mahu masuk KUSZA sebagai tapak warisan dunia .. kan? Hehehe ...

Pijat-Pijat said...

Suri:
Ha'ah ... bau tungik kaki sekor2 ... tu pun berkali-kali posing gitu baru dapat pose yang mantoop tu ... dah la senja gelap ... tersampuk setan kot masa tuh ... :p

Pijat-Pijat said...

Ieja:
Belajar galok2 ... la ni sumer habih lupa ... silap lipat, mahu patah 16 ...

Pijat-Pijat said...

Buyie:
Perut Wayne berbunyi? Ewwww!!!

Tapi kan, dalam banyak2 .. ada satu benda yang aku nak buat tak jadi2 ... which is pernafasan macam Sepu buat tiap kali dia buat pattern. yang bunyi "pftt ... pftt ..." heran aku ... cemana dia buat ...

Aku buat bunyi "hap .. hap ..." je ... nak gop bunyi cam dia tu ... Cool je ... :p

buyie said...

HAHAHA

fisha ...
Bukan susah pon nak buat...bibir bawah , lekapkan kat gigi atas...dan tiup je....

Wahkakaka

Yang susah nak sebut ialah perkataan hnsstt hinsstt cam kat majalah Ujang tuh...

huhu...

Ayasu Kuro-Obi said...

Wa wa wah...citer taekwondo la pulak...

Lepas tu citer laksam la...nasik la... memang mu ni bagus bab-bab makan. Lepas exercise, makan, lepas makan?

ISTAC tu Inter-Schools Taekwon-Do Annual Championship - term ni Trg je pakai dlm dunia tkd.

Satu lagi tu International Institute of Islamic Thought and Civilization.

Team Ex-IIUMT la power masa tu. Siap masuk kejohanan Open & National lagi. Budak Kusza pun aku x bagi chan nak wakil.

Sesiapa yang lalu Kemaman boleh singgah Gym Taekwon-Do aku buka utk public. Kalu x dpt singgah boleh ikut online http://kemamando-jang.blogspot.com .

Fisha - nanti ada grading di Dungun aku cari mu (belanja aku). Kalu mu ada masa grading aku buleh belebong budak2 Poli ckp mu ni salah seorang blackbelt kaler biru.

buyie said...

Belebong ?

wahkakakak lama tak dengo perkataan nehh !

AKU TUKANG AMIK gamba budak-budak mung grading buleh ko Sepul ?

hahahahah

Ayasu Kuro-Obi said...

Eh, "belebong" fisha paham x? ...
maknanya "menawok" ...uh..x faham jgk?

Buyie, mu kalu mari duk sebeloh aku takpe tukang rait kertas grading...

Masa Wayne ter*** tu aku yg pijak dia sebenarnya... Tak respek betul..

Tapi budak2 pompuan tak pernah tengok Ipin flying kick kan? Aku buleh rate 3-star kat dia.

Pijat-Pijat said...

Buyie:
Tak larat nak kacip bibir ke gigi dah ... tp bunyi mcm tu tak nak kuar ...

Setakat 'hins ... hins ...", ko kembangkan hidung dan bibir tu tarik luas-luas, boleh punya ... hahahaha ...

Pijat-Pijat said...

Ayasu Sepu:

Amboih, kot nak belebong pong, dok yoh aa sampai nak pi promote aku ada blackbelt warna biru ...

Kawe paham la word tu ... this is my 11 years living in Trg ... penguasaan bahasa dah peringkat ESP dah ... no worry.

Buleh ... mu hello je aku ... rite away aku gi banje mu ... makang nasik goreng telok gadong kat hotel tu ...

Wuish, Ipin ada buat flying kick? Literally or metaphore je?

Ayasu Kuro-Obi said...

Tak tahu la diorang masih ingat ke tak... Memang Ipin power buat flying sbb dia ringan...

Zaidi Al-Kashafi said...

Ingat lagi para KITA (KUSZA International Taekwondo Association)?
Sampai hari ini aku masih lagi praktikkan teknik stretching regangan otot mula dari kepala sampai ke kaki. Tapi dah lupa pergerakan pattern apa entah.

Rozaimi Bin Mohd Said said...

setuju bebenor ngan pi'e...power rangers betullah korang ni...hehehe

Ayasu Kuro-Obi said...

Kasyaf, profile pic mu macam wakil rakyat nak bertanding je...