Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru ...

DOA AKHIR TAHUN
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.



Source: Here


DOA AWAL TAHUN

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Tuesday, December 30, 2008

Friend or Foe: MOHD SAIFUDIN ABDUL KARIM

Saya dan Saifudin ni samalah macam cerita Kepet dengan Salmah, Ikin dan Yong. Tak banyak yang saya tahu pasal Saifudin ni - melainkan dia ambil law dan, the fact dia berasal dari Pahang.

Pernah tak kamu melihat seseorang, dan tiba-tiba kamu berasa belas (kasihan) kepada dia?

Saya pernah. Dan, itu berlaku apabila saya melihat Saifudin. Saya tak tahu kenapa. Paling ingat, apabila saya melihat dia membeli roti di Koop KUSZA tu. Beli roti pun nak kasihan, kamu mungkin bertanya. Tapi, tak tahulah ... itu yang saya rasa. The whole him - cara dia, body language dia ... saya rasa belas. Saya ni tinggi emphaty nya, kamu tahu! Ini bukan menghina. Tapi ... ish, tak tau nak cakap la .. but for sure, ia bukan pandangan menghina!

Masa tu kebetulan saya ke koop dengan Jah (kak Joh). Dan, selepas keluar dari koop, saya ceritakan perihal itu kepada Jah. Dia senyum saja. Lepas tu dia jadikan modal usik saya dengan Saifudin. Sungguh tidak mature! Huh.

Dan, bila dikenang-kenang, saya memang mengalami apa yang Kepet alami itu .. bukan setakat di KUSZA .. tapi sehinggalah tamat UIA tu. I keep wondering, macam mana la dia tu kalau saya mengenalinya ... hmmmm ...

Dan, sampai sekarang saya tidak mengetahui apa-apa tentang dia. Kamu semua, tahu? Rakan-rakan lelaki yang lain, kamu berkawan tak dengan budak Saifudin ni?

Saya hanya ada gambar dari majalah kita sahaja ... dan inilah dia.



Dan, disebabkan saya tak pernah berurusan dengan dia, maka dia takkan pernah jadi foe. Tapi, nak kata friend pun ... macam tak kena. Tapi, tak pa lah, disebabkan saya dan dia sama batch, saya gelarkan dia kawan se-batch. Boleh begitu?

Saifudin, walau di manapun kamu berada, saya doakan kamu berbahagia dengan kehidupan kamu selamanya. Kamu akan saya kenang kerana kamu pernah berada di dalam fragmen cerita hidup saya.


Pijat-Pijat:
Sekurang-kurangnya saya masih boleh bercerita tentang setiap seseorang daripada kamu. Itu tandanya kamu semua sentiasa di ingatan saya. Kamu gembira tak dengan hal itu?

Sunday, December 28, 2008

Monday, December 22, 2008

Friend or Foe: SITI NUR ASHIKIN ZAINUL ABIDIN

Maka, bermulalah siri Friend or Foe seperti yang dijanjikan. Dan, saya telah memutuskan untuk mengadakan siri ini sebulan dua kali sahaja. Kita pun bukan ramai. Karang, buat banyak-banyak, habis pulak ceritanya.

Dan, sebagai meraikan seseorang di dalam bulan ini, saya memutuskan untuk menulis sesuatu mengenai sahabat ini - SITI NUR ASHIKIN ZAINUL ABIDIN.

Untuk yang tidak mengenalinya ... sila tatap gambar ini.


Ikin dan saya @ IIUM-KUSZA Pioneer's Farewell Dinner, Permai Park Inn, Kuala Terengganu, 1999


Brief history:
Siti Nur Ashikin AKA Ikin dilahirkan pada 2 Disember 1977. Anak sulung dalam keluarga. Bersekolah di Selangor dan kini menetap di Pulau Pinang. Mengambil jurusan IRK dan pengkhususan Fiqh dan Usul, minor psikologi (class of 2001). Sekarang Ikin adalah seorang guru di SK Kem Trendak, Melaka.

