Tuesday, December 2, 2008

Kita semua sepakat ... di Kampung hai Pening Lalat ...

Wahai penduduk si Kampung Lalat
Ini ada suatu amanat
Pesanan untuk yang berminat
Jangan lupa, lepas baca, sila catat ...

Alkisah seorang putera
Melaka pura tempat duduknya
Terilham tika bersuka ria
Mahu bertemu saudara mara ...

Pergilah putera ke Istana Rebung
Memohon sembah dan perkenan
Diberi izin di puncak hujung
Membuat pesta besar-besaran.

Adapun pesta bukan sebarang
Pesta berkonsep bujang-bujangan
Bukanlah niat berlaku curang
Cuma mengelak anak isteri kebosanan

Penat sudah periwayat berseloka
Memberi tahu berita yang suka
Kini lupakan madah pujangga
Aku mahu cakap bahasa kita ...

Apa bendanya?
Majlis Makan Malam Reunion Pioneer Batch ex-IIUMT @ IIUM-KUSZA

Bila?
24 Januari 2009 (26-27 Januari adalah CNY) - Sabtu - 7.30 malam

Di mana?
Restoran Rebung milik CHef Ismail, Bangsar.

Berapa kena?
RM60/head - buffet

Cemana nak buat, kalau berminat?
  • Buat confirmation nak datang dengan Encik Rozaimi Mohd Said @ Kepet di talian 012-2363581 pada atau sebelum 15 Disember 200 8 (Isnin)

  • Setelah confirm, sila depositkan RM60 ke dalam akaun Encik Kepet:
  1. Maybank: 164 017 105 197

  2. RHB Bank: 114 138 003 222 46

  3. Bank Islam: 141 530 100 125 34


  • Nama anda akan direkod dan kedatangan anda sangat diharap dan dialu-alukan.

Itu saja?
Ya, itu saja ... tapi Kepet ada buat pesanan post-script pulak. Katanya:

Pendeposit haruslah wajib melakukan perkara-perkara ini:
  • Jumlah wang yang didepositkan - nak bayar lebih daripada RM60 pun dialu-alukan. Pihak penganjur tidak akan berkecil hati dengan jumlah lebih bayar.

  • Jumlah orang yang akan hadir - bayar RM60, sorang je boleh datang. Bayar RM1800, boleh datang 30 orang. Bayar RM18mil, satu Malaysia boleh makan ...

  • Beritahu Encik Kepet, bank mana yang anda pilih untuk mendepositkan wang tersebut. Maklum lah, orang banyak bank .. (petanda dia banyak uanngggggg ...!!! Dia seorang yang beruang!)

  • Pesanan tanpa perbuatan mendeposit wang, adalah kegiatan tidak bernoral, dan dilarang sama sekali! (baca: chop .. chop tak main ye ... boh sini duit, then we talk business)

  • Awas: Baca pesanan ini dengan hati yang terbuka dan fikiran yang waras! Memandangkan ini adalah perjumpaan pertama kita secara rasmi selepas lebih 7 tahun tak berjumpa (dan pastinya banyak benda yang nak dikongsikan) dan memandangkan juga bahawa semasa perjumpaan tersebut kita akan turut membincangkan program-program kita yang akan datang selain membentuk AJK untuk program-program tersebut, maka adalah digalakkan kita semua hadir dengan hanya membawa diri masing-masing sahaja (iaitu TANPA membawa rombongan anak-anak/isteri-ister/suami/pasangan masing-masing). Walaubagaimanapun, jika keadaan tidak mengizinkan korang sumer untuk hadir tanpa membawa anak-anak/isteri-ister/suami/pasangan masing-masing, maka korang bolehlah bawak diorang tu, cuma aku takut nanti diorang bosan aje atau korang tak leh nak concentrate sebab nak layan anak-anak)

  • Cadangan mengenai pengisian dinner itu sangat-sangat diperlukan

Kita semua sepakat .. di Kampung hai Pening Lalat ... mengucapkan selamat .. be Re-union!

20 comments:

Rozaimi Bin Mohd Said said...

tak sia-sia kau goncang kuih donat bagi sutung umar makan

musyaini said...

Pet,

Ko tak ajak besfren budak kuantan tu ke?

Rozaimi Bin Mohd Said said...

yg tu, aku biarkan orang lainlah jemput, tak manis kalau aku yang jemput...kau ngan buhairi sama aje, ramai2 umat, itu yang kau ingat...kuang...kuang...kuang

musyaini said...

Nama pon besfren.. mau tak ingat...

Rozaimi Bin Mohd Said said...

ada banyak lagi benda lain yang lagi banyak faedah aku nak pikir selain dia

Anonymous said...

Musyai...

Member tuh kawan se'semayang Jumaat' kepet tu..

huhu

Rozaimi Bin Mohd Said said...

yup, itu terserempak namanya...

musyaini said...

ooo p semayang jumaat toghether ghether... mmg besfren... can't imagine how swweeetttt..

Rozaimi Bin Mohd Said said...

yeah! yeah! yeah! you are right!!!

Anonymous said...

hahahah

I must say...What a moment !

shariza said...

Kepet, bagus cadangan tu. Bagi Eija langsung tak berkecil hati kalau tak bawak anak2 & Hubby. Senang nak bergerak & berbincang.More Freedom!!!!!

Anonymous said...

Fisha: perggghhhh hebat sekarang ni ekkk. kelllassss bahasa pujangga ko... aku turut berbangga!! gerek seh

Pijat-Pijat said...

Alin:
Ko x tau ke aku frustrated laureatte? hahahahahaha ... Tell me something I dunno ... hangin! hangin! hehehehehe

Anonymous said...

Fisha: awatnyaaaa?

Anonymous said...

Fisha : Pasal kes kita yg tak dpt diselesaikan oleh semua ASP n detektif kaaa? huhuhuhuhuhu

Pijat-Pijat said...

Alin:
Woit, kes tu mana boleh bincang sini ... ko nak kena interogate plak? Syhh .. diam2 je .. kita ni keje underground!

Cam ala2 band indie ni ...

Anonymous said...

Insya allah saya akan datang.

tima kasih kepet sbb baut majlis mcm ni....

tp satu je yg saya nk ckp... tmpt tu saya x taulah... yelah. saya nikan org pahang... x pandai gi tmpt yg ekslusif mcm tu.

Anonymous said...

Irwan: ala..g je kat bangsar nun. landmark restoran ni dataran maybank. alin pun tak pernah sampai kat restoran ni. tak pun, cuba buka website rebung. ada alamat n landmark nak g.

shariza said...

K. Alin:
Smart idea. la ni kan ada teknologi canggih. kalau tak clear lg cari dlm. google mesti nampak Restoran Rebung tu.

Irwan:
Mmg senang nak gi ctu.Kalau sesat pun, mesti ada orang yang boleh tunjuk Rebung tu coz popular la kat Bangsar tu.

Anonymous said...

kepet...dah berapa ramai join dinner so far?