Friend or Foe:
Sebenarnya, walaupun orang itu adalah foe saya, saya tidak akan tergamak untuk memberi label yang demikian. Oleh itu, semua orang yang bakal dipaparkan di sini adalah friends and never a foe.

Saya mengenali Ikin semasa kelas Bahasa Arab level 3 semasa matric (huh, Arabic saya memang teruk dan hancus. But, wonder cemana saya survive ambil IRK ..!). Tapi, kenal begitu-begitu sahaja sebab Ikin bukanlah penghuni concentration camp kami itu. Dia menghuni bilik kecil di sebelah camp kami.

Apa yang saya paling ingat tentang dia, ialah apabila dia selalu ke mana-mana dengan seorang lagi kawannya - Yong. Macam belangkas. Kadang-kadang, Ikin dan Yong akan bertandang ke camp kami - dan selalunya mereka akan ke katil Nonie dan Bedot (nama-nama yang disebut akan anda ketahui apabila tiba masanya nanti). Kala bertemu pandang dengan mereka, saya hanya tersenyum dan tersengih. Kalau rasa nak sedikit peramah, saya just say hi. Saya memang pendiam dan berat mulut (hoooo!!!) dan sedikit sombong (auuuuooo).

Apabila concentration camp dirombak, dan kita diberikan blok Fatimah dan Maryam, Ikin dan Yong mendapat bilik sama floor dengan saya di blok Maryam. Bilik mereka berhadapan dengan bilik Linee dan Zie (if my memory serves me correctly). Kami masih biasa-biasa. Tapi, saya sudah mula seronok berkawan dengan mereka dan kerap bertandang ke bilik mereka (oh, saya memang suka bertandang ke bilik semua orang di blok Maryam dan Fatimah itu -- sampai Ayue, Lina dan Norin menggelarkan saya ibarat lelaki yang banyak sangat lover nya .. hahaha)

Saya menjadi akrab dengan Ikin apabila kami terpaksa mengambil paper Arabic part 4 masa musim cuti panjang. Just imagine, hanya saya, Ikin dan Yong sahaja berada di blok Maryam itu dan budak KUSZA juga bercuti! Kami menangisi nasib kami (ok, saya tipu!) bersama-sama dengan berborak kosong yang panjang. Maklumlah, banyak masa lapang dan masa itu belum ada Friendster ataupun Facebook atau blog vogue ini! habis-habis telnet bbs tu je la.

Setelah duduk di situ selama 2 minggu tanpa berbuat apa-apa (tapi kami kian mengenali antara satu sama lain), kami kemudian dimaklumkan oleh Dr. Akram yang kelas tidak akan dibuka sebab tak ramai yang register. Rasa macam nak hempuk je Dr. Akram yang comel itu. Tapi, rasa je la. Kami pun dengan gembiranya berkemas balik dan bercuti. Tapi, itulah point yang mengikat dan memulakan keakraban kami.

Ikin banyak persamaan dengan saya - anak sulung daripada 5 beradik. Kos sama, minor je beza. Ayah kerja di UiTM. Dan, kelas Arab dari mula sampai habis sekali. Persamaan itulah yang membuatkan kami lebih rapat. Rasanyalah.

Ikin pada saya seorang yang sedikit extrovert (sila google sendiri ye). Itu sebab, saya tidak hairan bila Kepet kata dia tidak pernah bercakap dengan Ikin sepanjang kita di KUSZA. Dia juga jenis yang agreeableness dan sedikit conscientious (pi baca lecture saya mengenai ini kalau nak tahu). Kiranya, kami berbeza di sini. Sedikit perbezaan, kalau benar dirai, akan menjadi satu keriangan pada sebuah persahabatan. Dan, kerana perbezaan ini, saya boleh tahan berkawan dengan Ikin.

Apa yang saya suka dan tidak suka mengenai Ikin?

Saya suka Ikin kerana dia memang agreeableness dalam banyak perkara. Siapa yang tidak suka kalau punya kawan yang sentiasa mahu mengikut dan menyetujui kita.

Namun, saya paling tidak suka apabila Ikin dalam keadaan mahu membuat keputusan. Keputusan yang simple pun, Ikin akan mengambil masa yang lama untuk decide. Benar-benar conscientious. Bukan seperti saya - saya tidak perlukan masa yang banyak untuk membuat keputusan. Kiranya saya ini quite spontaneous juga lah.

Tapi, kenapa mahu fikirkan kekurangan dia saat dia mempunyai banyak kebaikan lain?

Apapun, saya bersyukur saya mengenali Ikin dan bersahabat dengan dia. Dan, saya mahu bersahabat sampai bila-bila ... InsyaAllah.

Saya doakan semoga Ikin sentiasa berbahagia dengan kehidupannya. AMIN

Pijat-Pijat:
"Orang tak buat kawan tiap-tiap hari, tapi sekali dapat, orang simpan sampai mati ..."

Friendship Quote


Tuesday, December 16, 2008

Friendship Quote


Friends are like balloons; once you let them go, you can't get them back.
So I'm gonna tie you to my heart so I never lose you.
~Anonymous~

Monday, December 15, 2008

Siri berani mati: Kisah Telnet - Incik Kepet.

Ketika masih tiada idea untuk menulis dengan penuh keterujaan, saya teringat kisah yang telah diemelkan kepada saya oleh Incik Kepet. He's my savior, I must say! Phewww!

Mulanya saya dah berjanji dengannya untuk menokok tambah cerita ini supaya menjadi lebih sensasi dan juicy. Tetapi, disebabkan keratan cerita ini sudah lebih dari mencukupi, maka, saya siarkan seperti apa yang tertulis tanpa sebarang perubahan.


Dan, berikut adalah catatan Incik Kepet mengenai cerita ini ...

Seperti yang dijanjikan...ini dia...jeng...jeng...jeng...

bila aku baca balik keratan majalah pasal "cinta" aku kat telnet ni, baru aku ingat actually how it went...user id aku kat telnet was zack tapi untuk tujuan "cinta" tu aku menyamar nama fahmi... and ken

apa fahmi? sebab masa aku tengah mengayat awek ni, dia tanya nama aku apa, masa tu dengan longkai tengah buat kerja and we looked around and saw fahmi (khazali)...itu yang terus bagi nama fahmi tu but aku tak lah jahat sangat nak merosakkan nama si fahmi tu, itu pasal aku kata aku asal dari negeri sembilan...

aku kantoi sebab masa aku ngan longkai borak2 kat bilik longkai, si zamri ada sekali...rupa2nya, si zamri ni baik ngan awek tu...so, apa lagi terus si zamri suruh awek tu lupakan "fahmi"...hasil siasatan yang awek tu buat ngan budak pompuan batch kita menunjukkan yang fahmi sebenarnya berasal dari penang dan zamri seremban ni hanyalah watak fictitous...so, dalam keratan majalah tu, "senior yang dianggap macam abg sendiri" and "abang Z" tu was zamri and "fahmi" tu ialah aku...masa dah kantoi tu lepas2 tu, si zamri ada bagitau fahmi pasal aku pinjam nama dia, tapi dia kata itu bukan dia...hehehe...aku sonyap ajolah...

The skleton is out of closet. Yada .. yada ...

Ada sesiapa yang nak buat pengakuan berani mati sebegini?

Wednesday, December 10, 2008

Thursday, December 4, 2008

So pure and innocent


Oh, saya tiada idea nak menulis ni!!

Tapi, waktu buat house-cleaning folder dalam PC, mata jatuh pada gambar ini. Gambar ini diambil pada tahun 1995 - masa mula-mula ke KUSZA. Waktu tu, kita yang di dalam gambar tu baru berusia 18 dan 19 tahun .. oh, mudanya!

Tengoklah dressing masing-masing ... Pakai tudung putih saja ... hahaha ... belum pandai nak bergaya. So pure and innocent. Hehehe. Ada kelakar di benak hati. Saya simpan sorang-sorang saja ... tak payahlah kamu tahu.

Semua orang jelas mukanya kecuali saya ... hehehe .. so tak adalah nak kena kutuk sangat (hopefully)!

OKlah .. enjoy.

Friendship Quote


Tuesday, December 2, 2008

Kita semua sepakat ... di Kampung hai Pening Lalat ...

Wahai penduduk si Kampung Lalat
Ini ada suatu amanat
Pesanan untuk yang berminat
Jangan lupa, lepas baca, sila catat ...

Alkisah seorang putera
Melaka pura tempat duduknya
Terilham tika bersuka ria
Mahu bertemu saudara mara ...

Pergilah putera ke Istana Rebung
Memohon sembah dan perkenan
Diberi izin di puncak hujung
Membuat pesta besar-besaran.

Adapun pesta bukan sebarang
Pesta berkonsep bujang-bujangan
Bukanlah niat berlaku curang
Cuma mengelak anak isteri kebosanan

Penat sudah periwayat berseloka
Memberi tahu berita yang suka
Kini lupakan madah pujangga
Aku mahu cakap bahasa kita ...

Apa bendanya?
Majlis Makan Malam Reunion Pioneer Batch ex-IIUMT @ IIUM-KUSZA

Bila?
24 Januari 2009 (26-27 Januari adalah CNY) - Sabtu - 7.30 malam

Di mana?
Restoran Rebung milik CHef Ismail, Bangsar.

Berapa kena?
RM60/head - buffet

Cemana nak buat, kalau berminat?
  • Buat confirmation nak datang dengan Encik Rozaimi Mohd Said @ Kepet di talian 012-2363581 pada atau sebelum 15 Disember 200 8 (Isnin)

  • Setelah confirm, sila depositkan RM60 ke dalam akaun Encik Kepet:
  1. Maybank: 164 017 105 197

  2. RHB Bank: 114 138 003 222 46

  3. Bank Islam: 141 530 100 125 34


  • Nama anda akan direkod dan kedatangan anda sangat diharap dan dialu-alukan.

Itu saja?
Ya, itu saja ... tapi Kepet ada buat pesanan post-script pulak. Katanya:

Pendeposit haruslah wajib melakukan perkara-perkara ini:
  • Jumlah wang yang didepositkan - nak bayar lebih daripada RM60 pun dialu-alukan. Pihak penganjur tidak akan berkecil hati dengan jumlah lebih bayar.

  • Jumlah orang yang akan hadir - bayar RM60, sorang je boleh datang. Bayar RM1800, boleh datang 30 orang. Bayar RM18mil, satu Malaysia boleh makan ...

  • Beritahu Encik Kepet, bank mana yang anda pilih untuk mendepositkan wang tersebut. Maklum lah, orang banyak bank .. (petanda dia banyak uanngggggg ...!!! Dia seorang yang beruang!)

  • Pesanan tanpa perbuatan mendeposit wang, adalah kegiatan tidak bernoral, dan dilarang sama sekali! (baca: chop .. chop tak main ye ... boh sini duit, then we talk business)

  • Awas: Baca pesanan ini dengan hati yang terbuka dan fikiran yang waras! Memandangkan ini adalah perjumpaan pertama kita secara rasmi selepas lebih 7 tahun tak berjumpa (dan pastinya banyak benda yang nak dikongsikan) dan memandangkan juga bahawa semasa perjumpaan tersebut kita akan turut membincangkan program-program kita yang akan datang selain membentuk AJK untuk program-program tersebut, maka adalah digalakkan kita semua hadir dengan hanya membawa diri masing-masing sahaja (iaitu TANPA membawa rombongan anak-anak/isteri-ister/suami/pasangan masing-masing). Walaubagaimanapun, jika keadaan tidak mengizinkan korang sumer untuk hadir tanpa membawa anak-anak/isteri-ister/suami/pasangan masing-masing, maka korang bolehlah bawak diorang tu, cuma aku takut nanti diorang bosan aje atau korang tak leh nak concentrate sebab nak layan anak-anak)

  • Cadangan mengenai pengisian dinner itu sangat-sangat diperlukan

Kita semua sepakat .. di Kampung hai Pening Lalat ... mengucapkan selamat .. be Re-union!